Saturday, 2 June 2018

Mee Goreng CINTAN Yang Mudah dan Sedap

Mee Goreng CINTAN Yang Mudah dan Sedap

Ramadhan datang lagi, tentu ibu-ibu atau yang bujang pening kepala nak masak apa yang mudah kan? Balik kerja, kena hadap jalan sesak dan menyebabkan kekangan untuk menyediakan juadah yang berbaloi untuk dimakan buat berbuka. 

Pastinya kita semua memerlukan makanan yang sedap dan paling penting sihat. Jadi untuk memastikan kita semua mendapat yang #terbaikramadan, jom kita cuba resepi yang saya kongsikan di bawah ini. 

Resepi mudah menyediakan mee goreng dengan menggunakan mee tanpa goreng yang saya beli di pasaraya berdekatan rumah. Saya gunakan mee tanpa goreng CINTAN.

Kadang kadang selera di bulan Ramadhan akan berubah. Selera dan tekak untuk makan makanan yang simple. Kalau jemu makan nasi, kita cari mee. Kalau jemu makan mee dan mee hoon biasa, kali ini kita cuba pula mee tanpa goreng yang elok dibeli sebagai stok yang boleh dimasak bila bila masa sahaja.  

Mee Goreng CINTAN Yang Mudah dan Sedap

Ianya mee tanpa perisa yang boleh digoreng mengikut perisa dan citarasa kita sendiri. Mee ini sedap bukan sahaja dimakan waktu berbuka tapi sedap dimakan di waktu bersahur. Mee tanpa goreng ini ialah bahan masakan yang mudah serta cepat. 

Kali ini saya menggunakan sayur kubis putih Cina yang dikenali sebagai Bok Choy. Ianya sangat berkhasiat dan dikata boleh membantu menurunkan berat badan. 

Mee Goreng CINTAN Yang Mudah dan Sedap

Kiranya mee saya hari ini mengandungi pelbagai khasiat yang menjadikan sepinggan hidangan yang cukup dan seimbang. Hidangkan pula dengan minuman Kundur.  

Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini. Hanya dua tiga langkah sahaja. Jangan lupa untuk menonton video di Azie Kitchen youtube channel dan juga di Instagram. Selamat mencuba.   

Mee Goreng CINTAN Yang Mudah dan Sedap

Mee Goreng Cintan Yang Sedap
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 paket mee tanpa goreng Cintan 550 gram 
10 ekor udang 
3 ikat sawi Bok Choy - asingkan batang dan daun
1/2 batang lobak merah - potong panjang
2-3 biji telur 
1 sudu besar cili kering goreng - boleh ganti 2 sudu besar cili kering kisar
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar kicap lemak manis
Sedikit garam

Bahan hiris:
3 ulas bawang merah 
2 ulas bawang putih

Cara cara:
Panaskan air sehingga mendidih dan masukkan sedikit garam dan minyak. Masukkan  mee dan rebus dalam 2-3 minit. Jangan terlalu lama, takut mee terlebih kembang dan hancur bila digoreng. Angkat tos dan terus lalukan di bawah air paip supaya mee tidak melekat. 

Mee Goreng CINTAN Yang Mudah dan Sedap

Panaskan minyak dan tumis bahan hiris sehingga wangi. Masukkan cili kering goreng, sos tiram, sos cili dan kicap lemak manis serta sedikit air. Nota: jika guna cili kering kisar, tumis sehingga cili masak dan terbit minyak. 

Masukkan lobak merah dulu. Kemudian masukkan batang sawi bok choy. Kacau seketika sebelum dimasukkan udang. Kacau hingga udang masak. 

Mee Goreng CINTAN Yang Mudah dan Sedap

Mee Goreng CINTAN Yang Mudah dan Sedap

Ketepikan bahan tumis dan pecahkan telur. Bila telur hampir mengeras, baru dikacau kacau. 

Masukkan mee yang dicelur tadi bersama daun Bok Choy. Kacau sehingga rata. Jangan terlalu lama kerana mee telahpun direbus. 

Akhir sekali, masukkan garam secukup rasa. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan panas panas. 

Mee Goreng CINTAN Yang Mudah dan Sedap

Nota:
Cili kering goreng ialah cili kering yang digoreng dengan sedikit minyak dan kemudian dikisar kering. 


Add your comment
EmoticonEmoticon