Rabu, 30 Mei 2018

Daging Masak Kurma

Daging Masak Kurma

Selain kari daging dan ayam, saya juga biasa dihidangkan dengan kurma daging atau ayam yang dimasak oleh arwah Bonda. Selain ayam dan daging, masak kurma kegemaran saya ialah Masak Kurma Otak Lembu. Tapi yang ini, saya tidak boleh masak sendiri. Jika saya masak sendiri, alamaknya saya tak akan makan. 

Masak kurma saya hari ini menggunakan rempah kurma keluaran Adabi. Saya memang setia dengan jenama ini. Mungkin kerana pengaruh saya dari Kelantan di mana asalnya adabi dikeluarkan. 

Daging Masak Kurma

Masak kurma ini bukan sahaja sedap dimakan dengan nasi minyak tetapi juga nasi putih serta juga roti. Jadi kalau di bulan Ramadhan terasa tak berselera dengan nasi, kita cicah sahaja lauk kurma ini dengan roti. 

Jom layan resepi dan cara saya menyediakan kurma daging gari ini. Jangan lupa untuk melihat video yang saya sediakan di Instagram Azie Kitchen dan juga di Azie Kitchen youtube channel. 

Daging Masak Kurma

Daging Masak Kurma
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
600 gram daging
1/2 kotak santan kotak
Sedikit garam
Secubit gula - opsyenal
Kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang
1 pek 24 gram rempah kurma Adabi
1 ulas bawang merah - hiris
1 ulas bawang putih - hiris
8-10 sudu besar minyak masak

Bahan kisar:
4 ulas bawang merah 
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Sayuran:
1 tangkai cili hijau - belah 2
1/3 batang karot
2 biji ubi kentang
2 biji buah tomato - belah 2
1 biji bawang besar - belah 4
Daun sup

Cara cara:
Panaskan minyak dan masukkan rempah penumis bersama bahan kisar sehingga wangi. 

Masukkan rempah kurma (tidak bancuh dengan air) dan kacau dengan cepat. Masukkan sedikit air supaya tidak hangus. Terus kacau lagi. 

Masukkan daging serta air dan masak sehingga daging empuk. 

Ketika daging hampir empuk, masukkan ubi kentang. 

Daging Masak Kurma

Masukkan santan, karot, bawang besar, buah tomato dan daun ketumbar. 

Akhir sekali masukkan garam dan gula. Masak sehingga daging empuk. 

Daging Masak Kurma

Kecilkan api dan masak sehingga daging empuk dan kuahnya pekat serta terbit minyak cantik. Boleh lah ditutup api. 

Nota:
Saya letak sekali telur rebus. 

Add your comment
EmoticonEmoticon