Monday, 19 February 2018

Berjalan Jalan Di Hyde Park


Setiap kali ke London, pasti kita akan mengunjungi Hyde Park tanpa mengira berapa kali kita ke sini. Ianya bukan sahaja cantik untuk bergambar tetapi juga sangat mendamaikan.  Berjalan di taman di tempat kita, panas dan berpeluh. Tapi di sana seperti berada di dalam aircond yang besar. 

Hari terakhir di London iaitu 8 Januari, kami berlima mengambil bas untuk ke Hyde Park. Bertukar 2 bas juga kerana kami ingin masuk melalui Kensington Gate. Kami berjalan melalui memorial Princess Diana sebelum melalui jambatan. 


Di bawah jambatan kelihatan banyak itik dan swan. Kami turun bergambar di situ. memang nampak sangat cantik bila dilihat dari atas tapi bila berjalan kena berhati hati kerana banyak tahi itik. Hahaha 


Selepas bergambar, saya bersama Hubby dan Juita berjalan kaki balik ke apartment yang rupanya tidak jauh sahaja jika berjalan melalui jalan dalam taman. Tetapi masalah cuaca yang terlalu sejuk menjadikan kita tidak berapa selesa berjalan kaki. 

Manakala Nelly dan Aween pula berjalan kaki keluar dari Hyde Park untuk urusan di Selfridges yang belum selesai. 


6 comments:

  1. Terima kasih kak share story best kt london..
    Hi3..sye citer plk ke my student cam sye plk g london..ha3..wlhal x pnh sapai lg😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Share lah sis. Insya Allah. Satu hari saya doakan agar sis smp sana.

      Delete
  2. Wahhh kak azie g london syoknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg best. Lebih lebih lagi cukup quorum

      Delete
  3. Salam pn Azie. Seronok baca holiday puan. Kalau boleh puan kongsi berapa limit untuk kita shopping barang atas nama kita?. Maaf kalau soalan saya ni menyusahkan puan. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Kalau handbag LV hanya 3 atas nama setiap orang. Kalau handbag Chanel classic hanya 1 atas nama setiap orang. Jika ingin menggunakan nama anak, kena bayar cash atau menggunakan card atas nama mereka sendiri.

      Delete

Add your comment
EmoticonEmoticon