Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Glitz & Glamour Di Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke 10 Salehuddin Saidin & Associates

Majlis Makan Malam Salehuddin Saidin & Associates

Majlis makan malam meraikan ulangtahun ke 10 firma guaman Salehuddin Saidin & Associates atau dikenali juga sebagai SSA yang diadakan di Grand Ballroom Concorde Hotel Shah Alam malam tadi sangat meriah dan elegan dengan kehadiran staff SSA, sahabat sahabat, clients dan keluarga. 

Managing Partner SSA adalah Dato Salehuddin Saidin sendiri. Majlis tersebut juga adalah majlis penghargaan kepada seramai hampir 30 orang staf SSA. 

Majlis Makan Malam Salehuddin Saidin & Associates

Dengan bertema Glitering & Glamour, staf SSA wanita memang masing masing bergaya mengikut tema. Para tetamu lelaki rata rata memakai lounge suit. Majlis sungguh elegan, meriah dan glamour. 

Selain persembahan live band, diadakan persembahan staf antara division yang membawa hadiah yang agak lumayan di mana pemenang tempat pertama membawa pulang wang tunai RM2500.  Yang lain lain membawa hadiah RM1000 sebagai hadiah penyertaan. 

Hadiah dan cabutan bertuah juga sangat mewah dengan 2 unit handphone iphone 8, 4 buah televisyen flat screen, banyak barang peralatan elektrik, banyak barangan dari Jakel, banyak juga cabutan sampul wang tunai yang bermula dari RM1.00 hingga RM1,000. Tidak lupa hadiah penginapan di hotel. 

Diadakan juga pemilihan kategori King and Queen of the nite bagi memilih mereka yang memakai pakaian yang glamour bergaya dan menpunyai keunikan dengan hadiah RM250 seorang. 

Cabutan bertuah di bahagi pada dua kategori iaitu staf dan para jemputan lain. Jadi boleh dikatakan semua staf pulang membawa balik hadiah. 

Majlis Makan Malam Salehuddin Saidin & Associates

Saya yang melihat pun merasa sangat terharu bagaimana staf sangat komited dengan SSA. Dan bagaimana SSA sangat menghargai staf. Di dalam doa yang dibaca oleh Pembantu Peribadi Dato Salehuddin juga disebutkan SSA sebagai tempat kami mencari rezeki. 

Ya SSA bukan sahaja untuk keluarga Dato tapi untuk seluruh staf mencari rezeki untuk keluarga masing masing. Itu yang Dato pernah beritahu pada kami yang dia perlu bekerja keras untuk kejayaan SSA demi staf dan keluarga mereka juga.  

Majlis Makan Malam Salehuddin Saidin & Associates

Majlis Makan Malam Salehuddin Saidin & Associates

Malam tadi juga dilancarkan website SSA yang baru. Sesiapa yang memerlukan khidmat guaman, boleh layari www.salehuddinsaidin.com. Dato Salehuddin bermula sebagai Timbalan Pendakwa Raya yang hebat dan berpengalaman. 

Pernah mengetuai Bahagian Kes Berprofile Tinggi di Jabatan Peguam Negara. Di dalam ucapannya beliau memberitahu yang beliau tidak pernah terfikir untuk suatu hari menjadi seorang peguam. Sebaliknya beliau bercita cita untuk menjadi seorang Peguam Negara. 

Majlis Makan Malam Salehuddin Saidin & Associates

Majlis Makan Malam Salehuddin Saidin & Associates

Kini legasi kecermelangan SSA akan diteruskan dengan kehadiran Hafizuddin Salehuddin, anakanda Dato Salehuddin yang kini sedang menjalani latihan dalam kamar sebaik menamatkan pengajian Ijazah Undang Undang. 

Majlis Makan Malam Salehuddin Saidin & Associates

Sebagai seorang sahabat yang telah mengenali Dato Salehuddin dan isteri lebih 30 tahun yang lalu, kami tumpang gembira dengan kejayaan SSA. Ramai rakan rakan dari alumni kolej ketiga UM yang turut hadir. Tahniah dari kami, semoga SSA terus cemerlang dan gemilang. Aameen. 

2 ulasan for "Glitz & Glamour Di Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke 10 Salehuddin Saidin & Associates"