23 Oct 2017

Sambal Telur Pecah Bercili Pedas Yang Sedap

Sambal Telur Pecah Bercili Pedas Yang Sedap

Setiap klik atau setiap minit, angka page view di blog saya akan menunjukkan peningkatan ratusan hingga ribuan. Tetapi blog saya agak sunyi sepi. Tidak ramai yang komen di blog, like di Instagram atau like di facebook menjadikan saya sangat sunyi dan tidak ada semangat untuk menulis. Terasa seolah syok sendiri dan bersendirian. 

Tapi bila ada yang PM menanya khabar atau mengucapkan terima kasih, semangat yang ke laut akan kembali segar. Hmm tapi kenapa ya, semua seperti segan segan untuk like atau meninggalkan komen. Boleh saya tahu jika ada sebab sebab tertentu. OK saya sangat berharap sokongan anda untuk saya terus menulis. Jadi jangan segan segan lagi tau. 

Sekarang kita sentuh sedikit bab perkongsian ilmu untuk santapan minda. Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh dan berpesan pesan dengan kebenaran. Saya sangat bersyukur kerana Allah telah menunjukkan jalan yang benar kepada saya. Tidak membiarkan saya terus terleka dengan keindahan dunia yang melekakan. Saya masih diberi peluang untuk mengisi masa yang ada untuk memperbanyakkan bekalan. Bukan diri kita yang hadir ke majlis majlis ilmu sebaliknya Allah yang menggerakkan hati kita. 

Ketika kuliah Zohor di surau tempat saya bekerja, Ustaz Aliff memberitahu manusia yang beriman tidak ramai. Diberikan contoh mereka yang hadir ke majlis majlis agama juga tidak ramai. Ustaz menyebut berapa ribu staf yang bekerja di sini tapi hanya beberapa orang sahaja yang hadir ke surau untuk mendengar kuliah dalam majlis ilmu. 

Sambal Telur Pecah Bercili Pedas Yang Sedap

Dari situ kita boleh bayangkan betapa ramai lagi di luar sana yang masih tidak dibukakan hati untuk hadir majlis ilmu. Namun begitu, kena ingat bahawa hati mudah dibolak balik, kena sentiasa dijaga dengan memperbanyakkan berdoa. Ada kala kita menjadi malas dan berat untuk melakukan kebaikan seperti solat berjemaah di surau dsb. Ada kalanya kita melengah lengahkan waktu solat. 

Sungguh menakutkan bila ustaz menyebut saat kita melakukan maksiat, iman keluar dari kita. Andainya kita dijemput mengadap Illahi ketika itu, maknanya mati tak kala tiada iman dalam diri. Nauzubillah. Destinasi kita adalah syurga sedang syurga adalah untuk orang beriman dan beramal soleh. Peringatan ini adalah untuk kita semua termasuk saya sendiri.

Kali pertama saya memasak Sambal Telur Pecah Bercili Pedas. Ianya ala ala Scramble Eggs tapi versi Melayu di mana adanya cili bawang belacan dsb. Saya alah dengan belacan jadi kebanyakan resepi saya tidak menggunakan belacan. Kalau anda boleh makan belacan, rasanya pasti lagi sedap kerana adanya perisa udang geragau dalam belacan. 

Yang seronoknya, bila melihat anak anak berebut rebut menceduk lauk Telur Pecah ni hingga sekejap jer dah licin pinggan. Sekali sekala membuat kelainan, itu yang dapat menbangkitkan selera anak anak. 

Jom layan resepi mudah dan yang pasti sedap. Jangan lupa layan video di Instagram Azie Kitchen untuk melihat video penyediaan masakan yang saya kongsikan di blog...

Sambal Telur Pecah Bercili Pedas Yang Sedap

 Sambal Telur Pecah Bercili Pedas
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
4 biji telur
Garam

Bahan tumbuk:
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3-4 tangkai cili padi kampung 
4 tangkai cili merah dan cili hijau
Belacan - opsyenal

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga wangi. Tuangkan telur dan biarkan seketika sebelum dikacau. 

Masukkan garam secukup rasa dan bolehlah diangkat dan dihidangkan. 

Sambal Telur Pecah Bercili Pedas Yang Sedap



33 ulasan

Simple je resepi nye tapi nampak menarik! thanks Kak Azie

Hi akak. Ni first time saya masuk blog akak lepas kakak kat office saya rekemen untuk saya yang baru saja berkahwin dan langsung x pernah memasak. Saya masuk blog akak je saya terus rasa teruja nak masak sebab dalam gambar nampak sangat menarik dan cara membuat juga mudah. Jadi saya harap sangat akak jangan terkesan dengan mereka yang kurang memberikan komen atau like pada akak.. saya pasti walaupun mereka semua kurang beri feedback tapi blog akak tetap menjadi pilihan mereka sebab tu la saya pun boleh tahu pasal blog akak hehe. Tak sabar nk baca satu persatu resipi akak. Terima kasih yer akak. Dengan hadirnya blog akak tugas memasak tidak lagi saya takuti. Hehe muahhhhx

Kalau rasa penat nak memasak lauk yang banyak step, masak jer lauk simple spt ini

Hi Nins, selamat pengantin baru. Ikat perut suami dg masakan sendiri. Nnt ke mana mana pun, dia akan rindu masakan kita. Memasak adalah aktiviti yg menyeronokkan. Sediakan bahan bahan seminggu sekali, jadi memasak menjadi sgt mudah.

Setuju dengan nins pengantin baru.. blog dan instagram kakzie memang jadi rujukan ramai wanita. Kakzie jangan lah berasa hati.. sebab saya rasa memang ramai meminati blog kakzie setelah sekian lama. Walaupun tidak memberi atau meninggalkan komen tapi bukan beerti tidak memberi sokongan.

Alhamdulillah dengn resepi puan kongsikn semua msakn yg saya buat menjadi.... trima kasih puan sudi share dan mintak halal ye :-)

Auntie, tolong jangan berhenti menulis. Selain blog masam manis, blog auntie lah yang saya percaya beri resepi yang bagus dan sedap.

komen anda membuat saya tersenyum dan hati berbunga riang. Terima kasih

Alhamdulillah. saya tumpang gembira mendengarnya.

Terima kasih Jannah kerana sudi menulis pada saya hari ini. TErima kasih juga kerana sudi follow blog Azie Kitchen dan sokongan selama ini. Selalu lah tinggalkan komen juga ya.

Blog kak azie memang jadi rujukan saya untuk cari resepi terutama masakan kelantan. Kalau teringin nak makan nasi kerabu, memang akan cari blog akak la. Tak berapa nak ingat lagi step dgn bahan2 nasi kerabu yang banyak2 tu. 😁

saya silent reader azie kitchen sejak sekian lama tp ni kali pertama saya komen blog puan. saya suka tentang bab kuliah agama dan masakan yg puan syer tp kadang2 lama puan tak updated.

As salam Ida, terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Jgn lah jadi sikent reader lagi ya. Hahaha.

Ada masa saya sibuk. Itu yg tak update. Tapi saya skrg tgk pada number of views. Bila reach certain number, baru saya post entri baru

Terima kasih Aada. Wah suka masakan Kelantan juga ya. Unik kan.

Salam. Jgn berhenti menulis kak azie. Saya suka baca. Ig akk pun saya follow. Tapi tak sempat nak tinggalkn komen. Insyaallah nnt saya rajin2 komen 😄

saya silent reader azie kitchen jugak, saya selalu layari blog puan ,banyak yang menarik tentang perjalanan keluarga puan dsbnya.Nasihat kuliah yang puan hadir juga memberi ilmu kepada kami

Hi Kak Azie! Spicy scrambled eggs, I like! Must try this as it looks so appetizing :)

Assalam kak zie yg cun
Trimakasih bnyk share resepi..simple2..sedap..dah cb bt bbrape resepi akk..jadi👍👍

Slma ni..silent...just bc..hi2..

Kak azi jgn down. Kita dari zaman bujang selalu follow blog akak. Dari zaman akak pakai blogspot hehe. Keep it up kak! Resepi akak semuanya sedap!!! Serious tak tipu!!

Assalamualaikum, hai puan. Saya silent reader blog puan sejak bertahun lamanya. Namun byk resepi puan yang saya gunakan utk memasak terutamanya lauk2 pauk hari raya. Memang sedap. Eh..hehe. terpuji diri sendiri pulak. Semoga puan terus kongsikan resepi dan coretan agar jadi inspirasi dan semangat buat orang2 muda macam saya utk terus memasak hidangan buat keluarga. InsyaAllah

hai :) saya dah setahun guna resepi puan.saya duduk jauh ngan family (umur baru 20) jadi banyak benda yang saya belajar masak guna resepi dari sini. teruskan menulis blog respi sebab sangat sangat berguna untuk orang yang baru nak belajar masak lagipun puan, saya adalah fan no 1 puan huhu. terima kasih :)

as salam sayang. Sangat gembira membaca mesej ini. Masih belajar ya. Di mana? Saya doakan semoga berjaya dalam pelajaran, berjaya dalam kehidupan. Menjadi orang yang berguna kepada masyarkat dan agama. Aameen.

Salam Puan Azie...saya Aainaa...setiap hari saya akan view blog Puan untuk lihat update resepi dari puan...kadang2 rasa sedih juga bila tiada entry baru...hehe...saya harap puan terus terusan berkongsi resepi ye...sangat membantu untuk saya yang baru mula nak belajar memasak...😘

Wslm. Ya Allah terharunya saya membaca apa yang ditulis. Terasa kerdilnya diri ini. Terima kasih tidak terhingga atas sokongan. Saya mmg banyak post yang tunggu giliran utk publish.

Hai Kak Azie, sy penggemar blog masakan azie. Sy berasal dr yogyakarta, Indonesia

Assalamualaikum kak azie =), sy dila. Kak azie janganlah berasa hati kerana kami tidak komen atau like. Kami pengikut setia kak azie yg sentiasa menunggu update masakan drpd kak azie. Sy dila, resepi di blog kak azie byk membantu sy sejak mula berkahwin 2014 hingga kini. Daripada tak tahu memasak, kini suami dah mula puji. Terima kasih ye. Cara-cara masakan yg jelas diterangkan juga sgt membantu. Sekali lagi, terima kasih =)

Assalam Kak Azie. Saya Shakila. Sebelum ni Kila silent reader blog akak. Tak berani nak komen pape sebab segan dengan akak. hehehe.. Kila ni tak pandai masak pun sebenarnya. Lepas kawin baru nak belajar masak. Sejak kenal blog akak, jadi rasa jatuh hati plak. Mesti nak buka selalu sebab jadi rindu nak tahu perkembangan. Blog akak bukan saje menyediakan resepi tapi lebih kepada tambah knowledge. Banyak inspirasi dan motivasi serta pengajaran boleh dapat. Saya pun orang Kelantan, suka sangat bila akak share resepi dari sana. Seolah dapat rasa masakan mak. Suami pun puji bila masak sesuatu yang pelik siap tanya rujuk pada resepi mana. Terima kasih banyak akak. KIPIDAP, terus bersemangat!!

Walm shakila. Wah tahniah kerana dah berjaya menambat hati suami. Jgn lah segan segan nk komen. Wp sikit tpi ianya sgt mengembirakan saya. Blh menambah semangat utk terus ber blogging sebenarnya. Kelantan kat mana?

Kila orang Pasir Mas Kak Azie. Kalau boleh Kak Azie perbanyakkan lagi menu Kelantan hehehe. Macihhh Cayang Kak Azie bebanyak. Moga setiap perkongsian Allah kira sebagai pahala jariah. Aminn

ASSALAM KAK AZIE..SY PEMINAT SETIA KAK AZIE.. TERUSKAN MENULIS SEBAB SY SUKA SANGAT DENGAN RESEPI KAK AZIE, FONT YANG MUDAH KAK AZIE GUNA...SEMOGA MAJU JAYA YA KAK AZIE...

assalam kak azie,klu nak masak mesti sya rujuk resepi akak.mesti menjadi.terima kasih byk2

Kak Azie jgn risau kurang komen atau like sebab rating viewers lebih telus menandakan blog dan insta ada peminat yg setia mengikuti.bersyukurlah tak banyak yang komen atau bertanya soalan kerana takut stress pulak baca komen yg menyakitkan hati dari haters.tengok saja keadaan artis masa kini yg tak menang tangan dok berperang dengan haters di alm maya.teruskan amal yg baik kak azie berkongsi resepi secara percuma moga ada ganjarannya di sisi allah swt.

Thank you sis. Bagi semangat. Lama tak dengar khabar. Di mana sekrsng?


EmoticonEmoticon