27 Sep 2017

Menikmati Snak Kegemaran di Hot & Roll





Saya dan Hubby banyak menghabiskan masa bersama Juita sebelum dia berangkat melanjutkan pengajian dalam bidang Ekonomi di University of Manchester. Kami menemani Juita untuk membeli barang barang makanan kering dan segera yang akan dibawa bersama. Jadi saya mencadangkan ke Paradigm Mall. 

Alang alang ke sana, saya mengajak Hubby dan Juita singgah makan di Hot & Roll yang merupakan antara snak kesukaan saya dan anak anak.




Hot & Roll menawarkan menu menu menarik dengan pelbagai pilihan mengikut citarasa masing masing. Pilih jer wraps yang mana suka samada yang wraps jenis rangup dan crispy, paratha atau capati. Wraps juga didatangkan dalam pelbagai perisa yang boleh dipilih.

Pendek kata kalau teringin untuk menikmati snak yang ringkas, bolehlah ke Hot & Roll. Semua menu tersedia dengan pilihan rasa manis atau savoury iaitu sedikit masam masam. Sangat sesuai dengan citarasa orang kita bagi semua golongan dari kanak kanak sehingga orang dewasa. Ianya disediakan secara segera dan panas panas sebaik kita membuat pesanan dan bayaran di kaunter. 






Hot & Roll disediakan untuk memenuhi selera sesiapa, bila bila masa dan di mana mana jua. Haa gitu konsepnya. Sekali sekala makan secara santai santai macam ni pun best juga. Ringkas dan mudah. 

Jom ke Hot & Roll jika ingin menikmati makanan segera yang sedap. Pilihan saya ialah Crispy Pizza Beef. Saya suka wrap yang rangup. Serious sedap. Kalau dapat makan tiap hari pun, saya tak akan rasa jemu. Manakala Hubby memilih Whole Meal Cheezy Jumbo Wrap dan Juita memesan Crispy Crunchy Peanut. Hahaha seperti biasalah kami bertukar tukar supaya masing masing dapat merasai kelainan antara satu menu dengan satu menu. Lagi pulak, saiznya agak besar. Memang mengenyangkan.






Layanan mesra dari staff Hot & Roll yang sentiasa murah dengan senyuman juga bersedia mengesyorkan menu baru untuk dicuba...




Jom ke Hot & Roll jika ingin menikmati snak segera yang sedap dan dimakan panas panas. Anyone, Anytime and Anywhere dengan Hot & Roll. Untuk maklumat lanjut, boleh klik di https://www.facebook.com/hotandrollmalaysia/ 

Jom layan video Hot & Roll: Sesak di Jalan Raya? Ceriakan hari anda dengan Hot & Roll.







6 ulasan

salam kak..

fav jugak ni..biasa beli kat Putrajaya sentral sbb tu jer paling dekat.. kdg2 tapau pas blk keje ptg, so malam x yah makan dah...sebab mmg kenyang mkn ni.hihi

Boleh cuba juga nanti sebab saya juga peminat snack roll juga

Wslm. Saya suka makan ni tapi agak jauh dari rumah kami. Nak kena mengajak orang temankan


EmoticonEmoticon