25 Sep 2017

Kari Daging Gulai Darat Kelantan


Kari Daging Gulai Darat Kelantan


Kali ini saya kongsikan petikan Hadis dari kuliah Zohor oleh Ustaz Ibrahim Muhammad. Seseorang ahli kebaikan masa di dunia, mereka  juga ahli kebaikan di akhirat. Ahli mungkar di dunia akan juga jadi ahli mungkar di akhirat. Jenis kelompok mana kita berada di dunia, maka dengan kelompok yang sama kita akan berada di akhirat kelak. 

Yang pertama, perkiraan di sisi Allah adalah berdasarkan amalan dan usaha diri sendiri. Surah Al Zalzalah ayat   7-8 menyebut Barang siapa mengerja kebaikan walaupun sebesar zarah akan dapat melihatnya di hari akhirat. Begitu juga dengan amalan kejahatan. Juga akan dapat melihatnya di akhirat. Contoh amalan atau usaha sendiri adalah seperti berjalan menghadiri majlis agama atau datang semata mata untuk tengok perlawanan bola sepak atau konsert. 

Kedua, cara perkiraan di sisi Allah adalah dengan cara memberi bantuan atau pertolongan samada makruh atau mungkar. Bantuan samada duit, buah fikiran, aset dsb, walaupun kita tak terlibat secara langsung. An nisa ayat 85. Barang siapa bagi pertolongan baik, akan dapat bahagian pahala. Jika beri pertolongan yang buruk, akan dapat dosa. Contoh bantuan secara tidak langsung adalah seperti membenarkan jemaah parking kereta di tanah kita yang terletak di tepi masjid. Begitu juga bagi bantuan untuk orang guna bagi tujuan maksiat. Contoh memberi pinjam kereta untuk orang pergi dating. 

Kari Daging Gulai Darat Kelantan

Ketiga, perkiraan dari cenderung hati. Surah Hud ayat 113 jgn cenderung hati pada orang orang zalim. Akan dapat dosa. Begitu juga sebaliknya jika cenderung hati pada perkara kebaikan, akan dapat pahala. Inilah tiga perkiraan di sisi Allah samada ahli makruf atau mungkar samada dengan usaha sendiri secara langsung, bantuan secara tidak langsung dan cenderung hati. 

Sedikit bab masakan, rasa kari daging yang dimasak kaedah gulai darat dengan masakan kari biasa adalah berbeza kerana di dalam gulai darat dimasukkan rempah yang dikisar. Jadi ingin merasa kelainannya, kenalah cuba sendiri. Ramai yang bertanya bagaimana hendak diperolehi rempah gulai kawah atau rempah kari kampung Kelantan. Caranya ialah dengan mengirim pada kawan kawan yang berasal dari Kelantan. Kat Kelantan, memang banyak dijual rempah kari yang biasanya dijual secara timbang sahaja.

Jom layan resepi di bawah ini. Selamat mencuba...



Kari Daging Gulai Darat Kelantan

Kari Daging Gulai Darat Kelantan
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 kg daging 
2 sudu besar serbuk kari kampung cap Jam
1 kotak santan kotak
1-2 biji ubi kentang
Serbuk perasa 
Garam 
Gula pasir 
1/4 keping gula Melaka
Asam keping
1 sudu besar kerisik

Bahan kisar:
3 ulas bawang merah
1 sudu besar cili kering kisar
2-3 hiris lengkuas
1 inci kunyit hidup
1/2 sudu besar ketumbar biji

Cara cara:
Satukan bahan kisar, serbuk kari kampung dan daging. Masak atas dapur sehingga agak agak daging kecut. 

Masukkan santan cair dan ubi kentang. Masukkan juga asam keping. Biarkan mendidih sehingga daging empuk. 

Setelah daging lembut, masukkan santan pekat. Kacau rata sehingga sebati. Masak sehingga kuah sedikit terbit minyak.




Masukkan garam, gula Melaka, kerisik dan serbuk perasa. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat. 

Nota:
Kari kampung biasanya tidak pecah minyak macam kari biasa. Kuah sedikit pekat. Sedap dimakan dengan nasi dan dicicah dengan roti atau roti jala.





EmoticonEmoticon