16 Sep 2017

Juita Ke United Kingdom



Manchester United Kingdom


Hari ini adalah hari yang paling gembira dalam hidup saya kerana akhirnya Juita berangkat ke UK untuk pengajian Ijazah selama 3 tahun. Walaupun persediaan agak kelam kabut kerana visa lambat siap, namun Alhamdulillah kerana semuanya berjalan lancar. Kami tidak sempat untuk membuat majlis doa selamat di rumah. Jadi kami hanya meminta pihak surau Ad Dhuha untuk mengadakan doa selamat dan tahlil ringkas selepas solat Maghrib.

Hari ini juga adalah hari yang paling sedih buat kami kerana terpaksa berpisah buat sementara waktu dengan anakanda yang dikasihi. Lebih membuatkan saya sedih kerana Juita sendiri menangis sebak kerana terpaksa berjauhan dengan kami. Dia sangat sayangkan kami dan tak suka membebankan kami dengan apa apa masalah. 

Walaupun dah besar panjang, tapi saya tahu perasaan dia pada kami tak pernah berubah. Saya sangat berharap agar ianya kekal begitu sampai bila bila. Selalu berpesan, "Papa jaga Mama tau". Sehingga Hubby terpaksa memujuk, supaya dia jangan risau kerana papa akan ada untuk menjaga mama. 





Melihat Rizky pun membuatkan Juita sedih dan berpesan supaya kami menjaga Rizky. Telah lebih 10 tahun Rizky tinggal di rumah kami. Rizky yang menemani Juita sepanjang masa bila dia ada di rumah.






Juita seorang anak yang sangat mengambil berat pada kami. Kami memanggil dia dengan nama timangan Baby sehingga sekarang. Dua hari sebelum pergi, dia mula menangis nangis sehingga bengkak mata kerana sedih terpaksa meninggalkan kami. Dia risau melihat saya yang sering tidak sihat kebelakangan ini. Tiap malam, Juita yang akan menyapu ubat allergi untuk saya. Berkali kali berpesan supaya saya jaga diri, jaga kesihatan. 





Dia rajin menolong di dapur bila saya memasak. Rajin membuat kek bila saya teringin untuk makan kek. Rajin mengemas dapur setiap malam sebelum naik tidur. Rutin juga untuk menyimpan pinggan mangkuk dan periuk belanga yang dibasuh ke dalam kabinet atau kitchen store. Dia seorang anak yang rajin beribadat. Tanpa di suruh, rajin bangun solat malam. Rajin mengamalkan doa doa yang saya ajar. Insya Allah Juita akan menjadi seorang anak yang solehah. Aameen... 

Dua hari sebelum berangkat, saya dan Juita ke Pavillion. Saya mengambil cuti semata mata ingin habskan masa dengan Juita. Saya ingin menghadiahkan Duck Scraves kegemaran dia. Sehari sebelumnya Juita telah membeli 2 helai scarve koleksi kuih koci dan kuih talam seri muka. 







Sepanjang di sana, kami bersembang sembang dan saya mengambil peluang untuk berpesan dan menasihati apa apa yang patut dibuat seterusnya. Sambil makan saya sempat kongsikan apa yang disampaikan oleh guru saya ketika saya berada di sekolah menengah iaitu zaman di universiti adalah fasa kehidupan yang paling menyeronokkan. 

Jadi saya mahukan Juita menikmati hidup di kampus sebagai mahasiswi dengan bergaya. Belajar secara konsisten dan penuh disiplin masa, bergaul dengan pelajar pelajar dari negara lain juga, perbanyakkan pergi bercuti untuk melihat keindahan negara luar. Jauh perjalanan luas pemandangan. 

Juga saya menasihati supaya bersedia untuk masa depan, mana tahu sambil belajar boleh jadi blogger atau insta famous macam Azie Kitchen. Hahaha. Sekarang pun ramai follower Azie Kitchen yang mengikuti perkembangan Juita.




Kali pertama juga saya menaiki MRT dari Pavillion terus ke stesyen Kwasa Damansara. Belum pernah saya berjalan jalan atau shopping dengan menaiki public transport. Sebelumnya kami ke Mid Valley untuk dia menukar duit dan sempat juga singgah di Butik Louis Vuitton untuk repair bag saya. Kiranya kami betul betul habiskan masa ke sana sini. Sesuatu yang biasanya tidak mungkin saya lakukan.

Malam akhir sebelum berangkat, dia mahu tidur dengan kami. Terpaksa lah Hubby mengangkat tilam spare dari study room ke bilik. Beberapa jam sebelum ke airport, lagi sekali dia datang ke bilik dan menangis. Memohon maaf dan meminta saya mendoakan dia. Sebelum masuk ke balai perlepasan, sempat dihulurkan duit RM50 kepada saya. Saya tahu tujuan Juita berbuat begitu adalah kerana dia mahukan kebarakatan walaupun hanya menggunakan duit biasiswa sahaja.

Juita mengambil penerbangan Qatar Air, sedang kawan kawan yang lain mengambil penerbangan Etihad. Tapi Juita akan sampai di Manchester 2 jam lebih awal dari kawan kawan beliau. Tapi ianya tidaklah membimbangkan saya kerana Juita telah biasa mengikut kami bercuti luar negara. Telah tahu urusan check in, transit dsb. 






Ketika artikel ini ditulis, Juita masih dalam penerbangan menuju Doha untuk transit. Mengikut plan, dia akan tiba dalam pukul 10.00 pagi waktu Malaysia. Semoga Juita selamat tiba ke destinasi dan diberikan kemudahan dalam apa jua yang dilakukan. Semoga ditunjukkan jalan yang benar. Aameen Ya Rabbal Alameen...



4 ulasan

alhamdulillah ,semoga dipermudahkan anak kak azie di sana dan tahniah

Aameen. Terima kasih atas doa

Good luck untuk anak kak azie..Juita! Moga dipermudahkan segala urusan dan berjaya pulang dengan segenggam ijazah yang membanggakan keluarga 3 tahun akan datang.inshaAllah!

Terma kasih atas doa. Terima kasih kerana follow dan sudi menulis di sini. Luv u


EmoticonEmoticon