3 Sep 2017

Daging Goreng Garam Kunyit Paling Sedap Hingga Rasa Nak Nangees




Daging Goreng Garam Kunyit Sedap


Hari ini, nak kongsikan masakan yang sedapnyer sehingga rasa nak nangees tau. Hahaha. Jom ikuti catatan saya mengenai daging korban. Alhamdulillah rasa seronok sangat bila Hubby memberitahu yang jiran kami, Haji Amran telah menghantar daging korban buat kami. Ya lah rasa tak lengkap jika tak makan daging lembu korban. Apa lagi, saya pun memasak daging goreng kunyit kegemaran saya. 

Semua bahagian daging korban, boleh dimakan. Rasa dagingnya sangat sedap, tak sama dengan daging lembu segar yang disembelih biasa. Itulah kata kata ustaz yang perlu kita hayati. Jangan membazir dan jangan dibuang begitu sahaja. 

Saya pernah dapat tahu ada tempat yang membuang perut lembu. Akhirnya tuan punya restoran pergi ambil. Sepatutnya tidak boleh dibuang, jika kita faham perbezaan daging korban dengan sembelihan biasa. Saya tidak menyalahkan mereka, mungkin di bandar tidak semua orang mahir bab menyiang bahagian bahagian lembu seperti perut, kepala dsb seperti mana orang kampung saya. 



Daging Goreng Garam Kunyit Azie Kitchen


Hari ini juga saya menyediakan daging kambing yang dimasak gulai kampung menggunakan rempah gulai kampung dari Perupok. Kambing tak banyak isi, hanya banyak tulang tulang sahaja. Saya juga ada menyediakan sup tulang untuk Nana. Nana tak makan kambing. Tulang rusuk ni juga dari pemberian jiran bersama dengan daging. 

Ada juga terselit hati lembu. Nelly bertanya ada hati tak, bila melihat saya sedang menyediakan daging goreng kunyit. Dia pun seperti saya peminat hati lembu. Tak boleh makan selalu. Sekali sekala, atau setahun sekali musim korban ni kira ok lah. 

Seperti yang pernah saya tulis sebelum ini, setiap kali mengadakan korban, masakan daging goreng garam kunyit adalah lauk wajib yang dimasak di rumah kakak saya, ketika lembu sedang dilapah dan disiapkan pembahagian dagingnya. Selepas sahaja kerja kerja pembahagian daging selesai, lauk dan nasi pun siap untuk dihidangkan. Semua orang akan makan dulu sebelum balik ke rumah bagi menguruskan daging korban masing masing

Berbalik pada daging goreng garam kunyit saya hari ini, aduhaai sangat sedap. Rasa nak nangeess sedapnya. Terlerai rindu dan keinginan untuk makan daging korban goreng. Sangat sedap sehingga saya menambah nasi 3 kali. 

Kali terakhir saya makan daging ini di kampung adalah pada Hari Raya Haji tahun 2013. kalau tak silap sebab tahun itu adalah tahun terakhir Bonda mengerjakan ibadah korban sebelum pergi mengadap Illahi selepas Hari Raya Aidil Fitri tahun 2014. Tahun itu pulak saya terpaksa balik ke KL pada pagi raya kerana cuti tidak diluluskan. Tak sempat pun berbual lama dengan Bonda. 

Memang gandingan serasi Gulai Kampung Kambing, Daging goreng Garam Kunyit dan Sambal Belacan. Wallaaa.... tak terkata. Paling sedap di tekak saya. Syukur ke Hadrat Illahi dapat merasai nikmatnya makanan di dunia ini...

Jom layan resepi mudah dan cara keluarga saya menyediakan daging goreng garam kunyit. Jangan lupa meletakkan sedikit daging bahagian berlemak, barulah lagi sedap. Jangan lupa untuk melihat video di Instagram dan video berdurasi lebih panjang di youtube Azie Kitchen channel. Berapa kali nak pesan, jangan lupa, jangan lupa ni ya. Hahaha. Semua icon tersedia di blog. Tinggal klik dan follow sahaja. 





Daging Goreng Garam Kunyit Azie Kitchen

Daging Goreng Garam Kunyit Kelantan

Bahan bahan:
Daging korban - jangan potong nipis
Hati, paru, lidah - jika ada
Garam
Kunyit hidup
Sedikit sebuk kunyit
Minyak

Bahan lain:
Bawang besar - hiris
Cili hijau Solok - guna cili merah
Daun sup - hiris

Cara cara:
Daging dihiris sederhana tebal, barulah lebih sedap. Daging dilumur dengan kunyit hidup yang ditumbuk dengan garam dan serbuk kunyit. 



Daging Goreng Garam Kunyit Azie Kitchen


Masukkan daging ke dalam kuali dan dimasukkan sedikit air. Sedikit sahaja kerana daging juga akan mengeluarkan air. Ianya bertujuan untuk daging masak dan lembut. 

Setelah air kering dan daging telah lembut, tuangkan minyak masak ke dalam kuali.  Kacau rata. Jangan digoreng terlalu lama atau terlalu garing kerana ia akan menjadikan daging keras dan kering. 

Akhir sekali, masukkan bawang besar dan cili hijau solok. Kacau rata dan sedia untuk dihidangkan. Sebelum dihidangkan, tabur dengan daun bawang atau daun sup.

Sedap dimakan dengan nasi putih panas panas dan sambal belacan. Kalau saya makan seperti ini pagi raya sudah teramat sedap. Tak perlu kuah kuah atau lauk lain. 


2 ulasan

SubhanaAllah sedapnya...makan dengan nasi hangat.

Memang sedap. Lebih lebih lagi bila guna daging segar yg ada lemak sikit sikit


EmoticonEmoticon