Friday, 30 June 2017

Puding Karamel Azie Kitchen Yang Sangat Sedap




Puding Karamel Azie Kitchen Yang Sangat Sedap


Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua follower blog Azie Kitchen. Taqabbalallahu Minna Wa Minkum. Semoga Allah menerima puasa kita dan menjadikan kita kembali dalam keadaan suci dan termasuk orang orang yang mendapat kemenangan. Aameen. 

Sejak balik dari menunaikan umrah Ramadhan lalu, saya masih belum mendapat mood untuk mengemaskini blog. Banyak jer lauk pauk dan kuih muih yang telah disediakan. Tapi mood untuk berblog belum datang lagi. Semoga sokongan anda semua akan membuatkan saya bersemangat untuk menulis kembali. 



Puding Karamel Azie Kitchen Yang Sangat Sedap

Secara jujurnya, saya masih dalam mood umrah di Mekah dan Madinah. Malahan tidur malam juga masih termimpi seolah saya masih di sana, berkejaran waktu untuk ke masjid, berebut dan berhimpit himpit waktu beriktikaf. Belum lagi berebut rebut untuk mengisi air zam zam yang sentiasa penuh dikerumuni. 

Suasana itu, masih terbawa bawa dalam diri saya sehingga ke waktu tidur. Saya masih merindui kurma sukkari yang dijamah waktu berbuka puasa, masih dahagakan air zam zam, masih rindukan solat berjemaah di Masjidil Haram. Walau pun penat yang tidak boleh digambarkan dengan kata kata, namun saya sangat tenang dan bahagia di sana. Saya redha atas segalanya. Saya berdoa agar saya dijemput lagi untuk ke tanah suci...   



Puding Karamel Azie Kitchen Yang Sangat Sedap


Kali ini saya ingin kongsikan resepi Puding Karamel yang menjadi kegemaran kami sekeluarga. Dua hari berturut turut menyediakan puding yang sangat hot ini. Klik di SINI untuk entri sebelum ini. Memang ramai yang menyukai puding karamel ini. Rasanya yang lembut dan sangat mesra dengan anak tekak. hahaha lebih lebih lagi yang baru dikeluarkan dari peti ais. Rasa air gulanya yang manis manis pahit sangat sangat sedap pada saya.

Jom layan resepi yang saya kongsikan semula di bawah ini. Semoga anda semua dapat mencubanya. Jika dibeli, ianya berharga RM1 untuk sebekas. Jadi sangat menjimat jika disediakan sendiri, dapat makan sehingga puas... Jangan lupa melihat video yang saya sediakan di Instagram Azie Kitchen dan youtube channel Azie Kitchen...




Puding Karamel Azie Kitchen Yang Sangat Sedap

Puding Karamel Yang Sedap
Untuk: 20 bekas

Bahan bahan:
3/4 tin susu pekat manis
1 tin susu cair
1 tin air
5 - 6 biji telur - buang mata
Esen vanilla

Bahan Gula Hangus:
1 1/2 cawan gula pasir
3 cawan air

Cara cara:
Goreng gula hingga perang. Bila gula cair dan bertukar warna, baru masukkan air. Masak sehingga menggelegak dan gula hangus menjadi cair semula. 

Tutup api dan biarkan sejuk sebelum disimpan dalam peti ais. Esok pagi, masukkan ke dalam bekas bekas kecil.

Telur dibuang mata dan dipukul tetapi jangan sampai berbuih. Masukkan semua bahan lain. Kacau sehingga sebati. 

Tuang ke dalam bekas kecil yang telah diisi dengan air gula hangus. 



Puding Karamel Azie Kitchen Yang Sangat Sedap


Panaskan periuk pengukus sehingga air mendidih. Kukus selama 10 - 15 minit atau sehingga masak dengan api sederhana. Sentiasa di lap penutup pengukus supaya permukaan karamel menjadi cantik. Atau dibalut penutup pengukus dengan tuala. 





Bila masak, buka tutup pengukus dan biarkan selama 2-3 minit tanpa penutup supaya air permukaan Karamel sedikit kering. Angkat dan sejukkan. 



Puding Karamel Azie Kitchen Yang Sangat Sedap

Setelah sejuk, simpan dalam peti ais. Sedia untuk dinikmati. 



27 comments:

  1. Sdpnya kak azie...insylh sy cuba bt..tq kak azie atas perkongsian resepi

    ReplyDelete
  2. salam kak azie...pukul telur tu kene guna mixer ker..atau pukul biasa2 jer..xyah guna mixer. tq kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pkl biasa lembut lembut supaya tidak berbuih. Baru tekstur cantik dan tak berlubang.

      Delete
  3. Gula hangus disimpan semalaman didalam peti ais tak beku ke Azie,tq

    ReplyDelete
  4. Kak Azie, mata telur tu mcm mana ya? First time dgr ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ia macam putih berketul. Plg ketara dlm telur itik. Kalau telur ayam, tak buang pun tak apa. Tapibkalau telur itik, sedikit hanyir. Kalau tak nak buang, tapis sahaja. Ia payah dihancur bila di kacau

      Delete
  5. Memang tambah air ke dlm telur?

    ReplyDelete
  6. Kak Azie ... kalau gula hangus tu, saya buat dua hari sebelum, akan masih okay ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok jer. Tutup elok elok. Memang elok buat awal awal. Tak da
      Ah tergesa gesa nak buat itu dsn ini

      Delete
  7. assalamualaikum,puding ni akak bukak utk tempahan tak?

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum..salam perkenalan kak azie sya kalu mask mesti tgk blog masak akk.. semuanya simple tp sgt sedap ..terbaiklah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Salam kenal dari saya buat Laila.

      Delete
  9. Ya Allah terliur! Besok jugak nak buat!!!

    ReplyDelete
  10. Salam kak azie..slm pkenalan..nk tny kalau x letak susu cair just gna susu pkat sja boleh x??

    ReplyDelete
  11. Kak..Gula hangus mesti tunggu semalaman? Kalau buat terus boleh?

    ReplyDelete
  12. Saya ambil resipi ya. nak cuba buat bila free.. Thanks in advance .

    ReplyDelete
  13. Akk.3/4ssu pekat tu cmne.3/4 dr tin ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Resepi asal guna 1 tin. Tpi saya rasa manis. Jadi saya kurangkan. Agak agak sahaja lah. Tinggalkan sedikit dalam tin

      Delete
  14. Kak azie.. Susu pekat tu tin kecik ke tin besar

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum kak Azie....
    Terima kasih atas perkongsian resepi. sy dah pernah buat ikut resepi akk nie mmg sedap. rasanya lemak2 manis jer. cuma puding sy ketara lubangnya mgkn sy ter"guna" mixer masa kacau telur. ramadhan 2018 nie buat lg utk my family. keluarkan dr peti ais makan sejuk2 mmg sangat2 sedap

    ReplyDelete
  16. terima kasih atas perkongsian resepi ni...sy guna yee

    ReplyDelete
  17. Bila saya masuk air pada gula hangus...terus jadi cair...xpekat2.memang mcm tu ke

    ReplyDelete
  18. Assalam kak zie..nak tanye..kalau gula hangus tu tak disimpan dalam peti semalaman (maksudnya terus isi dalam bekas kecil2 dan terus letak bahan puding dan terus kukus) boleh tak?

    ReplyDelete
  19. Assalam Pn Azie. . nak tanya kenapa caremal saya jadi berbiji biji atas permukaan dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. Kemungkinan sebab ianya dikacau berlebihan sehingga ada perangkap udara atau masa mengukus.

      Delete

Add your comment
EmoticonEmoticon