Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Nasi Ayam Istimewa Azie Kitchen

Nasi Ayam Istimewa Azie Kitchen

Telah agak lama saya tidak menyediakan nasi ayam. Memang berhajat sangat tetapi kena tunggu, anak anak balik baru berbaloi memasak. Nasi Ayam hari ini disediakan oleh Nana menggunakan resepi Nasi Ayam Istimewa di SINI. Untuk Sambal Cili pula saya menggunakan resepi yang dikongsi oleh adik saya, Cik Su di SINI. Tapi saya hanya membuat separuh sahaja. 

Percayalah selain nasi dan ayam, Sambal Cili sangat memainkan peranan dalam menentukan keenakan Nasi Ayam. Tak habis habis saya memuji keenakan Sambal Cili sendiri. Hahaha hinggakan Nana kata ala Mama puji sambal tu sebab Mama yang sediakan sendiri. Jika makan kat gerai Nasi Ayam Kak Laily, saya pasti menambah nambah Sambal Cili. Nasi Ayam Kak Laily menggunakan air perahan limau kasturi sepenuhnya untuk mengisar cili. Boleh klik di SINI. Kalau mahu sedap, jangan masukkan air langsung.

Nasi Ayam Istimewa Azie Kitchen

Semalam merupakan hari pertama Nana melaporkan diri bertugas di Hospital Sg Buloh. Balik dari hospital, dia ke kedai runcit bersama Boy untuk membeli bahan bahan untuk memasak nasi ayam. Jadi ianya siap dah agak lewat. Kami makan selepas solat Maghrib. Jadi saya tak adalah ambil gambar. Gambar yang diambil ni pun sekadar untuk mengisi entri kali ini. Gambar yang cantik akan terhasil apabila menpunyai cahaya semulajadi yang cukup. Jadi kalau nak tengok gambar step by step penyediaan, bolehlah klik link entri yang sertakan di atas. Sejak Nana pindah ke sini, rasa berselera makan bila Nana memasak, kerana dah lama tak makan masakan orang. Maksud saya, home cooked. 

Jom layan resepi yang saya gabungkan di mana Sambal Cili menggunakan resepi dari Cik Su. Resepi ini tidak menggunakan bawang putih seperti kebanyakan resepi... 

Nasi Ayam Istimewa Azie Kitchen

Nasi Ayam Istimewa Azie Kitchen

Bahan-bahan ( 6-8 orang )
Untuk rebus
1 ekor ayam - dipotong ikut suka
2 ulas bawang putih - tumbuk
2 cm halia - diketuk

Untuk perap
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 cm halia - ketuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
Sedikit kicap cair
Sedikit minyak bijan
Sedikit madu

Cara cara:
Ayam dipotong ikut suka besarnya, bersihkan dan di lumur dengan bawang putih yang ditumbuk dengan halia yang diketuk. Rebus sehingga ayam masak.

Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan perap dan tabur sedikit gula dan garam. Simpan dalam peti ais selama 15 - 20 minit. Lumurkan sedikit madu. Goreng hingga keemasan. Angkat ayam dan diketuk sedikit sebelum dihidangkan. Kuah lebihan perapan ayam akan digunakan untuk membuat Kuah Kicap.

Tips: Ayam hanya digoreng sekejap sahaja iaitu secara "Touch N Go", barulah ayam lembut.

Nasi Ayam Istimewa Azie Kitchen

Untuk Nasi
5 cawan beras
3 sudu besar butter
1 cm halia - ditumbuk
4 ulas bawang putih – ditumbuk
Air rebusan ayam secukupnya
Sedikit garam
1 kuntum bunga lawang
2 buah pelaga
1 batang kayu manis
1 batang serai – ketuk
2 -3 helai daun pandan
Pewarna kuning

Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis bahan penumis, daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing.

Masukkan beras dan goreng sekejap sehingga terbit bau. Masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masukkan sedikit pewarna. Masak seperti biasa.

 
Untuk Sup
Air rebusan ayam
1 biji bawang besar kisar
Rempah sup
Garam
Daun sup yg dihiris
Ubi kentang - potong dadu, opsyenal

Air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi. Tabur bawang goreng sebelum dihidangkan.


Sambal Cili
5 tangkai cili merah - yang saiz panjang
1 biji buah tomato
2 sudu besar cuka 
1 1/2 sudu kecil garam halus
2 sudu besar gula pasir 


Masukkan kesemua bahan di atas di dalam blender dan kisar sehingga hancur. Tak perlu masukkan air. Hanya menggunakan blender secara pulse (on and off) sahaja. Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan. 

 
Untuk Kicap
Kicap manis cap kipas udang
Air rebusan ayam
Kuah lebihan perapan ayam
Sos cili
Sos tomato
Gula - jika perlu
Garam - jika perlu


Masak kuah lebihan perapan ayam dengan air rebusan ayam. Masukkan kicap manis, gula dan garam secukup rasa. Masak sehingga mendidih.


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

6 ulasan for "Nasi Ayam Istimewa Azie Kitchen"

  1. salam kak azie...untuk masak sambal cili yang sedap...rendam cili merah dengan cuka semalaman sebelum masak...sekadar cuma berkongsi rahsia sambal cili mak saya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Terima kasih share petua.

      Padam
    2. Cili dimasak ke? Boleh share cara caranya?

      Padam
    3. Kakak kantin sek ajar..cili merah+ bawang puteh +tomato + air limau kasturi+sebiji @2 biji kulit limau...garam gula n sos cili...n sedikit minyak bijan...masak atas api...sedap xterhingga

      Padam
  2. menariklah resepi nasi ayam nie...special plak.

    BalasPadam
  3. sangat sedap nie sayasuka saya suka thanks kak azie

    BalasPadam