Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Masak Kicap Pedas Ikan Sebelah



Masak Kicap Pedas Ikan


Dalam peti ais masih ada 2 ketul baki ikan sebelah yang dimasak sebelum ini di SINI. Jadi saya yang dah kekeringan idea, memasak kicap sahaja. Entah kenapa kebelakangan ini, saya memang tak ada mood langsung untuk memasak atau update blog. Ikan Sebelah ini memang sedap terutama yang gemuk besar seperti ini. Terasa sangat kemanisan isi ikannya.


Masak Kicap Pedas Ikan


Jom layan resepi Masak Kicap yang sangat ringkas tetapi sedap dan tidak pernah jemu dimakan. Masak kicap ni ada pelbagai cara, ada yang meletakkan cili kisar, ada yang meletakkan serbuk lada hitam atau ada yang meletakkan cuka dsb. 

Jadi kita pilih yang mana kita tergerak hati ketika memasak itu. Itulah cara saya. Masak kicap cukup sinonim dengan orang kita... Kalau anak anak saya, makan nasi berkuahkan kicap pun dah cukup. Kadang kadang walaupun disediakan lauk kari atau gulai lemak, mereka tetap memilih untuk menuangkan kicap atas nasi mereka.



Masak Kicap Pedas Ikan

Masak Kicap Pedas Ikan Sebelah
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
2 ketul ikan - lumur garam kunyit dan goreng
Kicap lemak manis
1 ketul kulit kayu manis
1/2 biji bawang besar Holland
1 tangkai cili merah
1 sudu besar cili kisar

Bahan tumbuk:
3-4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih 

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan ditumbuk serta kulit kayu manis. Boleh juga diganti dengan serai jika suka. Tumis sehingga wangi. Masukkan pula cili kisar dan goreng agak agak cili masak dan garing.

Tuang sedikit air, masukkan kicap. Masak sehingga mendidih. Masukkan bawang besar dan cili hiris. Jika suka, boleh juga dicampakkan sebiji dua cili padi.

Akhir sekali, masukkan ikan yang telah digoreng. Kacau rata dan bolehlah ditutup api.


Masak Kicap Pedas Ikan



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

4 ulasan for "Masak Kicap Pedas Ikan Sebelah"

  1. Dah lama x makan ikan sebelah...dulu masa abah rajin ke laut selalu dpt tp yg kecik2 tu

    BalasPadam
  2. sedapnya ikan sebelah.. Sha suka goreng..

    BalasPadam
  3. That's so delicious, Kak Azie!

    BalasPadam
  4. sedapnya nampak tu :D tapi kan tak pernah rasa ikan sebelah ni

    BalasPadam