Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Gulai Daging Tetel Dan Nangka Padang


Gulai Daging Tetel Dan Nangka Padang


Hari ini saya mengikuti Kuliah Zohor di surau bangunan pejabat yang lain. Jadi saya tak dapat nama ustaz yang mengajar. Masuk pun dah separuh jalan. Sangat terkesan. Ustaz berpesan supaya setiap hari kita menyebut pasal syurga dan neraka sebagai peringatan. Di katakan bahawa salah satu azab bagi ahli neraka adalah melihat keindahan dan keseronokan ahli syurga berada di syurga. Ahli syurga berkenaan berkemungkinan ahli keluarga, adik beradik atau rakan sepejabat. 

Ahli neraka dapat berkomunikasi dengan ahli syurga sehingga mereka meminta sedikit minuman dari ahli syurga. Doakan supaya kita dipanjangkan umur supaya dapat menempuh bulan Ramadhan dan memperbanyakkan amalan soleh. Jom mulakan solat fardhu di awal waktu. Kita solat untuk mengucapkan terima kasih pada Allah kerana masih dipanjangkan umur.  Ini sahaja yang sempat saya salin. Walaupun ringkas sangat menginsafkan. Semoga ianya bermanafaat buat kita semua. 



Gulai Daging Tetel Dan Nangka Padang


Sekarang tengah mood memasak masakan Minang atau kadang kadang dikenali juga sebagai resepi masakan Padang jika di google. Haa, saya siap create label baru dengan label Masakan Minang untuk memudahkan saya membuat rujukan di masa depan. 

Saya memang menyukai masakan Padang sejak mula bekerja dan ketika itu, saya menyewa di Kampung Baru. Setiap hari Sabtu, mesti singgah di gerai berhadapan Wisma Azmon untuk membeli nasi bungkus. Sekarang gerai itu telah diubahsuai dan menjadi lebih besar dan dinamakan Kedai Nasi Minang Selera Bukit Kapau. 

Sehingga sekarang pun, saya masih mengajak hubby makan tengahari di situ. Tapi kena pergi lebih awal kerana cepat sahaja lauk lauknya habis. Saya menyalin resepi ini dari youtube Indonesia setelah mencari istilah istilah masakan dalam bahasa Indonesia yang sedikti berbeza dengan kita. Buah keras dikenali sebagai kemiri, belacan pula terasu, gula jawa dan banyak lagi. Hanya nama berbeza tapi bahan bahan yang digunakan adalah sama dengan apa yang kita guna dalam masakan.

Kalau setiap kali ke restoran masakan Padang, lauk yang mesti dicari adalah gulai Tunjang, gulai perut atau dipanggil juga Babat, sambal merah dan hijau serta rendang daging. Kalau ke Bali atau Surabaya atau Bandung, inilah masakan yang saya cari tapi makan kat sana kena berhati hati. Serik selepas saya terkena cirit birit teruk sehingga terpaksa dihantar ke Hospital di Jakarta dan dimasukkan 2 botol air. Tak pernah lagi seumur hidup kena food poisoning yang tak baik selepas mengambil ubat.

Jom layan resepi yang telah saya olah di bawah ini...


Gulai Daging Tetel Dan Nangka Padang

Gulai Daging Tetel dan Nangka Padang
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1/2 kg daging tetel
2 keping nangka muda - rebus
1 kotak santan kelapa
2 helai daun limau purut
Garam
Gula

Bahan kisar:
3 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
2 sudu kunyit serbuk/1 inci kunyit hidup
3-4 tangkai cili merah
2-3 hiris lengkuas
2 batang serai
5 buah keras

Cara cara:
Semua bahan di atas di kisar dan dimasak seketika atas dapur sehingga agak kering. Boleh juga dimasukkan terus bahan kisar ke dalam santan.




Masukkan bahan kisar dalam santan dengan daging tetel yang telah direbus empuk. Air rebusan jangan dibuang.

Masukkan nangka dan dikacau sehingga santan pekat dengan api kecil. Masukkan daun limau purut, garam dan gula. Siap. Sedap dimakan dengan nasi impit.




Nota:
Kuah akan menjadi lebih pekat selepas ianya sejuk, jadi kena agak agaklah kepekatan dan kecairannya sebelum dipadamkan api.



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

2 ulasan for "Gulai Daging Tetel Dan Nangka Padang"

  1. Sedapnya..kena cuba nie..
    Selalu mkn asam pedas tetel je..

    BalasPadam
  2. Salam, Kak Azie..
    semua lauk yang Kak Azie sebut tu adalah lauk pilihan sy kalau makan masakan padang atau minang. sambal hijau tu jer setengah pinggan tau.. huii.. sambil tertelan2 ailio mengomen ni ha.. haha.

    BalasPadam