Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kuih Jemput Jemput Pisang


Kuih Jemput Jemput Pisang


Orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah akan diberi hidup tenang di dunia dan syurga di akhirat. Diberi kecukupan, bantuan dan rezeki yang tidak disangka sangka. Hanya apabila hamba menyakini Allah dengan sepenuh hati, Dia akan memberi ketenangan hati (surah Al Ra'd ayat 28). Kunci utama kejayaan dan kebahagiaan individu itu ada pada hati yang tenang. Tidak ada sebarang ketakutan dalam menghadapi hidup ini. Apabila gagal dalam sesuatu perkara, sebaik baiknya kita cuba mengkaji hikmah di sebalik kegagalan itu. Pasti ada, pasti sekali ada. Tidaklah kita dikatakan seorang yang beriman sehingga kita diuji dengan sesuatu ujian seperti maksud Firman Allah dalam surah Al Ankabut, ayat 2-3. Kebahagiaan bukan pada harta atau pangkat serta kedudukan, kerana semuanya tidak kekal dan bukan kebahagiaan hakiki. Ini adalah kerana setelah kita memperolehinya, kita masih tidak menemui kebahagiaan yang dicari. 


Kuih Jemput Jemput Pisang

Ini entri main main jer ni. Entri main masak masak atau pondok. Hahaha nampak betul dapur tak berasap sekarang ni. Maklumlah pengisian masa saya sedikit padat sekarang. Cuma bila ada masa terluang baru saya akan memasak. Seronok juga bila anak anak makan menambah nambah apa yang dimasak seperti Kerutuk Daging di SINI. Setelah lama tak memasak nasi dan lauk pauk, saya memasak untuk menghabiskan stock barang basah yang penuh di dalam freezer.

Saya menyediakan kuih Cekodok Pisang atau dipanggil Jemput Jemput pisang kalau di Kelantan ini atas permintaan Juita. Agaknya beliau teringin sebab dah lama tak menyediakan kuih tradisional yang paling mudah ini. Sewaktu mencari sarapan di gerai nasi lemak kegemaran saya di Kundang pada pagi hari minggu, saya singgah membeli ubi kayu dan pisang emas untuk dibuat kuih jemput jemput pisang. Sedap pulak makan ubi rebus yang dicicah dengan kelapa parut putih. Hilang rasa patah hati kerana gerai nasi lemak tersebut tidak berniaga pada hari itu. Memang sedap nasi lemak dan lontong di situ. Setiap kali ke sana memang kena berebut paru goreng sambal yang memang menjadi kegemaran ramai pelanggan ke situ.

Ish ish tak kan lah resepi cekodok atau jemput pisang pun nak tulis di sini. Hahaha sebenarnya blog saya ini banyak dirujuk oleh anak anak yang masih belajar memasak terutama di luar negara. Ianya termasuklah anak anak lelaki yang mungkin tak pernah tengok pun ibu memasak di dapur semasa di rumah. Jadi kita saja saja lah nak share di sini.


Kuih Jemput Jemput Pisang

Kuih Jemput Jemput Pisang

Bahan bahan:
7 biji pisang emas
3 sudu besar gula pasir
Secubit garam
Tepung gandum secukupnya

Cara cara:
Pisang dikupas kulit dan dilenyek hancur dengan menggunakan garfu. Masukkan gula dan garam.

Akhir sekali masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Jangan terlebih gandum, nanti adunan keras dan tak sedap.

Panaskan minyak dan jemput adunan kecil kecil dan masuk ke dalam minyak yang telah panas. Goreng dengan api yang sederhana. Balik balikkan sehingga masak rata dan bolehlah angkat dan tos atas towel paper. Sedia untuk dihidangkan bersama teh atau kopi.

Nota;
Jika suka, boleh letakkan sedikit baking powder dan biarkan seketika sebelum digoreng.



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

12 ulasan for "Kuih Jemput Jemput Pisang "

  1. Kak,nape jeput tu melekat sesama sendiri ye? Bile nak asing dah tertanggal kulit. Pastu rupa pun penyek je. Ape yg krg ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pertama mungkin adunan terlembik. Kena tambah lagi tepung gandum. Kedua masa digoreng, mesti minyak betul betul panas

      Padam
  2. Kak...boleh tak baking powder tukar dengan telur???

    BalasPadam
  3. Memang betul resepi macam ni memang perlu untuk pelajar mcm kmi yg blaja kt luar ni. Teringin nak berbuka cekodok pisang. Klu bkn pisang emas blh ke?

    BalasPadam
  4. Biasenye mmg sye gune tpung gandum nak buat cekodok ni..tp aritu terbeli tepung semolina & bleh ke nak buat cekodok gune tepung semolina tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah tak jadi jemput pisang lah. Tepung suji sedap buat kuih suji. Boleh cuba dsn tengok apa hasilnya. Mungkin jadi kuih suji pisang

      Padam
  5. Sedapnya. Nàk Cuba ptg nnt .hehehe

    BalasPadam
  6. Nak lagi sedap.. dlm bncuhan tepong selain pisang ..letak kelapa parut ngn oat... sedappp...

    BalasPadam
  7. Silap beli pisang kelat harini. Kemudian gigih google pasal jenis-jenis pisang. Akhirnya lepas sejam browse pasal pisang, siap jemput-jemput pisang ikut resepi atas ni. Sedap! Thanks :)

    BalasPadam
  8. Terima kasih untuk resepi,memang menjadi n sedap...dah lame tak buat sampai terlupe,bila anak request baru sibuk nak godek mr.google...😅

    BalasPadam
  9. Super klasik Dan sedap'.

    BalasPadam