Aduhaai Sedap Nyer Daging Kambing Panggang






Dato Seri Dr Mohammad Isa, sahabat dan jemaah surau Ad Dhuha memberikan kami satu pek daging kambing perap panggang jenama D'Pedas yang telah di marinate dengan sos black pepper dan sedia untuk dipanggang. Kebetulan sekali, kami sekeluarga memang menggemari daging kambing. Kalau di Kelantan, pastilah gulai kawah Kambing tapi kalau di sini, daging kambing panggang. Dengan adanya daging kambing yang sedia untuk dipanggang menjadikan penyediaannya sangat cepat dan mudah serta yang penting sangatlah sedap. Anak anak saya semuanya memberi komen yang ianya sangat sedap. Tak perlukan apa apa sos lagi, sedap dimakan begitu sahaja, cukup dengan bahan marinate jer. Jika dipesan dari restoran, pastinya mahal sekali. Kalau makan untuk sekeluarga, banyak juga duit yang perlu dibayar. Tapi jika dibeli dan dipanggang sendiri, tentu sekali sangat sangat menjimatkan. Bayangkan untuk satu pek ini, ianya boleh di makan oleh kami 4 beranak.





Jom kita tengok cara penyediaan dengan saya memanggang menggunakan kuali ajaib yang telah diletakkan sedikit minyak. Setelah panas, masukkan daging kambing dan masak dengan api sederhana. Setelah itu dibalik balikkan supaya ianya tidak terlalu masak. Bolehlah angkat dan sedia untuk dihidangkan.





Jika ada yang berminat untuk mendapatkan stock daging kambing sedia dipanggang ini dengan menghubungi nombor telefon di bawah ini. Encik Rumi merupakan jemaah di Surau Ad Dhuha juga. Haa ada informasi harganya sekali. Apa ditunggu lagi? Angkat telefon dan buatlah tempahan segera. Boleh rujuk blog  D'Pedas di SINI untuk maklumat lanjut. Untuk membuat tempahan dsb, boleh rujuk blog wakil jualan D'Pedas di SINI.






Aduhaai Sedap Nyer Daging Kambing Panggang Aduhaai Sedap Nyer Daging Kambing Panggang Reviewed by Azie on January 14, 2015 Rating: 5

4 comments

  1. Terliur dah saya ni Azie.... sedapnya!

    ReplyDelete
  2. waduhhhhh tertarik menarik sgt nie..

    ReplyDelete
  3. emmmm, sedapnya..saya minat betul dgn kambing panggang ni...makan lak dgn sos lada hitam, terangkattt...

    ReplyDelete
  4. Mudah...nampak pun sedap. Pasti saya akan cari nanti. Saya juga peminat tegar daging kambing.

    ReplyDelete