Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Jom Dapatkan Produk Ustazah Yang Berkualiti Tinggi


Saya diperkenalkan dengan produk jenama Ustazah apabila rakan jemaah Surau Ad Dhuha, Dato Seri Mohammad Isa memberikan beberapa jenis produk Ustazah kepada kami. Ianya adalah berupa bawang goreng yang sangat sedap dan rangup sehingga saya leka meratahnya begitu sahaja, Acar Buah Campuran dan juga Agar agar Kering yang sangat sedap. Comey sekali agar agarnya yang dibuat menggunakan acuan bunga bersaiz kecil. Sekejap sahaja habis dimakan. 

Bawang goreng jenama Ustazah menggunakan bawang yang dipilih dari anak bawang yang segar, dipotong sendiri menggunakan pisau, bukan menggunakan mesin sebab nak mengawal saiznya dan kenipisannya. Ia kemudiannya digoreng tanpa dicampur tepung serta menggunakan minyak kelapa muda supaya bawang goreng lebih manis dan rangup serta tahan lama. Haa kehalusan dan ketelitian dalam pembuatannya memang dapat dibuktikan dengan rasanya yang enak.

Selain produk di atas, banyak lagi produk produk lain keluaran Ustazah seperti  Acar Buah, Agar agar Kering dan banyak lagi. 



Ini adalah gambar bawang goreng Ustazah yang ditabur atas Asyura Utara yang memang sangat sedap. Serious bawang Ustazah memang sangat sedap dan terjamin pembuatannya. Boleh hubungi mereka untuk membuat tempahan. Mereka boleh pos terus ke alamat rumah kita.




Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

5 ulasan for "Jom Dapatkan Produk Ustazah Yang Berkualiti Tinggi"

  1. Assalam. Pn Azie produk ustazah ni takde jual kat kedai atau pasaraya ke? Segan pulak nak hubungi Dato' kalau hanya nak beli sedikit untuk kegunaan sendiri sahaja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Tak apa ibusya boleh mesej sb mmg Dato Seri yang suruh bagi hp dia sebab nak tolong Ustazah pun

      Padam
  2. nampak sedap bawang goreng tu Azie tapi syg jauh sngt lah nak order ni

    BalasPadam
  3. Sedapnya bawang goreng tu..ala segan la pulak nk msg Dato....

    BalasPadam