11 Jun 2014

Nasi Ayam Cik Su Yang Mudah Dan Sedap


Nasi Ayam Cik Su Yang Mudah Dan Sedap


Semasa dalam perjalanan balik ke airport, kami singgah di rumah adik bongsu saya, Cik gu Hasliza di Binjai yang dpanggil Cik Su. Cik Su menyediakan nasi ayam yang ketika kami tiba, masih sedang dimasak di atas dapur. Cara Cik Su memasak nasi ayam memang lain dari yang biasa saya buat, jadi saya terus memerhatikan cara cara penyediaannya. Cukup cepat disediakan kerana resepinya ringkas dan dia sengaja membiarkan ianya dihidangkan panas panas selepas masak. Ayam digoreng pada akhir sekali secara Touch N Go sahaja kerana ianya telah masak.



Nasi Ayam Cik Su Yang Mudah Dan Sedap


Anak anak kami makan berebut rebut lebih lebih lagi nasi dan lauk yang dihidangkan masih panas panas. Sambal cilinya juga sangat sedap dan menepati selera saya. Boy juga memuji sambal cili. Ianya agak berbeza dengan sambal cili yang biasa saya sediakan sebelum ini kerana tiada halia dan bawang putih dimasukkan ke dalamnya. 

Jom kita layan resepi Nasi Ayam Cik Su pula....



Nasi Ayam Cik Su Yang Mudah Dan Sedap

Nasi Ayam Cik Su

Kuah Sup
1 ekor ayam - buang kulit dan potong 4
1 biji bawang besar kuning - hiris
3 bawang putih - hiris
2 inci halia - hiris
Sup bunjut
Sedikit bawang goreng
Daun sup
Garam

Tumis bawang hiris, halia dan sup bunjut sehingga wangi. Masukkan ayam dan masak sehingga air ayam kering. Masukkan air secukupnya dan rebus sehingga ayam masak. Masukkan bawang goreng, garam dan sedikit perasa. Tutup api dan keluarkan ayam. Semasa hendak dihidangkan, tabur daun bawang/daun sup.


Nasi Ayam
Beras - basuh dan tos
Kuah sup
Daun pandan

Masukkan air rebusan ayam dan daun pandan, kemudian masak dalam rice cooker sehingga nasi masak. Setelah nasi masak, buatkan 2 lubang pada nasi dan masuk 2-3 sudu besar mentega ke dalamnya. Tutup semula dengan nasi. Akhir sekali, kacau rata. 



Nasi Ayam Cik Su Yang Mudah Dan Sedap



Sambal Cili
12 - 13 tangkai cili merah
2 biji buah tomato
3 sudu besar cuka
3 sudu kecil garam halus
4 sudu besar gula pasir

Masukkan kesemua bahan di atas di dalam blender dan kisar sehingga hancur. Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan. 



Nasi Ayam Cik Su Yang Mudah Dan Sedap

Sambal Kicap
Kuah sup
Kicap cap kipas udang

Satukan kuah sup dan kicap secukupnya. Masakkan di atas dapur buat seketika.


Ayam Goreng
Ayam rebus - angkat dan tos
Kicap

Lumur ayam dengan kicap dan goreng di saat hendak dihidangkan. Angkat dan potong ayam mengikut suka hati. Siap untuk dihidangkan bersama sayuran salad, timun dan buah tomato.



Nasi Ayam Cik Su Yang Mudah Dan Sedap


Selamat mencuba semua. Jangan lupa kongsikan maklumblas anda di sini untuk rujukan kawan kawan yang lain pula.



Nasi Ayam Cik Su Yang Mudah Dan Sedap

Nasi Ayam Cik Su Yang Mudah Dan Sedap


22 ulasan

yummy....nak cuba nanti.... thanx

Glad to have found your site. Keep up the good work! DB Product Review

Terima kasih atas resepi ini..jazakallahu khairan...

akak mmg byk koleksi nasi ayam...

sedapnyeee....ni style belh sana kot...simple..tp sedapp....

Lumur ayam dgn kicap guna brand apa?

Boleh guna brand apa apa jer yg disukai. Adik saya guna cap kipas udang. Tapi katanya dia biasa menggunakan brand sedap dari Kelantan tapi saya dah lupa nama brand nya.

Brand mh mohamad ke dr kelate tu?

wah, banyaknya resepi nasi ayam kat blog ni.. semua nampak sedap.. Terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu..

Salam kak azie.. saya da try resipi nasi ayam cik su kuah kicapnya saya ikut nasicayam istimewa guna kicap habhal... sedapp mudah dan enak... terima kasih kak ats perkongsiannya

Mohon izin nak try resepi. Pastu nak post hasilnya pada blog Cik Mun ye...

hmmm nampak mcm susah.....tpi cuba dlu lah..

Masak nasi tu guna kuah sup yg resepi atas tu ye?

Sy suka gne resepi akk....mudah n kompom jd..nasi ayam yg sgt sedapp...senang jer nk buat...tq kak..resepi akk mmg best

Nak cuba resepi ni untuk menu berbuka puasa hari ni. Kalau menjadi saya akan share diblog @ facebook.

Terliuh tgk nasi dia....kuning aje....

Sy suka tgk semua resepi pn Azie ni.. nmpk menarik & sedap, byk resepi sy dah try menjadi... refer blog Pn Azie ni la hihi


EmoticonEmoticon