21 May 2014

Ikan Merah Masak Tempoyak Perak


Ikan Merah Masak Tempoyak Perak


Dah lama saya mencari Ikan Merah untuk dimasak tempoyak sejak menikmati Masak Tempoyak Ikan Merah di rumah Kak Nyah sebelum ini. Setelah berminggu mencari, akhirnya berjaya mendapatkan ikan merah walaupun hanya bahagian kepala. Namun ianya tetap sedap dan lembut sahaja isinya. Terasa lah pulak seperti tauhu.



Ikan Merah Masak Tempoyak Perak



Sebenarnya memasak ini memerlukan praktis dan praktis. Saya ingatkan ikan merah ini keras dan boleh menggeleding. Jadi sambil merenih, saya sediakan bahan bahan untuk membuat rempah Ayam Goreng. Aduhaai sedar sedar ikan dah terlebih lembik dan hancur lah sedikit. Hmmm memang jenis tak boleh membuat banyak kerja dalam satu masa agaknya saya ni. Nampak gaya kena cuba lagi sekali, pasti buat lagi sampai jadi dengan sedaaap nya. Kalau sesiapa nak mencuba masakan tempoyak versi Perak, bolehlah cuba resepi Kak Nyah di bawah ini....  



Ikan Merah Masak Tempoyak Perak

Masak Tempoyak Versi Perak
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ekor ikan merah - potong nipis
4 - 5 biji cili merah
2 senduk tempoyak (saiz sedang)
Sedikit serbuk kunyit
2 batang serai - ketuk
1 batang timun - jika suka
3 - 4 mug air atau mengikut kepekatan yang disukai
Garam
Secubit gula


Cara cara:
Blender kasar cili merah atau ditumbuk kasar. Kemudian satukan semua sekali bahan termasuk ikan dan timun. Selepas itu, tuang air secukupnya. Petua kakak ipar saya ialah bahan bahan mesti digaul sebati dengan menggunakan tangan.








Masak dengan api perlahan sehingga ianya mendidih dan merenih dengan agak lama.







Masukkan sedikit garam dan secubit gula. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat dan dihidangkan dengan nasi putih panas panas.



Ikan Merah Masak Tempoyak Perak



4 ulasan

telan air liur berkali kali maaaaak haih..
dahla sy ni suka tempoyak..
onomnom ~

Slm pn. Ikan merah yang keras dan menggeleding tu jenis yg ada hitam2 skit kat bdn dia. Harganya pon lebih murah berbanding dgn ikan merah yg lembut yg pn gunakan ni

Wslm. Ooh kini barulah saya tahu ya. Terima kasih atas makluman

My ikan merah mengeleding!!!! 😖


EmoticonEmoticon