Selasa, 8 April 2014

Sup Ikan Merah



Sup Ikan Merah




Entah kenapa sejak kebelakangan ini, saya menjadi seorang yang sangat sentimental, sangat sedih, sayu dan hiba. Segala perasaan muram bercampur baur. Tiba tiba saya menjadi malu akan perbuatan saya sendiri. Saya merasa segan dengan apa yang dibuat selama ini. Dalam masa yang sama, saya ingin sentiasa meredhakan apa sahaja yang saya alami dan ingin meletakkan semuanya pada percaturan Allah. Sudah semestinya sebagai manusia kita tidak akan berpuas hati dengan apa yang ada di dunia ini. Jadi saya memperbanyakkan membaca buku buku dan mendengar kuliah agama untuk memantapkan lagi ilmu pengetahuan supaya saya lebih bersedia. Bersedia menempuhi apa sahaja ketentuan Allah. Itulah sebenarnya antara sebab sebab saya tidak ada mood untuk menulis blog seperti masa lalu. Sekadar menulis ala kadar sahaja. 



Sup Ikan Merah

Berbalik kepada resepi pula, saya belajar resepi ini dari sahabat saya Dr Sabariah semasa mengunjungi rumah mereka ketika itu di UiTM Segamat. Saya melihat beliau menyediakan sup ini sambil bersembang sembang di dapur. Nampak mudah dan ringkas tetapi hasilnya sangat sedap. Jadi kalau tak ada idea, dan jemu untuk memasak lemak sahaja, bolehlah mencuba resepi sup ikan merah ini pula. 

Jom kita layan resepi mudah dan sedap ini dulu....




Sup Ikan Merah

Sup Ikan Merah
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Ikan  merah
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
Kayu manis, bunga lawang dan pelaga
Lada hitam biji - tumbuk

Cara cara:
Tumis bawang merah dan bawang putih serta halia yang dihiris bersama kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.

Kemudian masukkan air secukupnya. Biarkan air menggelegak sebelum dimasukkan ikan. Akhirnya masukkan lada hitam dan garam secukupnya. 






Taburkan daun sup dan bawang goreng. Bolehlah ditutup api dan sedia untuk dihidangkan.




Sup Ikan Merah

Selamat mencuba...



46 ulasan:

  1. Kalau kita tak suka dengan perbuatan orang, diamkanlah. Itu yang sebaiknya. Jangan membalas balik dengan perkataan tak elok di dalam blog sambil memaafkan. Itu contradictive. Beribu orang membacanya. Nanti susah pula kita nak minta maaf dengannya. Baca juga buku ustaz Pahrol. Bahasanya indah dan pemikirannya hampir sama kerana jarak umur yang dekat. Sentiasa lah memperbaiki diri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Blog ini acalah mengenai kehidupan saya. Jadi dalam kehidupan kita akan menempuh pelbagai isu dan ujian. Saya setuju dg apa yang ditulis, sepatutnya diam dan bersabar. Apa apa pun, sama sama lah memperbaiki diri.

      Padam
  2. simple dan sedap.dah lama tak makan.huhu

    BalasPadam
  3. Ya Allah sedapnye sup ikan merah, bapak saya suka sangat makan sup kepala terutama ikan merah..

    BalasPadam
  4. sedapnya..sup ikan merah

    BalasPadam
  5. Assalam, Kak Azie,kalau kak azie nak buku Ustaz Pahrol saya ada sebuah, bertajuk Di Mana Dia Di hatiku. Saya dah habis baca.

    BalasPadam
  6. sedapnya..hari nie sy buat utk anak umur setahun...dia mmg suka

    BalasPadam
  7. lama tak buat sup gini..tu yang google resipi jumpa blog u dear.. nak try esok! :)

    BalasPadam
  8. Baru bkk sbb dh lama x buat sup ni...mesti sedap
    Tq dear

    BalasPadam
  9. Nak cuba blk nnt. Harap2 Anak yg umo setahun suka sup ikan merah nie.

    www.mamaashraf.blogspot.com

    BalasPadam
  10. dah buat dah guna resepi ni. sedapp. thanks k.azie

    BalasPadam
  11. salam,

    ia sesuai untuk orang yg berkolestrol tinggi x? minyak perlu banyak atau macam mana? sebab saya nak masak untuk mak saya.

    BalasPadam
  12. jgn la lemah semangat utk menulis blog k.azie. ilmu yg bermanfaat tetap mendapat pahala dariNya. saya suka baca blog k.azie bila mencari resepi. hari ni nk masak sup ikan merah utk lunch. mesti jenguk blog k.azie punya lah. terbaikk

    BalasPadam
  13. Mule2 baca entry akak sesuai dgn mood saye ni... nak masaklah sup ikan merah sbb akak mcm mamahami je...huhu sup ikan merah.....yeahhhh

    BalasPadam
  14. Ok..nak cuba maaak resepi ni utk menu berbuka..simple sgt.tq ya!=)

    ainaez.blogspot.com

    BalasPadam
  15. Ok hari ni sup ikan merah. Resepi azie simple dan sedap. Thanks a lot

    BalasPadam
  16. Setuju ..resipi simple dan sedap.bnyk resipi k.azie yg sy dh try.mmg terbaik

    BalasPadam
  17. Dah cuba..sedapp.saye student makan simple2 mcm ni la best

    BalasPadam
  18. Trima ksih share rspi. Ari ni nk msak sup ikan la plak..moga2 sedap la ye.. hehe..

    Mizzyati♡

    BalasPadam
  19. Nak try hari ni. Terima kasih share.

    BalasPadam
  20. Alhamdulillah sedap Resepi ni.

    BalasPadam
  21. K. Azie. Tq share resepi ni.

    BalasPadam
  22. Kak azie tq selalu sy masak guna resepi kak azie.. semoga Allah balas hasa baik kak azie.. i luv u kak

    BalasPadam
  23. Terima kasih Puan Azie kerana berkongsi resepi. Jazakallahu khairan kasiran.

    BalasPadam
  24. salam ucapan trima kasih dr Pelajar di United states, sye xde idea masak ikan ape harini ahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm Izman. Semoga cemerlang dalam apa jua yang diceburi

      Padam
  25. Kuantiti bahan2 tak bagitau , orang noob mcm sya ada masalah skit la

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memasak bukan spt buat kuih muih. Kalau suka, boleh lebih atau kurang. Kalau suka pedas, lebihkan lada hitam dan sebaliknya. Itulah yg dipanggil secukup rasa

      Padam
  26. Terbaiklah tq kak saya nakncuba harinie

    BalasPadam
  27. Azie punya resepi mmg menjadi rujukan akak...semuanya sedap...mekasih zie mintak halal dunia akhirat yea...

    BalasPadam
  28. Biasanya masakan kita drp hati..bila hati tgh sedih, tak sihat masakan yg dekat dgn kita ialah sup..sup ayam dan sup ikan...saya pun sdg x sihat..elok makan sup ikan ni panas2..thanks share resepi ini..

    BalasPadam
  29. ank nk kuar hosp arini..da smgu dmm..tgh google resipi nk masak utk anak..jmp blog kak azie..blk nk masak sup ni..

    BalasPadam
  30. Thanks for sharing this recipe! I've tried this and the n9 rendang ayam. Memang sedap sangat!

    BalasPadam
  31. Akak salah seorg blogger yg sy always follow dlm bidang masakan.. Nama kt pun lebih krng.. Hope sy hebat mcm akk dlm bidang masakan.. Amiinn..

    BalasPadam
  32. Kak Azie.. anda ibarat cikgu masakan sy di alam maya.. blog Kak Azie sentiasa menjadi rujukan saya.. Alhamdulillah suami sy sentiasa puji masakan2 saya.. tq so much Kak Azie krn sudi share ilmu memasak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah sis. Tumpang gembira mendengarnya. Keep in touch ya

      Padam
  33. Semua resepi lauk Paul, nasi,kuih,kek,puding kak zie ni I try,semua jd n sedap2 sokmo.thnks for give a new life for us.

    BalasPadam
  34. Kita nak share bole x dear.Sungguh menyelerakan..Terimakasih Azie kitchen

    BalasPadam
  35. Dalam diam azza selalu ambil resepi azie,terutama ayam masak merah,azza xpndai masak tp tgk resepi alhamdulilah jadi..hehehe.
    Thanks dear
    azzaazyra.blogspot.com

    BalasPadam
  36. Trigt masa kecil2 dlu mak dan ayah saya bergilir2 masak sup ikan merah nie, masing ada identiti yg tersendiri.saya dan adik beradik saya sgt menggemari sup ikan merah nie, mesti licin terbaik ~*

    Pn Nad☺

    BalasPadam
  37. sy buat u mertua sy hariini.. tq sbb share resii..semoga puan sekuarga sentiasa diberkati dan dirahmati

    BalasPadam
  38. Saya mmg mengikuti blog azie sejak awal lg.. semua tips dan resepi masakan penuh dgn rasa kasih sayang.
    By the way . Arini juadah berbuka saya dan keluarga mmg sup kepala ikan merah...meletops...

    BalasPadam
  39. Tiap kali nak masak dh xtahu nk apa apa mesti terus ke blog sis.suka cuba perbgai resepi dri sis.alhamdulilah semua sdap2,tq sis kngsi ilmu masakkan

    BalasPadam
  40. Kak....hani nak resepi sup belut boleh??? Nak yg kaw punya, yg guna perencah sup adabi...

    BalasPadam

Add your comment
EmoticonEmoticon