25 Feb 2014

Percutian Ke Perth Yang Sentiasa Dikenang


Percutian Ke Perth

Kali ini saya ingin coretkan percutian ke Perth tahun 2003 yang sangat bermakna dalam hidup saya. Ini adalah antara detik detik manis di mana kami dapat bercuti keluar negara dengan anak anak yang ketika itu masih bersekolah. Sekarang ini, memang agak sukar untuk mencari masa di mana semua anak anak dapat bercuti dalam masa yang sama. 

Mengikut rancangan asal, kami sepatutnya bercuti ke Beijing, tetapi memandangkan dunia dilanda wabak SARS yang meragut banyak nyawa ketika itu terutama di China, kami telah mengubah destinasi percutian ke Perth. Perjalanan dengan penerbangan MAS mengambil masa lebih kurang 6 jam. 

Masih terasa keseronokan dari membuat persiapan dengan bershopping pakaian sejuk bersama sama sehingga tiba di rumah. Saat percutian bersama keluarga adalah saat yang membahagiakan bagi mana mana ibubapa. 



Percutian Ke Perth

Sepanjang di sana, kami menyewa apartment di tengah bandar dan kami hanya berjalan kaki setiap hari untuk mencari makan dan bershopping. Cuaca sejuk ketika itu musim sejuk adalah selesa untuk kami berjalan jalan. Tidak terlalu sejuk pun. Saat yang paling mengembirakan ialah kunjungan ke Caversham Wildlife kerana pertama kali, kami semua dapat melihat dan memberi makan kanggaro. Anak anak begitu seronok dapat bergambar sambil melayan kanggaro.


Percutian Ke Perth


Percutian Ke Perth

Selain bersiar siar di tempat menarik dan bersejarah di Perth, kami juga mengambil peluang untuk bershopping. Hubby banyak membeli baju ragbi. Aween dan Juita pula membeli barang barang permainan. Masih saya ingat ketika itu, kami membawa balik satu bag pakaian besar berisi barang permainan Aween dan Juita.


Percutian Ke Perth

Sebelum balik, kami berposing posing sekitar airport Perth yang ketika itu, tidak besar mana pun. Saya menyukai suasana di Perth yang sangat tenang. Jalan raya yang tidak sesak. Rumah rumah yang cantik cantik terutama sepanjang menaiki cruise dapat dilihat kawasan perumahan orang kaya kaya.


Percutian Ke Perth


Saat dalam penerbangan juga saat yang menyeronokkan bagi anak anak. Mereka suka dengan hidangan mewah yang dihidangkan MAS ketika itu. Siap ada salmon lagi. Untuk pencuci mulut pula, kami diberikan ais krim yang sangat sedap. Oleh kerana tidak ramai orang di dalam penerbangan, kami boleh mendapatkan extra ais krim lagi.



Percutian Ke Perth

Percutian ke Perth akan kekal di dalam memori sebagai percutian yang paling membahagiakan. Saya mengharapkan agar kami dapat bercuti lagi bersama sama pada tahun ini atau tahun hadapan. Semuanya bergantung kepada jadual kerja dan pengajian serta persekolahan anak anak.


4 ulasan

untung dapat jejak kaki kat negara orang :)..

Cuba lah pergi ke Queenstown pula. Saya dan suami baru balik dari sana. Kami pergi via sydney. Bandar yang sangat cantik dan sangat tenang berada di sana.

Ini catatan perjalanan yg telah lama. Tapi memang seronok melihat tempat orang

Insya Allah teringin nak ke Queenstown pula


EmoticonEmoticon