6 Jan 2014

Nasi Kerabu Kelantan Yang Terlajak Sedap


Nasi Kerabu Kelantan Yang Terlajak Sedap

Sebenarnya semasa menulis entri ini, saya tengah dalam kesedihan selepas Nana memberitahu yang dia akan berpindah ke Asrama Doktor di hospital. Kebelakangan ini waktu kerja Nana agak panjang. Dia keluar rumah pukul 6 pagi dan balik pukul 11 malam. Saya merestui hasratnya kerana bimbangkan keselamatan dia selepas berlaku banyak kejadian pecah cermin kereta di traffic light depan hospital. Salah satu dari kejadian yang menimpa kawan kawannya berlaku di hadapan Nana sendiri. Ketika itu, kereta Nana berada di belakang kereta kawannya. Malahan Nana pernah diekori 2 buah motosikal di persimpangan traffic light sehingga dia terpaksa memecut laju. Aduhaai kenapalah manusia zaman sekarang terlalu materialistik. Kalau merompak kerana kebulur tu, boleh lah juga faham tapi ini kerana mahu memuaskan kehendak yang tidak terbatas. Sebak rasanya hati bila Nana meminta dihantarkan barang barangnya ke asrama malam tadi. 



Nasi Kerabu Kelantan Yang Terlajak Sedap

OK sekarang kita beralih pada resepi nasi kerabu yang terlajak sedap pulak. Hahaha tumpang iklan di TV yang Terlajak Laris tu... Memang sedap dan betul betul rasa nasi kerabu Kelantan sehingga saya menambah 2 kali dan sebelah malam makan lagi nasi kerabu yang dibekalkan untuk Nana tanpa rasa bersalah pada diri sendiri pun. Nasi Kerabu ini dimasak oleh sepupu saya, Cikgu Wan Faizah untuk hidangan buat kami sekeluarga. Dia memang tahu kegemaran saya. Maklumlah kami berkawan sejak kecil dan rumah kami ketika itu bersebelahan sahaja. Emak Faizah yang saya panggil sebagai Kak Nik  Bidah juga memang handal dalam bab masak memasak dan selalu membantu dalam urusan memasak kalau ada kenduri kendara di kalangan keluarga kami.




Bagai pucuk dicita ulam mendatang lah. Memang dah lama mengidam nak makan nasi kerabu yang dibuat oleh Faizah. Nasi kerabu sedap dihidangkan bersama solok lada, bawang putih jeruk, ikan rebus goreng dan macam macam lagi. Hari ini mereka membakar daging untuk dimakan dengan nasi kerabu. Resepi Daging Bakar akan saya kongsikan dalam entri akan datang. Jadi apa lagi? Kenalah tunggu ya....


Nasi Kerabu Kelantan Yang Terlajak Sedap


Saya pernah membuat entri berkenaan Nasi  Kerabu yang saya pelajari dari Faizah. Boleh klik di SINI. Memang dah ramai yang mencuba dan berjaya menyediakan nasi kerabu Kelantan. Sekarang ini memang agak susah sekali untuk mencari nasi kerabu Kelantan yang diletakkan sekali dengan sambal tumis. Kebiasaannya saya akan menghidangkan nasi kerabu dengan meletakkan ulam di atas nasi, diikuti dengan sambal kelapa dan sambal tumis serta akhir sekali sambal cili. Kalau di Kelantan, budu akan diletakkan di bahagian atas sekali selepas sambal cili tapi dalam resepi ini, budu telahpun dimasukkan ke dalam sambal tumis.

Jom kita layan resepi yang digunakan oleh sepupu saya ini. Hahaha saya menyalin satu persatu tu..


Nasi Kerabu Kelantan Yang Terlajak Sedap

Nasi Kerabu Kelantan

Bahan bahan utama membuat nasi kerabu adalah sambal tumis, sambal kelapa, nasi dan sambal selain dari ulam ulaman dan bahan bahan sampingan lain.





Kuah Sambal Tumis

Bahan bahan:
10 cili kering
3 ulas bwg merah
1 biji bwg besar
1/2 labu bwg putih
1/2 inci halia
200 gm santan pekat
3 batang serai - ketuk
2 keping asam keping
1 1/2 sb gula
2 sk garam bukit halus
2 sb budu
Minyak masak - agak banyak
Cara cara:
Kisar cili, bawang bawang dan halia.
Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Masukkan 1 1/2 cawan air. Masukkan santan. Sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul. 

Masukkan serai, asam. Bila mendidihkan masukkan budu dan gula. Rasakan sebelum dimasukkan garam supaya tidak terlebih masin. Kacau sehingga pecah minyak dan bolehlah ditutup api. 

Nota:
Kuah biar pekat dan masin sedikit. 



Sambal Ikan

Bahan bahan:
1 biji kelapa parut - goreng api perlahan supaya tidak keperangan & tumbuk kasar
7 ekor ikan sardin - rebus, ambil isi & tumbuk
5 ulas bawang merah
5 batang serai
2 1/2 sb gula
2 1/2 sk garam
Cara cara:
Tumbuk serai hingga hancur dan masukkan bawang merah. Tumbuk lagi. Masukkan garam dan gula secukup rasa. 

Masukkan isi ikan yang telah ditumbuk dan kelapa goreng yang telah ditumbuk. Gaul rata rata. 

Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan. 

Nota:
Kena manis sikit baru sedap. Saya suka makan sambal kelapa ini dengan nasi impit. Atau ditabur atas nasi dagang.



Sambal Cili
1/2 kg cili - basuh
Garam
Gula
Belacan
Asam jawa
Limau nipis/cuka

Kisar kesemuanya. 



Ulam ulaman
Kubis
Timun
Kacang panjang
Daun kesum
Bunga kantan

Hiris halus dan sedia untuk dihidangkan. 


Nasi 
5 1/2 pot beras
Air secukupnya
Pewarna kuning (atau guna 7 kuntum bunga telang utk nasi kerabu berwarna biru)
2 helai daun pandan

Masak nasi menggunakan rice cooker seperti biasa. 

Bahan lain:
Keropok goreng
Telur masin
Bawang putih jeruk


Nasi Kerabu Kelantan Yang Terlajak Sedap



53 ulasan

adoiii terlajar terliurrrr dah niii

wahhhh mcm iklan tv pulak kak azie...kuah sambal tumis kalau org ganu panggil sambal tahi minyok..wat peket2..kkegi nok try hok nilah pulok...nampok sedappp sgt

sedapnyaaa...kat mana nak cari yg sedap ni mcm yg original pantai timur punya ni...telan air liuq kita nengok...

terlajak kecurrrrr dah saya, hehehehe

Salam Azie,

Nak tanya, bukan ke bunga telang tu akan menghasilkan nasi berwarna ungu dan bukannya kuning?

Saya dah cuba buat.cuma edit sket2 la...heheh..puas hati kalini mkn nasi kerabu.sbb dok beli pagi2 sambal kelapa semata2..
www.villavitaminibu.blogspot.com

Salam puan...boleh tak saya dan isteri ingin belajar resepi masakan puan ini untuk kami gunakan dalam perniagaan kami nanti. Saya dan isteri tinggal di Sungai Petani Kedah dan di sana tiada nasi kerabu. Saya dan isteri amat berminat dengan masakan ini dan kami ingin belajar. Apabila membaca blog puan, saya terus mencari benih dan anak pokok Telang yg mana bunga tersebut digunakan untuk membuat pewarna dalam nasi dan saya telah mendapat pokok tersebut dari seorang blogger di Semenyeh.. Terima kasih

Wslm. Silakan lah. Mudah mudahan berjaya dalam pernigaan yg diceburi. Ameen

Boleh tak saya nk belajar secara buat nasi ini

sedapnya..tapi saya tak pandai makan nasi kerabu..saya ada jual produk shaklee..boleh layari blog saya http://Noorzamris.blogspot.com

bunga telang berwarna biru dan menghasikan warna biru juga...

p.s. tolong jawab kan. jgn marah

Thanks. Saya menggunakan resepi di blog puan sebagai guidelines masakan nasi kerabu saya. pernah belajar sewakru sekolah di Kelantan berpuluh tahun yg lalu dan ada yang terlupa. Halalkan ye...

sssssssedaaapnyaaaaa........

Salam puan...sy minta izin nak guna resepi puan...tqvm puan

salam azie.azie gna budu jenema apa yek?

kakak, mohon minta resepi ni yer... tq kakak

Sedap sungguh,pah ni nok try kat srek pulok

sedapnyeee,x sabar nk try buat .siyesly selalu try kak azie nye resepi yg lain2 .semua sedap dan memuaskn tau hee cuma sy gagal je dlm buat macaroon myb ade yg saya silap .btway tq sis for sharing :)

Singgah ambik resepi. Hehehe
Jemput datang blog saya juga http://www.nininisrin.blogspot.com

Dan

http://www.bijaksihat.com

kenapa tak wat nasi color biru ... hehe

Salam, tq atas perkongsian ☺

sedap nasi kerabu..nak nak dengan solok lada...walaupun saya bukan org pantai timur..memang dah jadi fevret nasi nih..

btw..jom lawat blog saya pula

www.sihatnatural.blogspot.com

As salam Puan Azie...
Saya Yusliana M.Sari...
Saya kerap mengunjungi blog resepi puan...
Nak dijadikan cerita, saya search resepi Roti Jala kemudian terlihat gambar ikan patin goreng kunyit... tup-tup nama Cikgu Wan Faizah itu membuatkan jantung saya berdegup kencang... (teringat akan cikgu saya sewaktu menuntut di SMK Tmn Sri Muda, Shah Alam)..
Subhanallah... bila search Cikgu Wan Faizah, ada gambar cikgu saya dalam ruangan resepi Nasi kerabu...
Minta tolong Puan Azie sampaikan salam sayang dan rindu saya pada Cikgu Wan Faizah yer...
Dia pernah mengidam "Pisang Salai" sewaktu hamil dulu dan kebetulan saya balik kg di muar dan dapat melunaskan hajatnya... TQ

Salam Kak Azie

Terima kasih atas perkongsian ilmu..saya selalu rujuk blog ni untuk memasak..
ni baru habis jamu kawan-kawan makan nasi kerabu Kelantan..dan ramai memuji..
terima kasih..

Saya sendiri ore kelate xpernag buat nasi kerabu. Huhuhu... tengok ni rasa mcm nak buat pulak. Hehe..

Saya sendiri ore kelate pun xpernah buat nasi kerabu. Tengok ni rasa nak buat pulak.

salam akak....ikhlas ckp 1st time abby cuba masak nasi kerabu ni..and its turn absolutely AMAZING!! Tq akak coz sudi kongsi resepi...

sedapnye... baru lepas makan nasi kerabu... beli je... kali ni nak try resepi drpd kak azie plak. huhuhu... :)

Kli prtama bt ikt resepi ni..ni n
Bt rjukn utk bljar bt niaga lak..asben pn suka nsi krbu sjak2 jd ore klate ni..lpas ni asben xyah beli dh..

Sedapnye..Terliur pulak rasanya..

Sedapnye buat berbuka puasa ni
😁

Terima kasih Puan Azie...sempena Ramadan tahun ni saya nak cuba buat sendiri Nasi Kerabu ni. Dulu saya pernah buat. Asyik beli kat Bazaar je...baik saya buat boleh makan tiap-tia hari

Ya belajar buat sendiri. Jarang dapat yang sedap dan benar benar rasa nasi kerabu Kelantan. Banyak yg short cut spt sambal kelapa. Di Kelantan, hanya ada satu sahaja sambal kelapa yang ditumbuk dengan ikan, bawang merah, garam dsn gula

Assalamualaikum puan..sy mohon nk share respi puan..sy biasa mkn nasik kerabu yg ada sambal tumis ni..moga kehidupan puan sekeluarga sentiasa mendapat lindungan dari Allah :)

Teringat ns kerabu org kg sy..sdp betul..cuma smbl merah tu dia tmbh buah nns..

Nk buat solok lada guna smbl ikan tu ke puan azie? Sama ke caranya? Terima kasih.

Assalamualaikum...kak azie,saya mhn share resepi nya dan saya dh buat memang sedap.kalau jadi saya plan nak buat untuk jual pulak lpas ni,harap kak azie halal kan resepi ini untuk saya berniaga.hanya Allah sahaja yg dpat membalas nya,tqsm

Terima kasih puan azie atas resepi ni. Dah lama teringin nak buat. ^_^

Assalamualaikum, menyelerakan tengok resepi puan Azie. Kak Nin selalu refer website Azie. Dulu dulunya, masa Kak Nin budak budak lagi, nasi kerabu kuning tidak di makan dengan tumis macam nasi kerabu putih. Gitu juga dengan nasi kerabu hitam. Rasanya memang sedap. Malangnya nasi kerabu gini sudah pupus. Itulah, Kak Nin harap Azie boleh carikan resepi asli nasi kerabu kuning yang di makan dengan sambalnya dan share dengan kami.

Tq sudi share resepi. Memang nampak menyelerakan. Baruuu nk belajar buat nasik kerabu 😂😂

http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1

Assalamualaikum sis.Maaf selingan kejap.Cikgu Faizah pernah mengajar di SMK Taman Sri Muda Shah Alam ke?
Thank you.

Oh yeke..Cikgu Faizah pernah mengajar sy BM mse sy form 2 dulu..tahun 2005. Cikgu Faizah masih mengajar lagi ke?Minta tolong pn Azie sampaikan salam Assalamualaikum wbt kepada beliau. =)

Oh ya,saya suka sangat tengok resepi dr blog pn.Resepi yang sgt2 sedap.Teruskan sharing ya pn,mmg sgt sedap.. =)

This comment has been removed by the author.

Meleleh air liur bulan posa ni Haha...thanks Kakak atas resepinya..


EmoticonEmoticon