Kunjungan 2 Sahabat Di Hari Minggu






Pada hari minggu yang lepas, dua orang sahabat kami semasa di kolej telah berkunjung ke rumah. Tuan Alias dan isteri Linda Yasmin singgah dalam perjalanan dari Shah Alam. Manakala Tuan Shahrol dan Mariam pula dari rumah mereka di Bandar Sri Damansara. Shahrol dan Mariam baru sahaja kembali ke tanah air setelah lama bertugas di Boston. Malahan ini adalah kali kedua mereka ditugaskan di States. Shahrol juga adalah bekas rakan sebilik my hubby semasa di kolej.







Sebelum mereka balik ke Malaysia, saya ada mengirim membelikan beberapa barangan dan perkakas dapur. Maklum di sana, barangan dapur sangat murah dan berkualiti berbanding di tempat lain terutama di tempat kita. Lagi pulak, pembelian di sana semuanya dibuat secara online dengan free shipping bagi setiap pembelian melebihi USD20. Masih ingat lagi set periuk Tefal yang dibeli semasa kunjungan kami ke States tahun 1993 masih elok dan digunakan sehingga ke saat ini.









Hahaha seperti biasa lah, saya memang tak berani nak memberitahu hubby jika saya mahu membeli apa apa. Bukan apa, tapi sebab hubby tak suka saya membeli dan tak mahu menyusahkan orang. Sebetulnya semasa saya ke US tahun lepas, memang dah teringin nak membelinya tetapi memikirkan kesukaran untuk membawa balik, saya langsung membatalkan niat untuk membelinya.


Saya terpaksa mengemas kabinet dapur untuk memuatkan barang barang yang dibeli. Kadang kadang ada barang yang dibeli bertahun masih belum dibuka kerana terlupa. Jadi sebelum sampai tahap terlupa, baik lah saya mengemaskannya dengan segera.








Kunjungan 2 Sahabat Di Hari Minggu Kunjungan 2 Sahabat Di Hari Minggu Reviewed by Azie on December 27, 2013 Rating: 5

3 comments

  1. waaa...byk peralatan dapur akak!....kak azie boleh join sis i,dok di nyc 8 thun...mcm2 yg di beli terutama kaler cyrstal..murah....beg tangan.dompet duit dr jenama nine wset berplastik beg..mmg berbaloi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nikee,
      I mmg suka sgt barangan kristal. Hubby dah bising sb dah tak ada tempat nak disimpan.

      Delete
  2. Saya suka membaca blog kak azie sbb byk perkara2 yg berfaedah dan menarik.

    ReplyDelete