Paru Goreng Rangup






Selamat berpuasa kepada semua pembaca blog Azie. Hari ini 10 Muharram adalah hari Asyura yang ditunggu tunggu oleh umat Islam untuk melakukan ibadah puasa sunat. Puasa sunat di bulan Muharram adalah sangat afdal selepas puasa di bulan Ramadhan. Bila dikatakan sangat afdal bermakna menjanjikan pahala yang banyak. OK sekarang kita tengok resepi kami untuk kali ini. Stok paru ini adalah stok yang dibawa balik dari Kelantan semasa ibadah Korban baru baru ini. Saya menunggu masa yang sesuai untuk memasaknya. Setelah lama memikirkan masakan apa yang ingin dibuat untuk memasak paru, akhirnya saya memilih Paru Goreng Rangup yang merupakan lauk kegemaran saya sendiri. Pada mulanya ada juga terfikir untuk membuat Paru Goreng Berlado iaitu masakan kegemaran anak anak. Kalau di bulan puasa, paru goreng berlado lah yang mesti dibeli di bazar bazar Ramadhan setiap hari. Namun ianya terpaksa dilupakan kerana kehabisan bekalan cili merah di dalam peti ais. Kesian pulak, kalau nak meminta hubby ke kedai runcit sekali lagi. 





Sebenarnya setiap pagi, saya dan hubby bersarapan di gerai bersebelahan Padang Merbok sebelum ke pejabat. Setiap pagi pasti saya akan menunggu paru siap digoreng. Memang sedap paru goreng rangup yang kadang kadang saya memakannya secara meratahnya begitu sahaja. Kadang kadang saya makan sebagai lauk nasi lemak. Maklumlah makanan yang boleh dimakan sangat terhad sekarang ini. Kalau dulu, boleh juga makan mee atau mee hoon goreng atau kuih muih. Atau kalau dah jemu, saya bersarapan dengan roti bakar atau roti kukus atau roti canai jer di Restoran Tugu View di Taman Tasik.

Jom kita tengok resepi yang saya agak agak sahaja sukatannya. Hahaha hubby komplen kerana katanya macam ada lori garam terbabas depan rumah kami. Terlebih masin ler.... Sowwyy... Yang sebenarnya saya tersangat penat hari itu. Hanya semangat nak memasak yang berkobar kobar jer membuatkan saya gagahkan diri untuk ke dapur.




Paru Goreng Rangup

Bahan-bahan:
300gm paru - dibasuh dan rebus
Sedikit garam halus
Sedikit serbuk kunyit 
Sedikit serbuk ketumbar 
Sedikit serbuk jintan manis
Minyak utk menggoreng (deep fry)

Cara-cara
Rebus paru dengan sedikit garam lebih kurang 30 minit, tos airnya dan sejukkan. Bila sejuk, baru dihiris nipis. 

Lumurkan paru dengan garam, kunyit dan sebuk ketumbar serta jintan manis. Haa cer tengok gambar di bawah ni, memang sah lori garam terbalik depan rumah.





Panaskan minyak dengan api kuat dan goreng paru (pastikan tenggelam dalam minyak yang banyak). Sentiasa dibalik balikkan supaya garingnya rata.





Bila sudah garing, angkat dan hidangkan. Boleh juga dicicah dengan cili sos.

Nota:
Rahsia mendapat gorengan rangup adalah menggunakan api besar.






Paru Goreng Rangup Paru Goreng Rangup Reviewed by Azie on November 14, 2013 Rating: 5

10 comments

  1. tgk paru tu pun dah rasa kenyang....time pose ni...terbayang²....but akak mmg pandai masak...sekali sekala terbabas lori...hehehe..apa pun bangga dengan akak..dalam penat pun dapat memasak...

    ReplyDelete
  2. Waduh! Peberet gue ni! Enak banget sih!!

    ReplyDelete
  3. memandangkan paru korban hari tu ada lagi..leh la buat..tq kak share resepi.

    ReplyDelete
  4. Sedap kak..nk pinjam resepi ea....terima kasih

    ReplyDelete
  5. salam..
    sedapnye paru ni..lama xmakan..selalu beli je..xreti nak masak sendiri..tq kak for recepi tu..t nak cuba wat..

    ReplyDelete
  6. Terima kasih atas perkongsiannya.
    Saya ambil yang haq sahaja.lain tiada.

    ReplyDelete