Kek Rainbow Tempahan Ija





Kali ini saya menerima tempahan untuk Kek Rainbow dari Ija pada saat akhir. Saya memang berbelah bahagi pada mulanya samada ingin mengambilnya atau tidak. Ini adalah kerana proses menyediakan Kek Rainbow sangat rumit, perlu dibakar 6 warna yang memakan masa selama 2 jam. belum kira lagi, aktiviti membasuh peralatan yang digunakan. Lagi pulak, saya mengambil tempahan hanya secara suka suka sahaja untuk mengisi masa lapang, bukan secara serius. Memikirkan saya tidak mempunyai apa apa aktiviti selepas balik dari belajar mengaji di Kelana Jaya, saya pun bersetuju. Balik dari Kelana Jaya, minta Roslina turunkan di Kedai Bakeri Bagus untuk membeli bahan yang diperlukan. 






Saya masih setia dengan resepi yang sama seperti yang digunakan sebelum ini di SINI. Kek ini memang benar benar mengingatkan saya keenakan kek dan krim mentega kek zaman dulu termasuklah kek perkahwinan saya. Cuma kali ini, saya menggunakan resepi frosting baru yang diajar oleh Kedai Bakery City Bakers dan banyak juga telah dicuba oleh ramai bloggers. Saya kadang kadang risau juga untuk mengguna resepi baru kalau untuk tempahan tetapi selepas membaca yang ianya banyak dicuba oleh ramai kawan bloggers, menjadikan saya memberanikan diri untuk mencubanya. Kalau ikutkan pendapat Nelly, dikatakan sedap juga frosting ini.

Kali ini saya masih menggunakan loyang 9" dan hanya menggunakan 6 warna dan membancuh 2 adunan kek. Jadi semua bahan digandakan dan menghasilkan kek yang beratnya 2.67 kilo. Harap Ija dapat memaafkan saya atas segala kekurangan terutamanya deko yang sangat tidak kemas. Jom kita tengokkan resepinya sekali lagi di bawah ini. Kepada sesiapa yang ingin mencubanya sendiri, bolehlah ambil resepi ini sebagai satu sumbangan dan perkongsian ilmu yang ikhlas dari saya. Semoga ianya dapat memberikan saya sedikit pahala kerana berkongsi ilmu yang bermanafaat apabila saya telah tiada lagi. Maklumlah, tiada siapa dapat dengan yakin mengetahui kalau esok kita masih bernafas. Sebarkan salam dan kasih sayang di kala kita mempunyai masa dan peluang agar kita tidak merayu minta sambung nyawa di saat kematian seperti yang disebutkan dalam Al Quran. 




Rainbow Cake

Bahan bahan:
250g mentega
220g tepung superfine (ayak dg 1 sk baking powder)
200g gula kaster
4 biji telur gred A
5 sudu besar air susu (saya guna susu berkrim)
1 sudu kecil vanilla extract
Pewarna yang disukai

Cara cara:
Griskan acuan bulat 9". Lapiskan dengan kertas serap minyak. Panaskan ketuhar pada suhu 170"C.

Pukul mentega dan gula kaster dengan kelajuan sederhana sehingga kembang dan putih.

Perlahankan kelajuan dan masukkan telur sebiji-sebiji sambil dipukul hingga sebati.

Masukkan tepung sedikit-sedikit sambil dikacau diikuti air susu dan esen vanila. Gaul hingga rata.

Bahagi adunan kepada 7 bahagian. Warnakan mengikut warna yang disukai. Bakar adunan selapis demi selapis selama 20 minit.

Setelah kek masak, biarkan sejuk dan susun warna purple, biru, hijau, kuning, oren dan merah dengan diletakkan krim mentega diantaranya. Kemudian baru hias dengan krim mentega di keseluruhan kek. 





Nota:
Saya guna loyang 9 inci, 2 adunan dan 6 warna.


Krim Mentega
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 kg krimwell
1/2 kg gula icing - ayak

Cara cara:
Putar krimwell hingga kembang. Masukkan gula icing dan putar rata.
Masukkan pewarna oil base, jika suka dan sedia untuk digunakan. 





Kek Rainbow Tempahan Ija Kek Rainbow Tempahan Ija Reviewed by Azie on September 22, 2013 Rating: 5

18 comments

  1. Salam kak Azie....terlebih dahulu nak ucap terima kasih sebab dah banyak resepi yang saya cuba buat ikut blog kak Azie...menjadi...cuma nak Tanya sikit...pewarna jenis gel tu kalu nak guna kena letak banyak mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beberapa titik agak agak dah ok. Kalau guna pewarna mahal, kek akan menjadi lebih cantik.

      Delete
  2. Salam.Tenkiu kak azie...kami da selamat pon mkn kek renbo tu tghr td...sedap :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear,
      Kalau ada gambar yg dah dipotong blh lah email gambar.

      Delete
  3. kak zie..resepi dari juicey cafe pun mmg enak juga...lagi best dengan french butter cream atau niki setia pada lemon cheese frosting...enak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. I suka experimen resepi frosting baru

      Delete
  4. Assalamualaikum kak Azie, saya teringin sangat nak belajar cara buat kek dengan kak Azie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaa Itie,
      Ikut jer cara cara kat atas tu. Insya Allah jadi. Saya doakan.

      Delete
  5. Beautiful cake..sweet words!

    ReplyDelete
  6. salam... na bertanya.. kalo krimwell tu digantikan dgn krim chees boleh?? sedap x??? apa pandangan kak Azie??

    ReplyDelete
  7. Krim cheese pun sedap. saya guna krimwell kerana sukakan rasanya yang mengingatkan saya pada frosting kek yang saya makan zaman kanak kanak dulu. Krimwell pun sedapp

    ReplyDelete
  8. oooooo... ok.. terima kasih...

    ReplyDelete
  9. hai akak...
    akak guna brand ape pewarna yg rainbow2 tu??

    ReplyDelete
  10. Salam,

    Minat sangat kat Kak Azie... Semua yg di masak, semua menjadi.. Mohon halalkan share resepi tu ye... Terima Kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Terima kasih Ely kerana sudi menjenguk blog Azie Kitchen

      Delete
  11. Salam kak azie. Mana nak cari krimwell tu...and mcm mne akk buat garisan kat tepi2 kek tu bile kek dah salut abes ngan krim putih tu. Gune garfu ke?? Tq akak. !!

    ReplyDelete
  12. Salam sis. 2 adunan kek tu kne buat dua kali ye. Lg 1 klau sy tukar telur ayam kpd telur itik boleh ke?

    ReplyDelete
  13. kak azie, saya ada mencuba resepi di dalam blog kak..menjadi..terima kasih kak

    ReplyDelete