Kerutuk Itik Serati Lauk Kegemaran





Sepanjang berada di kampung, semasa cuti Aidil Fitri baru baru ini, boleh dikatakan setiap hari saya menikmati masakan kerutuk. Kerutuk kambing di rumah Kak Nah, kakak sulung, kerutuk daging di rumah Kak Yah dan kerutuk itik serati semasa bersarapan di pasar Jelawat. Kenal ke itik serati? hahaha mesti ramai yang tak kenal atau tak pernah makan ni. Lauk kesukaan saya tu dan sedap dimasak kerutuk. Oleh kerana belum mahir dalam menyediakan kerutuk, saya terpaksalah belajar cara caranya dan menyalin di dalam ipad. Sebenarnya cara penyediaan kerutuk sama sahaja dengan penyediaan kari, cuma sedikit kemahiran diperlukan dalam menentukan kesesuaian dari segi kepekatan dan rasanya. Masakan kerutuk mesti agak pekat kehitaman dan mempunyai rasa yang sedikit manis.




Saya beli seekor itik serati di pekan Jelawat untuk dibawa balik dan memasak kerutuk Itik Serati mengikut cara cara memasak yang diajar oleh kakak saya. Kali ini memang sangat berpuashati kerana kerutuk saya menjadi dan rasanya sangat sedap sehingga saya makan menambah nambah, apalagi bila dimakan dengan sambal yang dibawa dari rumah kakak yang disediakan oleh sepupu kami. Memang betul betul terangkatlah. Kombinasi yang sangat sesuai bila makan nasi putih berlaukkan kerutuk dengan sambal belacan berulamkan hirisan timun. Kita tak perlukan lagi lauk lauk lain. Jom layan resepinya.



Kerutuk Itik Serati

Bahan bahan:
1 1/2 kg itik serati
3 sb rempah kerutuk
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
Kayu manis, bunga lawang, pelaga
1 kotak santan - bancuh dengan air secukupnya.
3 sb kerisik
Garam
Gula
Gula Melaka
1 keping Asam keping
Tomato ketchup

Cara cara:
Separuh dari bawang dan halia dikisar dan dicampur dengan rempah kerutuk. Separuh lagi dihiris.

Tumis bawang dan halia yang dihiris serta rempah penumis sehingga wangi dan masukkan rempah kerutuk. Masak dengan api perlahan sehingga keluar minyak. 



Masukkan itik serati dan sedikit air dan dikacau rata. Masak lagi sehingga air kering dan keluar minyak serta itik empuk.





Masukkan santan dan masak sehingga mendidih dengan api perlahan. Masukkan kerisik, garam, gula, gula Melaka dan asam keping. Masukkan juga pes tomato.




Sesuaikan kepekatan dan rasa. Bolehlah diangkat dan dihidangkan dengan nasi putih panas panas bersama sambal dan ulam timun. 





Kerutuk Itik Serati Lauk Kegemaran Kerutuk Itik Serati Lauk Kegemaran Reviewed by Azie on August 29, 2013 Rating: 5

16 comments

  1. Sedapnya kerutuk! Kerutup pun sama juga ke? boleh tunjukkan rempah yg Azie beli tu? Nnti ada kwn balik ke kelantan saya nak suruh belikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami biasa beli di kedai runcit yg ditimbang. Kat Kelantan banyak yang dijual secara timbang. Tak ada jenama. Belilah samada nak RM1, RM5 dsb.

      Delete
  2. Gee suka lauk org kelantan... mengancam!

    ReplyDelete
  3. Azie saya sukalah awak ni.... Kalau keluar dengan awak ni tentu seronok dan mudah nak ajak makan... Tak ada pantang atau perkataan... itu tak boleh makan... atau tak reti makan... semua makanan kampung dan apa saja nampaknya awak boleh... Separuh orang tu... itik tak makan... kambing tak makan... ikan sungai tak lalu... atau ajak makan goreng pisang cicah sambal... tak reti makanlah... best awak Azie... I like!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab saya budak kampung

      Delete
    2. Kita boleh satu geng sweetie.. ;)
      Kak Azie..tak semua yg mengaku budak kampung boleh buat..

      Delete
  4. Azie, I love kerutuk! But I have yet to eat kerutuk or any other curry using duck. This must be very special indeed!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itik serati is different than normal duck. Normally its size is bigger than duck.

      Delete
  5. akak... tetiba rasa nak jugak... agak2 balik ni kalau ada jual nak beli je...

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Azie, saya tak pernah makan itek. Sedap ke rasenya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jamaliah,
      Kalau dah namanya my feveret lauk, mestilah sangat sedap pada saya. Setiap kali balik Kelantan, inilah lauk yang dicari. Kalau raya pun, inilah lauk yang saya minta kakak saya sediakan.

      Delete
  7. Ini lauk kegemaran akak ni.Tiap kali balik kampung suami di Kelantan mesti ada lauk kegemaran anak beranak ini.Sedap...!

    ReplyDelete
  8. jelawat...kg sy tu....semua ada kt sana...kedai zizah..tmpat beli rempah ratus utk kenduri,just bgtau berapa kg daging...rempah ratusnya diorg dh sediakan ikut sukatan daging...suami akak org mana..?

    ReplyDelete
  9. Kerutuk ITIK SERATI masakan Kelantan memang sedap..🖒🖒🖒🖒🖒🖒🖒🖒

    ReplyDelete
  10. Recipe di atas untuk portion berap orang ye? Tk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak pasti. Tapi boleh kira, kalau seekor ayam atau itik boleh dimakan utk berapa orang dalam keluarga zaquan. Jadi lebih kurang gitu lah cara mengiranya

      Delete