Ikan Bilis Goreng Petai





Saya juga menyediakan Ikan bilis Goreng Dengan Petai untuk dimakan dengan Masak Lemak Udang dan Nenas di SINI. Saya memang suka ikan bilis goreng yang digoreng ringkas jer tapi sebab Juita sukakan petai, jadi saya tambahlah petai dan sambal cili padi ke dalamnya. Ikan bilis ini dibeli dari Kota Kinabalu semasa Ajoi, kawan sepejabat yang balik bertugas dari sana. 

Kebetulan hari itu, isteri Agus juga ada di rumah datang untuk membersihkan rumah. Jadi saya hidangkan sekali ikan bilis goreng ini untuk hidangan mereka. Seronok bila apa yang kita masak disukai oleh anak anak. Malahan semasa saya sedang menggoreng ayam pun, Nelly dan Juita sudah bersedia dengan pinggan masing masing di meja makan. Hmm memang lama betul saya tak masuk ke dapur. Rasanya sejak cuti sekolah yang lalu apabila sampai rumah sahaja, hari sudah lewat senja. Jadi selepas mandi terus bersolat sambil membaca buku dan mengaji sebelum mata terlena. Begitulah rutinnya setiap hari selagi saya masih bekerja. Apa apa pun yang penting, suami dan anak anak sangat memahami. Mereka tidak pernah meminta minta apabila melihat saya keletihan sebaik balik dari pejabat.

Jom tengok resepinya dulu....



Ikan Bilis Goreng Petai

Bahan bahan:
1 mangkuk Ikan bilis - goreng garing
15-20 biji petai - hiris nipis
Sedikit asam keping
1 bawang besar - hiris bulat
4 cili padi - tabur
Garam
Gula

Tumbuk kasar:
3 bawang besar
2 ulas bawang putih
10 biji cili padi

Cara cara :
Selepas goreng ikan bilis, goreng petai seketika, angkat dan ketepikan. Boleh  juga petai dimasukkan terus selepas bahan tumis garing tanpa perlu digoreng terlebih dahulu.





Kurangkan minyak dan tumis bahan yang diblender kasar sehingga garing dan masukkan garam dan gula. Boleh juga masukkan sedikit air dan goreng sehingga naik minyak dan agak kering. 





Masukkan petai, asam keping, cili padi dan bawang besar hiris. Sesuaikan rasa dan tutup api. 

Bila sedikit sejuk, masukkan ikan bilis yang digoreng tadi. Sedia untuk dihidangkan.





Nota:
Sambal ni kering dan boleh simpan 2-3 hari.



Ikan Bilis Goreng Petai Ikan Bilis Goreng Petai Reviewed by Azie on July 03, 2013 Rating: 5

7 comments

  1. sedap.. nampak menyelerakan sangat... kat rumah ada ikan bilis.. petai nanti kena beli.. boleh wat masak gini.. membangkitkan selera kan.. :) pergh sedap kena dengan nasi panas2..

    ReplyDelete
  2. lauk ni kalau mkn ngan nasi panas2 ..memang terbaek!!!

    ReplyDelete
  3. azie ni ada je nak buat su terliur he2.. memang betul makan dengan nasi panas2 tak payah dah lauk lain.

    Thank you dear.

    ReplyDelete
  4. pergghhh, mmg layan kalau lauk2 cmni, sedap wooo

    ReplyDelete
  5. Azie, this is my type of food! Sedap. Also love the Masak Lemak Udang dan Nenas. So appetizing :)

    ReplyDelete
  6. Salam knln kak azie..wah peberet kuarge nih..

    ReplyDelete
  7. Salam..mmg sdp masakan ni.kak ipar buat msa blk kpg..nti nk buat mcm ni jgk.thank 4 sharing.

    ReplyDelete