Baby Bayam Sesuai Sebagai Menu Sahur






Seperti biasa kalau ke Pasar Taman Tun, memang tak sah kalau saya tak mencari baby bayam yang memang menjadi kesukaan saya selama ini. Ianya lebih segar dan sangat sedap berbanding dengan yang saya temui di kedai kedai runcit. Baby bayam ini saya hanya membuat masak rebus sahaja. Cukup sedap rasanya. Tapi rahsianya kenalah dibuat stock kuahnya menggunakan ikan bilis. Ikan bilis direbus lama lama supaya rasanya lebih sedap. Masukkan bawang merah yang dihiris.Biarkan ianya mendidih lama lama.




Setelah stok telah sedia, bolehlah dimasukkan baby bayam. Setelah hampir lembut, masukkan garam dan cili merah hiris. Jangan terlebih masak kerana ianya boleh menghilangkan khasiat sayur berdaun hijau yang sangat tinggi khasiat nya ini. Sayur ini boleh diratah begitu sahaja seolah menghirup kuah sup sayur. Cubalah, ianya sangat sedap dan yang paling penting sangat berkhasiat. Sesuai sekali dihidangkan samada semasa berbuka puasa ataupun semasa sahur kerana ianya tidak memuakkan.




Baby Bayam Sesuai Sebagai Menu Sahur Baby Bayam Sesuai Sebagai Menu Sahur Reviewed by Azie on July 16, 2013 Rating: 5

7 comments

  1. Azie, I love baby bayam in soups too.

    ReplyDelete
  2. kak...mas suka sangat masak bayam gini....sedapppppp sangat

    ReplyDelete
  3. sedapnya...ni favourite sy jgk ni...

    ReplyDelete
  4. saya pon suke bb bayam..selalunya buat sup sayor..kalau takde ikan bilis kak azie boleh guna udang kering..sedap..rasa natural..tak pyh letak perisa lain pon xpe..pastu mix dgn fishball nyamannn.. tak pyh mkn nasi pon ok :)

    ReplyDelete
  5. salam puan..saya ada menyalin dan telah mencuba resepi nasi beriyani sedap dari blog puna...tkasih

    ReplyDelete
  6. kita org kelantan mmg favourite mkn yg rebus2 gini kan kak...

    ReplyDelete
  7. Teringat allahyarham ayahanda mentua, suka sangat makan sayur bayam gini untuk sahur.

    ReplyDelete