3 Jun 2013

Serious... Sangat Cemas



Cemas dan pucat lesi. Itulah gambaran muka saya ketika itu. Peristiwa cemas apabila melihat 2 diamond bracelet dan earings saya tiada di dalam purse memang tidak mampu saya lupakan seumur hidup. Satu bracelet yang dihadiahkan hubby dan satu lagi saya tempah menggunakan batu blue sapphire yang saya beli dari Sri Lanka. 




Peristiwa terjadi sewaktu saya dimasukkan ke ward pada awal bulan April yang lalu. Sebelum ke bilik OT, saya membuka semua barang perhiasan dan meminta Juita menyimpannya di dalam purse. Kebiasaannya hubby yang akan pegang handbag tapi hari itu, dia kena keluar mengambil anak di sekolah. Pintu bilik ward pulak tak dapat dikunci kerana rosak tapi oleh kerana saya perlu ditolak dengan segera, maka dengan berat hati meminta nurse menyimpan. Ya lah, tempat tu kan ramai nurse yang keluar masuk. Bag saya bukannya berkunci. 

Memang berubah warna muka saya, dah jadi macam rainbow cake, jantung pulak bagai jatuh berdentum. Selepas dicari berkali kali, akhirnya jumpa terselit di dalam poket kecil dalam handbag. Aduhaai, babe kenapalah simpan begitu sahaja. Mereka ini memang tak tahu menilai kalau sesuatu barang itu mahal dan amat bernilai. Serik, lain kali tak mau lagi bagi depa. Ya lah dalam ward, bukan mudah untuk bergerak dengan wire dan jarum di tangan. Itu sebab saya minta tolong anak anak memasukkannya ke dalam purse. 

Sejak dibeli terutamanya diamond bracelet, memang saya tak pernah menanggalkannya kecuali masuk ke bilik OT. Yang rantai blue sapphire ni, saya memakainya bila mahu disesuaikan dengan cincin yang juga dari blue sapphire. Cukuplah sekali, tak sanggup lagi mengingati detik cemas itu... Syukur ke hadrat Illahi kerana masih memberi saya memilikinya.


6 ulasan

alhamdulillah masih ada...mesti risau sungguh kan time cari tu....sebab sy pernah melalui pengalaman tu...rasa macam nak nangis...cari-cari dan finally memang tak jumpa...maybe terjatuh atau diambil orang :(

SESUATU PEMBERIAN YANG BERMAKNA ITU TIADA TOLOK BANDINGNYA......SY KEHILANGAN CINCIN TUNANG BERHARGA RIBUAN RINGIT PRINCESS CUT HINGGA KE HARI INI TRAUMA NAK PAKAI BERLIAN @ GOLD SERIK..CINCIN TU ILANG SEWAKTU HARI PERSANDINGAN SY DI KL....KATA ORG PETANDA BURUK..ALHAMDULLILAH IDUP KAMI MASIH BAHAGIA BERSAMA....

Wawa,
Hanya mereka yg pernah mengalaminya sahaja tahu mcm mana keadaan kita pada masa itu.

Nikee,
Betul tu. ianya amat berharga dan mempunyai sentimental value. Saya juga kehilangan cincin kawin solitaire setelah ianya dicuri oleh pekerja Indon yang membuat plaster ceiling di rumah kami. Kesemua barang kemas hilang sekelip mata. Nasib baik, cincin tunang dipakai waktu itu.

waaaa kalau hilang..syang giler tu...menangis tak berlagu la jawabnya..

Alhamdulillah dah kembali semula ke tuan punya. Tentu sgt berdebarkan?


EmoticonEmoticon