ETHICA: 1 ETHICA, 1 Malaysia


 



Hasil dari chatting di dalam WhatsApp sesama group Alumni ETHICA, maka tercetuslah idea oleh Saudara Azhar atau A'are untuk mengadakan perjumpaan di Kolej Ketiga UM pada 1 Mei 2013. Ketika itu, tarikh penamaan calon dan tarikh pilihanraya PRU13 masih menjadi teka teki. Setelah tarikh pilihanraya diumumkan, kami masih berbincang samada ianya perlu diteruskan atau perlu dijadualkan semula. Akhirnya sebulat suara bersetuju untuk meneruskan walaupun terdapat beberapa orang ahli ETHICA yang tidak dapat hadir kerana terlibat secara langsung dalam kempen pilihanraya. Keputusan dibuat setelah mengambilkira kepulangan Dr Anizu yang dipanggil Mayor London di kalangan kami telah membuat urusan penerbangan balik untuk menyertai majlis ini.


Ahli ahli mula tiba dan mendaftar sejak pukul 8.00 pagi. Kalau mengikut pengesahan yang telah dibuat, dijangkakan 70 orang ahli akan hadir bersama keluarga masing masing. Selepas pendaftran dan bertanya khabar antara satu sama lain, majlis dimulakan dengan jamuan sarapan pagi. Semasa sedang bersarapan, hujan mulai turun rintik rintik. Hmm apalagi semua mula masuk ke dalam gerai.  

Apabila hujan mulai redha, majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Tuan Haji Suib dan ucapan ringkas Presiden. Selepas itu, Dr Abdol Aziz mengambil alih pentas dengan mengendalikan sessi perkongsian pengalaman di kolej yang memang mengundang gelak tawa dari kami yang hadir. Sessi ini sebenarnya mengambilalih sessi dan perlawanan bola tampar antara ahli berikutan hujan yang telah membasahkan padang. Dr Anizu telah memulakan sessi perkongsian dengan menceritakan pengalaman dan cabaran beliau bertugas sebagai Director, Malaysian Education di United Kingdom/Ireland. Yang pasti, Dr Aziz yang lebih dikenali dengan panggilan Uncle telah juga berkongsi tentang pengalaman mereka berjumpa Jaafar Onn untuk memimjam baju yang hendak dipakai pada Malam Batik Kolej. 








Selepas sessi berkaroeke, diadakan pula majlis potong kek sempena hari lahir Linda Yasmin dan juga Yasmin Kamarudin. Walaupun sederhana, ianya sangat meriah kerana ahli ahli yang sporting untuk sama sama menyanyi lagu hari jadi mereka berdua. Antara yang mengambil bahagian dalam sessi karaoke kali ini ialah Awie, Nuar Chief Justice, Dato Salehuddin, Dr Anizu, Dato Azman, Yasmin, Nasir Nana, Boy Safiza, Datin Norazah dan beberapa orang lagi. Tak perasan lak kalau Dr Aziz juga menyanyi hari itu. Maklumlah Uncle adalah antara penyanyi tetap group ETHICA, pantang jumpa microphone samada nak menyanyi atau berceramah motivasi. 




Oleh kerana harijadi isteri kesayangan Sahor juga jatuh pada waktu itu, Sahor telah balik mengambil isteri beliau untuk menghadiri majlis harijadi yang dirancang secara kejutan ini. Hahaha malu malu Sahor bila diminta memberi ciuman kepada isterinya. Happy birthday kepada semua.


Waktu yang ada diselangi dengan sessi bergambar beramai ramai. Yeaah masing masing sungguh sporting dan saling bersefahaman. Majoriti antara kami adalah penyokong kerajaan, jadi tentunya bendera BN juga diselit masuk antara gambar gambar berkenaan. Hidup ETHICA, Hidup BN, hidup Dato Mohd Shafie, Penaung ETHICA yang bertanding di kerusi Parlimen Wangsa Maju. 1 Malaysia gitewww...




Majlis berakhir dengan jamuan makan tengahari berlauk kampung yang sangat sedap. Oleh kerana hari yang redup mendung, menjadikan makan tengahari lagi berselera. Saya ada membawa Kek Buah Buahan Kukus di SINI yang mendapat pujian ramai kawan kawan ETHICA. Terima kasih atas maklumbalas yang diberi. Hati berbunga riang kerana penat lelah berbaloi bila ianya digemari oleh kawan kawan.

Sebelum majlis berakhir, kami telah mengadakan sessi bergambar beramai ramai di tangga berhadapan dengan bilik menonton di mana di sinilah majlis dan persembahan diadakan oleh para penghuni kolej. Sessi  bergambar sesama ahli juga tidak dilupakan. Betapa eratnya persahabatan, maklumlah ianya telah terjalin lebih 30 tahun yang lalu. Antara yang menjadi rebutan ialah Mayor London yang dikelilingi oleh kaum wanita untuk bergambar. 









Hingga berjumpa lagi di majlis Jamuan Hari Raya yang akan diadakan di Kolej Ketiga pada bulan Ogos nanti, kami meninggalkan kolej pada pagi itu dengan penuh keriangan dan kebahagiaan.

ETHICA: 1 ETHICA, 1 Malaysia ETHICA: 1 ETHICA, 1 Malaysia Reviewed by Azie on May 03, 2013 Rating: 5

2 comments

  1. SERONOK TENGOK!SAHABAT LAMA DARIA ANAK DARA..KE KEHIDUPAN HARI INI...TIADA KATA SEINDAH BAHASA..SEMOGA TAUTAN PERSAHABATAN KEKAL KE AHKIR HAYAT...AMIN

    ReplyDelete
  2. Salam kak azie...wah, rindunya makan di Sahor...

    ReplyDelete