23 May 2013

Bersama Kakak Di Hari Minggu






Kedatangan kakak dan abang ipar kali ini adalah sempena majlis konvokesyen  Noriz yang kami panggil sebagai Kak Teh. Namun kali ini mereka tidak datang ke rumah saya, sebaliknya tinggal di hotel berdekatan UiTM bagi memudahkan mereka ke majlis berkenaan. Jadi tengahari Ahad selepas siap memyediakan lauk Rendang Ayam untuk anak anak yang kebetulan semua ada di rumah, saya ke Shah Alam untuk menemui mereka. Seperti biasa jalan masuk ke Seksyen 7 agak sesak dengan kenderaan yang menghala ke UiTM. Selepas terlepas simpang masuk ke hotel, terpaksalah masuk ke highway dan menempuh kesesakan sekali lagi kerana tiada jalan untuk membuat pusingan balik.

Kami membawa mereka makan Nasi Arab yang menjadi kegemaran saya di food court di belakang UNISEL.  Sejak mengetahui berkenaan dengan gerai ini,  saya selalu ke sini apabila terasa ingin makan nasi arab. Selain harganya murah, ianya lebih sedap dari nasi arab di Al Rawsha yang suatu masa dulu merupakan tempat saya kunjungi untuk menikmati nasi Arab.

Saya mula mengenali nasi Arab terutamanya Nasi Mandhi semasa mengerjakan Haji pada  November 2006 hingga Januari 2007. Setiap kali merasa jemu untuk makan di hotel, saya dan hubby akan ke  Hotel Sofitel untukn nasi Mandhi. Terus terang pada masa itu, saya tak pula merasakan ianya sedap tapi cuma sekadar makan dan meluangkan masa  dengan hubby sahaja. Namun ianya berubah setelah saya makan nasi Mandhi sabil di kedai berhadapan Jamrah. Masa itu, kami bersama 2 lagi pasangan memutuskan untuk bermalam di jamrah bagi melontar awal pagi sebelum terus balik ke Mekah. Bayangkan dalam keadaan sejuk berangin, dapat menikmati nasi Mandhi yang panas panas dengan ayamnya yang sangat lembut dan juicy. Alahaai tiada kata untuk menggambarkan keenakannya pada masa itu. Sebelum bertolak ke Madinah,  kami bercerita tentang keenakannya pada Hosam, salah seorang pekerja Muassasah kami semasa di Mina. Bila lantas menjemput kami ke rumahnya di Madinah. Aduhaai nasi Mandhi di Jibal Riddan lagi  sedap. Seekor anak kambing  tergolek di atas nasi. Serius, nasinya pun sudah sedap, apalagi kambingnya. Saya siap menarik lidah kambing yang dimasak bersekali. Sedapnya sehingga terasa dan teringat hingga kini. OK cukuplah dulu cerita Nasi  Mandi Jibbal Riddan. Boleh baca di SINI untuk mengetahui lebih lanjut lagi.

Noriz dengan Mimi memesan Nasi Mandhi Ayam, manakala kami semua mengambil lauk kambing. Walaupun nampak banyak, habis juga akhirnya nasi Mandhi. Selepas makan, kami singgah di Kedai Gulati di mana my sister membeli satu tudung yang cantik. Pada pemerhatian saya, harga harga tudung di Gulatti sangatlah berpatutan. Selepas itu, terus menghantar mereka balik ke hotel sebelum kami balik ke rumah.




EmoticonEmoticon