Cerita Sotong Goreng Garam Kunyit





Ini adalah entri lama yang ditulis sewaktu saya bercuti sakit baru baru ini. Ini masakan tradisi saya lah, di rumah kami semasa kecil dulu. Semuanya simple simple jer. Goreng garam kunyit atau masak air ala ala ikan singgang. Asal boleh makan untuk dialas perut jer. Sebab lepas makan tengahari dan solat zohor, biasanya parent saya akan keluar bekerja. Tak kiralah tanam sayur, tanam tembakau atau apa apa jer kerja kampung. Hanya itu mata pencarian mereka untuk membesarkan anak anak. 



Walaupun tidak berpelajaran, namun mereka mempunyai cita cita tinggi untuk melihat anak anak berjaya. Mereka membiayai persekolahan abang di sekolah swasta berbayar di Kota Bharu supaya abang jadi orang yang berguna. Bukan swasta untuk orang kaya, tapi ini untuk orang yang gagal. Mereka juga bersusah payah menguruskan kakak yang tidak dapat asrama semasa belajar di Zainab School, sekolah tersohor di Kelantan pada masa itu. Kakak ditempatkan di rumah orang yang menyewakan bilik. Bayangkan kalau tidak kerana mahu melihat kakak juga berjaya seperti anak orang lain, pasti mereka menyekolahkan kakak di sekolah kampung berdekatan. Tak perlu susah susah, hanya jalan kaki ke sekolah. Sungguh kami terhutang budi dan bangga dengan ibu bapa kami. Saya membesar di kala kehidupan sudah agak selesa, tapi tidak di masa abang abang dan kakak kakak. Sementelah pulak, saya anak bongsu ketika itu. Serius, sampai bila bila saya sayang semua adik beradik saya. 

Saya sediakan sotong ini bersama dengan Masak Kicap Ikan Bawal Emas di SINI. Selepas masak, saya terus naik bilik dan tidur. Rasanya ubat ini mempunyai kesan mengantuk yang kuat walaupun untuk diambil waktu siang. Saya terjaga dari lena yang panjang dah hampir pukul 5 petang. Selepas solat, saya turun ke dapur untuk makan. Hmmm dah licin semuanya. Perut dah berbunyi, teringat dalam peti masih ada ikan bawal emas yang dimasak Asam Pedas Melaka. Terus panaskan dan itulah rezeki saya untuk hari itu. Tapi teringat lagi semasa sedang makan, hati berkata kata sedapnya asam pedas ni, memang terbaeek. Serius selepas sehari, lagi sedap. Klik di SINI kalau nak tengok resepi yang meletop ini.



Sotong Goreng Garam Kunyit
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Sotong - lumur garam kunyit
2 ulas bawang putih - hiris
Halia - hiris
Bawang besar - hiris
Cili merah - hiris

Panaskan minyak dan masukkan bawang putih dan halia. Setelah wangi, masukkan sotong yang garam kunyit.

Setelah agak keluar minyak, masukkan bawang besar dan cili merah hiris. Boleh lah diangkat.

Cerita Sotong Goreng Garam Kunyit Cerita Sotong Goreng Garam Kunyit Reviewed by Azie on April 24, 2013 Rating: 5

6 comments

  1. lauk yang selalu juga sy masak ni, Kak Azie cuma cara masaknya berlainan. Selalu makan bersama ayam goreng kunyit, hihi.. dah ada sotong nak ada ayam pula... tekak rakyatrumah yang mengada-ngada..

    saya suka baca kisah2 lama Kak Azie. Tentu sekarang ibu bapa Kak Azie bangga melihat kejayaan anak-anaknya. Salam untuk kedua orang tua, Kak Azie ya. Kagum dengan semangat mereka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Saya pun sgt bersyukur dikurniakan ibubapa yg mahukan anak anak mendapat pelajaran tinggi dan punya masa depan yang baik. Maklumlah pada zaman susah sebegitu, ramai ibubapa mengambil jalan mudah dg memberhentikan anak anak dari sekolah

      Delete
  2. Masih ingat kecil2 dulu mak selalu masak hitam..sedapp trylah azi. Tak taulah azie sebut namanya apa he2 (kantung hitam sotong tidak dibuang, itu yg namanya masak hitam) klu nk try cara su..bwg mrh, bwg pth, skt halia n cili padi ditumbuk, ditumis+1 btg serai diketuk bila garing mskkan sotong dan sedikit air asam jawa last perasakan garam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. My mom pun biasa membuatnya tapi rasanya dia tak tumis. Cuma rebus, masukkan bawang, serai, garam. Sedap dan kuahnya berwarna hitam

      Delete
  3. Salam Kak Azie :) hehe.. lepas baca entri akak pasal sotong nie lepas balik keje terus singgah pasaraya beli sotong.dah terbayang2 kat mata sotong goreng garam kunyit nie.. tapi sy tambah sikit letak sos tiram.. hehe.. tapi resepi asal tetap sotong...

    ReplyDelete