3 Apr 2013

Catatan Dari Ward 672 Tropicana Medical Centre






Hmmm tanyalah sesiapa pun, tiada nikmat yang lebih besar dari nikmat kesihatan. Ada sesiapa yang mahu sakit. Cer angkat tangan, saya nak tengok. Duit berjuta, rumah besar bak istana pun, apa gunanya kalau kita sakit. Tapi itulah sedih kadang kadang bila kita sakit, ramai lak yang riuh rendah. Bukan bertanya khabar keadaan kita tapi perkara perkara lain yang pada saya sangat tidak bertimbang rasa dan tidak sensitif. Maaf saya mungkin terlebih emosi. Tapi inilah yang datang dari hati.

Dengan kepala yang masih pening meloya, hari ini saya memaksa diri untuk menulis sedikit coretan dari ward 672 yang sangat luas dan ala ala mewah walaupun tak semewah bilik suite. Tapi apa pun tetap tak menyamai bilik tidur saya sendiri yang luasnya mungkin menyamai apartment yang saya sewa sewaktu baru berkahwin dulu. Bukan ingin membangga tapi supaya ada yang berfikir apakah ada orang yang ingin sakit dan tidur di ward. Jadi tentunya saya lebih menyukai bilik saya sendiri, tidur di rumah sendiri jika diberi pilihan. Tapi apakah saya punya pilihan untuk tidak sakit dan tidak dimasukkan ke ward? Bila masuk ke ward, hubby saya akan tidur di kerusi panjang sahaja. Apakah saya sengaja suka suka untuk melihat hubby saya tidur sebegitu.

Mengikut doktor, saya mengalami masalah infektion dalam usus kecil yang telah lama dan agak "deeper". Tanyalah doktor sendiri, apa maksud deeper. Saya pun tak larat nak bertanya. Memang pun saya sudah sakit lebih dari seminggu tapi ke klinik dan makan ubat sahaja. Sehinggalah tahap kesakitan yang tak tertanggung lagi, saya ke hospital dan terus di admit. Memang sejak seminggu lepas saya ada mengambil pemakanan tambahan. Saya tidak mahu menyalahkan pemakanan yang saya ambil kerana ramai yang mengambilnya, tidak berlaku apa apa. Ketahanan dan antibodi antara seorang dengan seorang yang lain adalah berbeza, sama juga mati seorang dengan seorang yang lain tu tak sama. Tahap kesakitan saya hanya Allah sahaja yang tahu apabila dada sakit menekan yang doktor katakan sebagai "influx". Perut saya disentuh pun, sudah kesakitan. Bayangkan pukul 4 pagi, saya  muntah sebanyak 4 kali hingga semua benda yang dimakan keluar memenuhi penuh bekas tadahan. Pada masa itu, apa yang saya ingat adalah kematian bila saya terus minta keampunan dari suami. Yang selebihnya, inilah kali pertama saya memakai pampers dalam hidup saya. Kerana yang pasti, bonda saya tidak pernah memakaikan pampers untuk saya sedari lahir. 

Cukuplah doa dan pengertian. Terima kasih kepada semua rakan rakan facebook yang sangat prihatin mendoakan saya. Juga pada sahabat baik saya, Puan Ismati dan keluarga yang sudi menziarahi saya. Sudah pasti suami saya yang setia menemani di kala suka dan duka. Sehingga doktor belum discharge, saya tak tahu berapa lama saya akan diberi MC. Jangan bimbang kerana doktor adalah golongan professional, mereka tidak akan memberi cuti sakit sembarangan. 

44 ulasan

Oh dear, Azie. I am sorry to read that you are unwell. I am sure that with the medical treatment, you will recover soon. I wish you a speedy recovery. Take care.

la, akak kat spital rupanya, patut tak berupdate. semoga cepat sembuh ya kak...

Saya doakan semoga Aunty kembali seperti sedia kala :) banyak berehat dan tenangkan fikiran sambil berzikir :)

Thank you so much, dear PH

Dear Kak Azie,
I am a silent reader of your blog. Setiap hari i akan jenguk your blog, sometimes a few times a day. Kalau nak cari resepi baru or to cari ilham untuk memasak,your blog is the first one that i check. Even bila tiada resepi untuk dishare, i enjoy reading what your wrote, sebab tulisan Kak Azie ikhlas, straight from the heart and very often, down to earth. I pray for the return of your good health, semoga sihat kembali as soon as possible. Take care & lots of love.

From
Mrs Fong
Penang.

Reading your comment, make me almost crying. I am so honoured. Being sick and lonely, make you feel so helpless. It is not cool at all. Anyway, thank you so much, dear for visiting my blog.

Kak Zie, semoga cepat sembuh ya....

Kakak,

I am so sorry to hear that you are not well. I will keep you in my prayers and wish for a speedy recovery for you. Take care and I hope that you will be given a clean bill of health and discharged soon.

Regards,
Sally

Thank you so much, dear friend

Semuga Azie cepat sembuh ya.kak rose mmg takut nak amik apa2 supplement ni.

mmg x de seronoknya tido kat hospitalkan. baru minggu lepas pun kak rose berkampung kat SDMC menemani anak yg buat pembedahan patah tulang bahu

kak azie. ...sedihnyer dgr akak sakit... maaf xdpt melawat sy dikedah..dr smlm sy tunggu n3 akak, patutla akak msk ward.kak azie sy doakan akak sht dan cepat sembuh..apapun semua ini dtg dr Allah. Allah syg akak sbb tue DIA bagi ujian dan dugaan mcm nie. bersangka baik yer kak. kami semua doakan akak cepat sihat seperti sedia kala..kami pun sygkan akak.kuat semangat yer kak azie.

MA,
Membaca komen yg ditulis pun sudah membuatkan hati saya berbunga kebahagian. Terima kasih kr sudi mencoret sepatah dua kata di sini

Ohh dulu SDMC lah tempat saya. Saya kira tahun ni saya tak mahu lagi masuk ward. Tapi apa daya, Allah yg menentukan

Salam kak...moga akak cepat2 sembuh...sakit tu ujian kecil dr Allah...sbb Allah sayangkan akak itu sebab Allah bg akak sakit supaya dosa2 kecil luruh bersama sakit tu...fiza doakan akak cepat2 sembuh dan boleh menjalani kehidupan seperti sediakala...Take Care yer kak....

Betul tu, Fiza. Semoga Allah mengampuni dosa kita semua. Rasa mahu cepat cepat keluar, miss kuliah zohor di pejabat. Thank you for your concern

Salam Azie, semoga diberikan allah kesihatan seperti biasa. Sesungguhnya sakit menyucikan dosa. Insyaallah. Amin

ELC

Sabarlah Azie, moga cepat sembuh!

Kak Azie, moga tabah hadapi dugaan dan cepat sembuh. Sakit adalah kurniaan Allah untuk meningkatkan darjat kita di sisi Nya....

as salam pn azie...moga cepat sembuh ya...take care n wassalam.

salam kak azie!sebak dada bila idola ku sakit macam ni....akak jaga diri yer..kalau akak di sjmc mahu saya jenguk akak!semoga kesakitan ini di ringankkan dgn izin allah...jgan makan yg pedas yer kak zie!suami sy pun mengalami reflux yg teruk beberapa tahun lalu..setelah beliau dpt menguruskan badan dan mengamalkan makanan yg sihat dan makan dlm jumlah yg kecik hingga ke hari ini semua hilang begitu sahaja....semoga kak zie di permudahkan insyaallh

Salam....Azie
Semoga cepat sembuh dan tabah menghadapi dugaan darinya.

semoga cpt sembuh.amenn..

Betul. Sgt menginsafkan dan mengingatkan kita pada Allah lebih lebih di kala sakit yg hanya pada Dia tempat berserah

Insya Allah. Semoga Allah mengampuni kita semua

Insya Allah, I have to change my diet and lifestyle. Sungguh menginsafkan apabila ditimpa sakit seperti ini. Bila pernafasan menjadi sukar, bila dada seperti tersekat, bila tekak terasa loya sepanjang masa. Saya ingin balik dan melakukan solat taubat. Betapa di saat begitu, tiada apa lagi yg berguna. Sehingga pagi ini, dada masih spt tersekat dan terasa spt nak muntah serta kepala pening. Semoga Allah mengampuni kita semua. Terima kasih tidak terhingga atas doa yg dipanjatkan

Assalamualaikum wbt Azie, semuga Azie cepat sembuh.banyak 2 beristighfar kpd Allah swt.

Salam Kak Azie, saya doakan akak cepat sembuh. Dugaan sakit ni bagi peluang pada kita untuk muhasabah diri. Terima dengan redha dan kuatkan semangat ye. Take care.

May, Silent Reader

Salam, kak Azie... Ya Allah, hibanya hati mengetahui khabar Kak Azie. Saya doakan akak cepat sembuh, insyaAllah.. segalanya akan dipermudahkan.. sabar ya, kak.. :-(

As salam azie,

Baru buka ur blog ..Im touched! semlm su pun mc gak tidak berapa sht..tapi bila baca cerita u buat su lg sedih..memang kshtn tiada nilainya byk2 sbr ya dear, namun Allah maha mengetahui bila diduga dengan kesakitan terasa sungguh nikmatnya sehat namun percayalah bila diturunkan penyakit dan kita redha insya Allah digugurkan dosa2 kecil kita. Wish to visit u tapi su di jb namun su doakan semuga azie cepat2 sembuh ya dan dipermudahkan segala urusan. Biarkanlah apa pun cakap orang yg pasti suami, anak2, klrga dan kami semua care of u k.

Take care, get a good rest and lots of Luv

Aiseh...azie...take a good care!

Terima kasih kr mengingatkan. Detik cemas yg dialami ialah sebelum ubat tidur mulai meresap dalam diri, saya akan melafazkan syahadah di dalam hati kerana saat itu, mulut telah dimasukkan alat pernafasan

Seri,
Saya lagi sedih membaca apa yg Seri tulis bila mengetahui ada yg mengerti

Ohhh you take care, ya. Bila sakit seperti ini, saya mengejutkan hubby utk memohon kemaafan walaupun nurse sedang menguruskan saya kerana syurga kita di bawah tapak kaki suami. Saya masih ingin terus hidup kerana peluang hidup hanya sekali. Peluang untuk membaiki segala kekurangan yg ada. Segalanya perlu dibereskan di sini, di dunia ini sahaja.

You too, babe. Hahaha lama tak dengar khabar Chah.


EmoticonEmoticon