26 Mar 2013

Puding Roti Karamel



Puding Roti Karamel


Saya memang sedih kerana hajat untuk memasak nasi dagang tidak kesampaian. Itulah kelemahan saya apabila tidak boleh memandu sendiri untuk ke mana mana. Bila mengharapkan orang lain, pasti tidak sama dengan diri kita sendiri. Semua bahan bahan telah tersedia kecuali ikan tongkol. Mana mahu jadi nasi dagang, jika tanpa ikan tongkol. Saya mesti belajar berdikari, lagi pulak kita memang akan hidup dan menghadapi saat kematian juga sendiri. Saya tidak boleh menyalahkan orang lain atas kegagalan apa apa perancangan saya, mungkin takdirnya sudah ditetapkan begitu.

Sebagai gantinya, saya menyediakan 2 loyang Puding Roti Karamel untuk dibawa ke surau Ad Dhuha untuk makan makan selepas kuliah maghrib nanti. Sebelum ini saya telahpun mempunyai 2 resepi Puding Karamel yang memang sedap dan telah digunakan untuk menyediakan puding karamel di rumah kami. Klik di SINI dan SINI untuk melihat resepinya. Cuma kali ini, ianya sedikit berbeza kerana dimasukkan roti ke dalamnya. Bila dimasukkan roti, lebih mudah dipotong cantik. Jom kita layan resepinya....




Puding Roti Karamel
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
3 sb gula pasir
1 sb air panas

Cara cara:
Masak gula di dalam kuali sehingga perang. Masukkan air dan kacau sehingga gula larut. Tuang ke dalam loyang dan ketepikan.

Bahan bahan Puding:
4 keping roti gardenia – carik carik
1 cawan air suam
1 cawan susu cair
½ cawan susu pekat
3 biji telur – pukul sedikit
1 sk esen vanilla

Kisar roti, susu pekat, susu cair dan air suam. Masukkan telur dan esen vanilla. Blender lagi.

Tuang ke dalam loyang berisi  gula hangus tadi. Kukus selama selama 20-30 minit.

Sejukkan sebelum diterbalikkan, dipotong dan dihidangkan.


25 ulasan

waaaa..mudah je resepi dia..nak kena try ni;)
makan sejuk2..pastiiii sedapp ni;)

Salam,

Agak lama juga tak buat puding roti kat rumah. Walhal roti sentiasa ada saja di rumah.

kak zie..mengeluh resah ari..semoga allah permudahkan urusan kakak seharian..insyaallah ok..kita buat nasi dagang lain kali

As salam,

ermm sedappnya..rasa nak buat malam nie he2.

KakAzie,

cakap pasal nasi dagang..
Ya Allah sedapnya & teringinnya..

ps: minggu nie kena pi souq cari ikan ayer (nasib baik ada jual kat sini)

Hari tu rasa sgt kecewa. Sedih sangat sangat

Tak sempat ambik gambar yg dipotong. Cantik bila diterbalikkan

Cepat saja menyediakannya. Jom buat

I sempat makan seketul jer masa di surau. Malu nak makan banyak banyak

I love u kak..moga Allah mudahkan semua hal hidup akak sebab akak punya resipi sangat menudahkan hidup saya...may Allah bless u always
rahayu

Assalamualaikum kak azie..saya dah try resepi.mmg jadi..terima kasih sebab sudi berkongsi..
saya share kat blog sy jugk ya..:) naniarshad.blogspot.com

dah cube dah..senang je nak buat..sedap pun sedap:)

Assalamualaikum wbt.. Terima kasih byk2 atas perkongsian puan.. sy dah cuba n alhamdulillah syukur menjadi.. tapi gula hangus sy xjd.. keras n berketul2.. kenapa ye.. sy guna api kecil je..

Gula hangus akan keras selepad dimasuk d loyang. Tuangkan adunan dan kukus. Gula hangus akan me jadi cair selepas kuih siap dikukus

Kalau campurdurian isi durian,akan lg keras x?

Jangan tambah banyak. Sekadar ada rasa durian shj

salam akak , sye dah try resepi akak ni .. seriously memang sedap , encik suami pun suka .. budak2 tempat kerja lagi la suka .. thanks

Terima kasih puan selalu kongsi resepi dengan ikhlas. macam2 saya belajar masak dari puan. Moga2 rahmat Allah sentiasa brsama puan.Ameen

Slm.kak azie mcm mane nk pos brg kat akak ye?sy nk bg akak try pes segera rempah nasi dagang yg sy buat.nk bg free je.lps try akak komen la mcm mane rase.tu je.bru je start nk bisnes.akak bleh pm fb sy dninzack tak?

Dninzack

Assalamualaikum Kak :) Alhamdulillah saya cuba resepi ni pehhhhh memang menjadi. Bila terbalikkan tu lawooo je 👌🏼

Masa kukus Tu mmg nmpk lembik ke

Terima kasih kongsi resepi


EmoticonEmoticon