21 Mar 2013

Happy Birthday, Juita Ku Sayang






Hari ini adalah hari lahir Puteri bongsu kami Nurjuita Amanda yang ke 16 tahun. Sempena hari lahir beliau, saya ingin mencoretkan serba sedikit berkenaan kelahiran yang amatlah mengembirakan  kami sekeluarga. Nama beliau diambil sempena nama kawan sekolah kakak saya, iaitu Juita dan Amanda pula adalah nama yang tiba tiba muncul di saat saya hampir melahirkan apabila saya menonton movie di TV dengan tajuk "Eleena and Amanda".  Lagi pun ianya mengingatkan saya pada Amanda, model terkenal yang saya minati pada waktu itu, iaitu Nazura Amanda.
 



Semasa di wad bersalin, saya telah buat pertama kali berjaya menelan sebiji telur mentah kerana mengikuti petua untuk memudahkan bersalin. Kalau biasa, tentunya saya tak akan mahu menelan telur mentah itu. Mungkin menjadi petua tersebut agaknya kerana doktor yang menyangka saya lambat lagi bersalin lalu membuat keputusan untuk masuk ke bilik pembedahan apabila saya mula menunjukkan tanda melahirkan dengan tiba tiba sehingga seorang doktor lain terpaksa dipanggil untuk membantu kelahiran.  




Juita adalah satu satunya anak kami yang mempunyai masalah kuning sehingga terpaksa ditahan di wad untuk beberapa hari. Saya yang masih di dalam pantang terpaksa berulang alik untuk melihat dan menyusukan beliau. Selepas keluar dari hospital juga, saya masih terpaksa beberapa kali ke hospital untuk membuat ujian darah. Saya menangis setiap kali mendengar Juita menangis menjerit kesakitan apabila tumit kecilnya dicucuk dengan jarum untuk diambil darah.

Satu kejadian yang tidak dapat saya lupakan apabila dalam 2 minggu pantang, Juita telah terkena sampuk. Bila menjelang tengah malam, Juita akan menangis hingga ke pagi. Sebelah pagi, dia akan tidur dengan nyenyak. Masalah berterusan selama berminggu dan doktor juga tidak dapat mengesan apa apa masalah kesihatan. Dia lah satu satu nya anak yang mempunyai masalah menangis di malam hari sehingga terpaksa mendapat bantuan ramai bomoh. Dia disampuk gara gara kami membawanya singgah di gerai makan di Bangi pada petang hari sewaktu mengambil barang barang adik saya, Hasliza yang baru menamatkan pengajian di UKM ketika itu.





Beliau yang dipanggil Baby dalam keluarga kami adalah anak kemanjaan suami saya sejak dari kecil terutama selepas saya melahirkan Aween. Berkulit putih melepak dengan sedikit kemerahan umpama snow white yang dihadiahkan kepada kami.  





Ramai kawan kawan yang berpendapat Baby mempunyai ciri ciri "the best of both" saya dan suami. Mungkin betul kerana dia mempunyai ketinggian, berhidung mancung dan berkulit putih serta berambut ikal. Mempunyai bentuk bibir yang sangat unik yang selalu menjadi usikan kakak kakaknya. Jom kita tengok photo photo Baby Juita pulak...

 


Selain Nana, Juita juga mempunyai minat dan bakat dalam bab masak memasak dan membuat kek dan biskut. Beliau sangat rajin dan pantang melihat dapur yang bersepah. Setiap malam, sebelum masuk tidur Juita akan meninjau ke dapur dan mengemas pinggan mangkuk yang telah dikeringkan. Setiap pagi, apabila masuk ke dapur, didapati dapur telah siap dikemaskan.

Berbalik kepada minat dalam membuat kek dan kuih muih pulak, saya menggalakkan Juita untuk mengambil tempahan kek dan cupcakes secara kecil kecilan. Sekurang kurangnya dapat mengajar beliau untuk menjinakkan diri dalam bidang perniagaan sedari awal. Alhamdulillah, boleh dikatakan setiap minggu kami menerima tempahan membuat kek dan cupcakes dari kawan kawan dan juga pembaca blog Azie Kitchen. 

 




Bercita cita ingin menceburkan diri dalam dunia perniagaan dan menjadi seorang yang berjaya di masa hadapan. Ameen semoga segalanya dipermudahkan. Love you so much, Baby.....

10 ulasan

A very happy 16th birthday to Juita, semoga mencapai cita-cita jadi seorang usahawan yang berjaya kelak...Amin! With a mother like you Pn Azie, its not impossible :)

Happy Birthday Juita.. moga tercapai segala impian dan berjaya dalam apa jua yg diceburi..

hepi bornday juita ku sayang...amat bertuah dapat ibu sebaik mama azie!

Happy B'day to Juita. wah dah besar anak kamu yer. semoga juita menjadi anak yang sentiasa sejukku hati dan jiwa raga ibi dan bapamu. aminnnn

Happy Birthday to Juita.

Regards,
sally

Happy birthday Juita.. Semoga berjaya dalam hidup :)....

Selamat Ulang Tahun Juita..semoga berjaya di dunia & akhirat, diberikan kesihatan yang baik serta dipermudahkan segala urusanmu.

Memang comel... Happy B'day buat si Juita Amanda. Sedap nama tu.

Happy birthday Juita. Semoga berjaya hidup di dunia Sertai akhirat


EmoticonEmoticon