30 Mar 2013

ETHICA: Makan Makan Di Bawah Cahaya Bulan Di Casa Iman





Dah lama tidak bersua muka dan bersembang sembang dalam suasana santai, apalagi di bawah cahaya rambulan yang sangat indah. Keakraban ahli ahli ETHICA iaitu Persatuan Alumni Kolej Ketiga Universiti Malaya memang tidak disangkal lagi. Persahabatan melebihi 30 tahun lamanya, membuahkan perasaan kasih dan sayang antara satu sama lain, sehingga anak anak masing masing sudah dianggap seperti anak anak dan famili sendiri. Saya tidak keterlaluan bila berkata begitu, kerana seorang ahli yang mengalami kesusahan, ada ahli yang lain akan sama sama membantu. Dalam usia seperti sekarang, kita memerlukan jaringan persahabatan yang luas kerana bukan sahaja anak anak mulai menjejak kaki ke universiti, ada anak anak yang mula bekerja, ada pulak yang akan menerima menantu. 







Majlis ramah mesra ini asalnya dicadangkan oleh my hubby selaku Presiden ETHICA bagi membincangkan program ETHICA yang akan digerakkan di masa akan datang juga untuk membincangkan isu isu semasa. Dalam keadaan di mana negara akan menghadapi PRU 13 bila bila masa sahaja lagi, pasti juga perbincangan tidak dapat lari dari berkitar berkenaan hal politik semasa. Hos malam ini, Dato Salehuddin, orang kuat dalam ETHICA memang tidak disangkalkan lagi lah. Beliau selain menjadi pakar rujuk kepada masalah yang dihadapi terutama aspek perundangan, tetapi juga tempat ahli ahli ETHICA meminta pertolongan terutama hal berkaitan karenah birokrasi. Antara AJK ETHICA yang hadir ialah Dr Abdol Aziz dan Tuan Haji Kamaruddin. Mereka lah yang sentiasa mengorbankan masa bermesyuarat dari masa ke semasa untuk menggerakkan aktiviti ETHICA. Aktiviti ETHICA yang sedang dirancang kini adalah Majlis Perjumpaan ETHICA di Kolej Ketiga pada 1 Mei di bawah pimpinan Encik Azhar, juga merupakan orang kuat ETHICA yang tidak dapat hadir pada malam ini kerana beliau bertugas di Kota Bharu. Terima kasih kepada semua AJK yang sentiasa bertungkus lumus memikirkan aktiviti ETHICA demi untuk mengeratkan persahabatan demi kebaikan semua ahli. 




Encik Khairi, Setiausaha Politik yang sangat down to earth juga sudi datang di sebalik kesibukan jadual tugas bersama isteri tercinta, Puan Mai. Wow wow jeles menengokkan mereka yang masih umpama pasangan bercinta. Hahaha lebih lebih lagi selepas balik dari percutian "Istanbul Aku Datang". Apa apa pun, Setpol ini sangat sangat prihatin dan cuba sedaya upaya membantu apa sahaja masalah yang dihadapi oleh ahli dan anak anak ETHICA. Itulah, walau bagaimana sekali pun kesibukan kita seharian, luangkanlah sedikit ruang masa untuk menghadiri majlis majlis seumpama ini. Tidak lupa juga kepada Puan Yasmin yang telah sudi hadir untuk memeriahkan perjumpaan kali ini. Semoga di masa hadapan, lebih ramai lagi ahli ahli yang dapat hadir untuk memeriahkan majlis majlis seumpama yang diadakan atas platform ETHICA.




Terima kasih kepada Dato' Saleh dan Datin Nursinah atas hidangan istimewa yang disediakan untuk santapan kami semua. Semoga Allah memberikan rahmat kepada keluarga tuan rumah atas kedatangan tetamu ke villa beliau....





6 ulasan


EmoticonEmoticon