7 Feb 2013

Red Velvet Cake In A Jar, Door Gift Istimewa Buat Tetamu


Red Velvet Cake In A Jar


Selain Rainbow cake yang moist dan cantik berwarna warni, Red Velvet juga cantik dibakar di dalam jar dan dihias cantik sebagai pemberian kepada tetamu. Saya memang penggemar kek Red Velvet yang mempunyai perisa coklat dan sangat lembab sejak dahulu lagi. Maklumbalas yang diterima dari tetamu yang menerima cake in jar yang rata rata gembira dengan keunikannya menyebabkan saya hari ini menyediakan kek Red Velvet pula di dalam jar.


Red Velvet Cake In A Jar

Ada pelbagai jenis pembuatan kek in jars, ada yang dibakar di dalam bekas muffin dan kemudian dipotong dan dimasukkan ke dalam jar dan ada pula yang terus dibakar di dalam jar. Saya memilih cara kedua di mana ianya dibakar di dalam jar. Selain nampak lebih kemas, ianya juga lebih "real" berbanding dengan cara pertama. Lebih mengujakan walaupun ianya lebih remeh dan rumit. Saya pasti orang yang menerimanya juga lebih teruja dengan cara kedua.



Jika mempunyai majlis di rumah seperti majlis pertunangan, majlis nikah atau harijadi, apa kata diberikan Red Velvet Cake In A Jar sebagai buah tangan. Pemberian yang unik ini, lebih lebih lagi jika pertama kali mereka menerima gift seumpama ini, pasti akan dikenang sampai bila bila.

Sekiranya berminat untuk membuat tempahan, bolehlah email di azieshoppe@hotmail.com.


Red Velvet Cake In A Jar

Red Velvet Cake In A Jar



12 ulasan

sedapnyaa.....kalau nak tempah tapi pnghtaran ke sepang boleh ke? support saya blogger baru..follow me back
http://nazsue1983.blogspot.com/

Dear,
Penghantaran ke Sepang, boleh diaturkan jika masa sesuai dan kuantiti yang bersesuaian. Tetapi akan dikira kos penghantaran. Insya Allah, saya akan follow

kak zie seronok makin mengancam bisnes lps ni kita buat cherry bombshell lak dlm jar pasti ramai yg nak resepi

Oh ye, nnt nak mengendeng resepi kt Nikee

Salam azie, nak tanya beli kat mana jar tu

Boleh x saya gunakan jar biasa? Jar yg dibeli tak pasti thn pns atau x tp pd botol da ada tulisan terima kasih..pe pendapat Azie?

Tak pasti kerana belum pernah mencubanya. Mungkin kena tengok ketebalannya

assalamualaikum. akak, saya azie. salam perkenalan. saya nak tanya akak. saya buat red velvet selalu membumbung naik. baru0-baru ni buat red velvet in jar. dia membumbung jugak. tak cantik macam akak. akak buat naik rata elok je kak. terima kasih.

Wslm. Terima kasih kr mencuba resepi di sini. Naik juga tapi bila sejuk akan turun dan masukkan frosting. Kalau tak, mmg kena scoop keluar utk bagi space pada frosting

Salam kak nk tnya boleh ke bake in jar directly?maaf ye bertanya kerana kurang yakin..


EmoticonEmoticon