Lemon Cupcakes Dengan Lemon Curd










Sebelum kita bercerita berkenaan dengan masakan dan resepi, saya ingin menyentuh sedikit berkenaan dengan menuntut ilmu agama sepertimana yang disebutkan di dalam hadis. Kita berkongsi apa yang patut dan saling ingat mengingati. Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Tabrani, Rasulullah saw bersabda, "Apabila melewati taman syurga, hendaklah engkau duduk di situ. Istirahatlah kamu di situ." Para sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, apakah taman syurga itu?" Nabi menjawab, "Majlis-majlis ilmu." Dalam hadith lain diceritakan, Rasulullah pernah masuk ke sebuah majlis. Di majlis itu, tampak ada dua kelompok, di mana yang pertamanya sedang berzikir, sementara yang ke duanya sedang mempelajari ilmu. Rasulullah bersabda, "Kelompok pertama adalah kelompok yang baik. Mudah-mudahan Allah mengampuni mereka. Sedangkan kelompok ke dua yang sedang mempelajari ilmu, mudah-mudahan Allah membimbing mereka ke jalan yang lurus." Kemudian beliau memilih duduk bersama kelompok majlis ilmu.


Rasulullah saw pernah ditanya oleh salah seorang sahabatnya perihal siapakah teman duduk (berbual) yang paling baik. Rasulullah menjawab, "mereka itu adalah orang yang bila kamu lihat, dapat mengingatkanmu kepada Allah, menambahkan ilmumu dalam pembicaraannya, dan mengingatkanmu kepada akhirat dari amal-amalnya." Orang-orang yang memiliki sifat seperti di ataslah yang paling wajar untuk dijadikan teman duduk.

OK seperti yang dijanjikan, sekarang saya nak nak tayangkan Lemon Cupcakes yang diisi dan disapu sebagai topping menggunakan Lemon Curd yang saya sediakan sebelum ini. Klik di SINI untuk melihat cara penyediaan lemon curd.  Manakala resepi Lemon Cupcakes yang saya gunakan, boleh rujuk di SINI

Selama ini saya hanya membaca berkenaan keenakan Lemon Curd yang dimakan sehingga menjilat jari, malahan licin mangkuk yang juga disapu bersih. Jadi apabila Juita memberitahu yang dia ingin menyediakan Lemon Cupcake, saya cepat cepat mencadangkan supaya dia membuat juga Lemon Curd. Banyak resepi Lemon Curd yang terdapat di dalam blog blog, jadi saya hanya memilih resepi yang menggunakan bahan bahan simple yang mudah di dapati. Ada juga resepi yang hanya menggunakan telur kuning yang dikatakan menghasilkan lemon curd yang lagi sedap dan halus teksturnya. Tapi sebab tak mahu membazir, saya memilih resepi yang menggunakan telur kuning dan juga telur putih.    




Cupcake yang telah disejukkan sepenuhnya bolehlah dikorek keluar sedikit bagi membolehkan kita memasukkan lemon curd di dalamnya. Boleh menggunakan alat yang digunakan untuk mengorek isi tembikai tapi saya hanya mengorek menggunakan pisau sahaja.

 






Boleh dimasukkan lemon curd di dalam piping bag tapi saya hanya menggunakan sudu kecil sahaja. Masukkan sehingga memenuhi lubang yang telah dikorek tadi. 







Terpulang kepada citarasa masing masing, jika suka boleh juga disapukan lemon curd ke seluruh permukaan cupcake. Atau boleh juga diayakkan gula ising di atas permukaan cupcake dan dipicit sehingga lemon curd keluar dari permukaan sebesar duit syiling 20 sen gitu. Semuanya terpulang kepada kreativiti masing masing.

Wow ianya memberi rasa yang berbeza berbanding dengan Lemon Cupcakes yang diletakkan dengan gula ising. Kedua duanya sama sedap dan memberi pengalaman menikmati lemon cupcake yang berbeza. Cubalah, pasti anda menyukainya...







Lemon curd juga sedap disapukan di roti, pastri atau jika mahu disapu di atas biskut. Enak dimakan begitu sahaja... Haa ingat tak tagline iklan apa tu? Sapu di atas roti gardenia laah...



Lemon Cupcakes Dengan Lemon Curd Lemon Cupcakes Dengan Lemon Curd Reviewed by Azie on February 20, 2013 Rating: 5

13 comments

  1. Replies
    1. Pengalaman unik menikmati lemon curd

      Delete
  2. Kak Zie, mmg saya dok cari resepi lemon curd ni...tq sharing...makan ngan puff pun sedap ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mar,
      Sama sama. Cubalah jika kena cara membuatnya, lemon curd ini sgt sedap dan halus kejadiannya

      Delete
  3. lemon curd sedap di buat trifles,lemon fool serta non bake cheese cake in jar.....sedap sangat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti nak tengok resepi non bake cheese cake pula. Mana tahu kot boleh membuatnya sementara masih ada stock lemon curd

      Delete
  4. Hai azie...tk krn share resepi yg mmg sgt sdp. Sy dh cuba pd hari isnin tadi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah kerana berjaya membuatnya. Pasti seronok jika apa yg kita sediakan, disukai oleh anak anak

      Delete
  5. Salam, Kak Azie, saya dah buat. Tapi masa tu tak dapat resepi lemon curd Kak Azie, huhu.. baru letak ke ni, kak Azie??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm, resep lemon curd di buat dan published dulu.

      Delete
  6. Salam, kak azie..sy baru buat kek lemon ni tgari td, buat utk brbuka puasa..sy lupa beli paper cupcakes, so sy buat je dlm loyang 8 inci..pstu, sy msuk kn air perah lemon skali dlm adunan..rasa dia sedap betul, lg trasa lemon tu..tks kak azie 4 the recipe..terasa bangga sgt..hehe

    ReplyDelete
  7. akak,sy kurang fhm maksud lemon diparut ni...kulit sje diparut utk kek atau diperah skli air lemon untuk masuk dlm adunan kek? budak bru bljr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena baca apa yg ditulis, baru lah jelas. Kalau parut tu kulit lemon. Kalau perah untuk jus lemon. Baca resepi ya.

      Delete