Tempahan Kek dan Cupcake Untuk Majlis Harijadi Si Puteri









Terlebih dahulu berbanyak terima kasih kepada sahabat saya, Hashida yang telah memberi kepercayaan kepada kami untuk menyediakan Kek Harijadi puteri beliau, Ashiqah Sajida yang ke7. Oleh kerana ini adalah tempahan pertama untuk kek harijadi yang memerlukan decoration yang kami terima, maka saya terpaksalah memerah otak memikirkan hiasannya. Berdasarkan chatting dengan bondanya, dimaklumkan bahawa si puteri sangat menggemari Barbie Doll. Setelah berbincang dan meminta pendapat anak anak, saya mencari edible image Barbie Doll. 






Selain dari Kek Red Velvet, Hashida juga menempah sebanyak 50 biji cupcake di mana saya mencadangkan Moist Chocolate Cupcakes kerana kanak kanak pasti menggemari kek coklat. Oleh kerana ianya untuk majlis harijadi, saya juga diminta membuat sedikit dekorasi pada cupcakes supaya nampak lebih meriah dan happening. Maklumlah kanak kanak sukakan sesuatu yang cantik dan unik. Lama juga saya membelek belek dalam ipad mencari decorating ideas. Untuk cupcakes, saya membuat dekorasi rama rama, bagi memberikan sedikit excitement kerana kanak kanak biasanya sukakan haiwan dan serangga. 





Kedua dua resepi masih menggunakan resepi feveret blog Azie Kitchen. Cuma untuk resepi Red Velvet, saya mengubah sedikit cara penyediaannya di mana kesemua adunan cecair disatukan. Begitu juga dengan adunan tepung diayak sekali. Bukan apa, saya  cuba mempermudahkan apa apa yang dirasakan boleh tanpa menjejaskan final outputnya. Hahaha macam membuat eksperimen lah ni...

Saya sangat berterima kasih kerana Nana turut membantu saya dan Juita ke kedai Bakeri untuk membelikan bahan bahan membuat kek yang diperlukan. Kepada Shida dan puteri kesayangan, semoga berpuashati dengan kek yang kami sediakan dan maaf atas segala kekurangan. Buat si puteri, Ashiqah Sajida, Selamat Hari Jadi, Sayang. Semoga Menjadi seorang anak yang membolehkan bonda dan ayahanda berjiran dengan Rasulullah di akhirat kelak. Ameen...






Tempahan Kek dan Cupcake Untuk Majlis Harijadi Si Puteri Tempahan Kek dan Cupcake Untuk Majlis Harijadi Si Puteri Reviewed by Azie on January 12, 2013 Rating: 5

12 comments

  1. Bagus hasil tgn azie, kelak akn brtmbah kmahiran mghias kek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ni tak pernah masuk kelas. Hajat hati memang ada tapi belum jumpa masa yg sesuai

      Delete
  2. lawa la kek tu..teringin nak tengok imej dalam kek tu yang dah potong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nik, ini kek tempahan, tak bolehlah nak potong

      Delete
  3. MAKIN KENCANG BISNES NI...HMM CUTE KEKNYA....KALAU AKAK NK MUDAH BELI ROLL FONDANT DI BAKERI BERDEKATAN RUMAH AKA..BUATKAN TULISAN DI ATAS KEK..BYK ACUAN NOMBOR DAN ABJAT DI JUAL..MURAH..ALL THE BEST KAK

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nikee, bukan bisness pun. Hanya membuat secara suka suka sambil mengasah bakat. Kek Red Velvet lebih sedap digandingkan dengan cream cheese berbanding dg fondant.

      Delete
  4. AKAK MASUD NIKEE WRITTING WORDS ON CAKE AKAK BUAT DR FONDANT READY MADE MUDAH..OF COZ CREAM CHEEZE LAGI ENAK

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat ruman kami skrg mmg ada ready made fondant, cuma belum masa utk membuatnya

      Delete
  5. kalo saya nak minta resepi tuk cupcake moist choklate bole. nampak sedap sangat.. kalo nak oder cam na... brape 1 cupcake

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahani boleh email ke azieshoppe@hotmail.com. I will reply your email soonest possible

      Delete
  6. asalam k.azie...saya ingat nak buat hari jadi anak di kampung tapi tak tau bila boleh tempah kek..sekiranya saya nak tempah dengan kaa azie..bagaimana cara penghatarannya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm Fiza. Boleh fiza email ke azieshoppe@hotmail.com. Nnt saya akan balas dan bagi contact number ya.

      Delete