6 Jan 2013

Nasi Ayam Nur Qaseh Untuk Brunch Di Hari Minggu


Nasi Ayam Nur Qaseh Untuk Brunch Di Hari Minggu


Pagi semalam kami balik melawat MIL di rumah kakak ipar di Ipoh. Alhamdulillah kerana keadaan MIL telah menunjukkan perkembangan yang positif, beliau mampu memberi tindakbalas kepada apa yang dicakapkan kepada beliau. 

Namun apa yang ingin saya tuliskan di sini ialah, MIL beruntung kerana mempunyai anak anak lelaki, anak perempuan dan cucu cucu yang sayangkan beliau. Hmmm nanti dulu, jangan salah faham pulak. Kalau ditanya semua orang akan mengatakan sayang pada ibu bapa. Tetapi apa omputih kata tu... Hmm action speaks louder than words. 

Haaa gitu lah yang saya rasa semua orang faham apa maksudnya kan. Lebih lebih lagi kasih sayang kepada ibu bapa yang telah tua, apalagi yang sakit. Tapi kalau kasih sayang ibu bapa pada anak anak memang melangkaui dunia iaitu sehingga ke akhirat. Tak sanggup seorang ibu melihat atau membayangkan anaknya disakiti sampai bila bila pun.





Nasi Ayam Nur Qaseh Untuk Brunch Di Hari Minggu

Nasi Ayam Nur Qaseh Untuk Brunch Di Hari Minggu


Saya melihat anak anak beliau bukan sahaja melakukan tugas menjaga kerana tanggungjawab tetapi kerana kasih dan sayang. My BIL telah mengambil CTG selama sebulan untuk menjaga dan merawat. Maklumlah, rawatan terbaik untuk mereka yang diserang stroke ialah melalui urutan. 

Kebiasaan anak perempuan yang akan menjaga emak kerana mudah untuk urusan membersih dan memandikan. Begitu juga sebaliknya dengan anak lelaki. Saya melihat semua ini dengan rasa yang sangat mendalam. Betapa beruntung ibubapa yang disayangi oleh anak anak sepenuh hati tanpa sebarang syarat, maklum kalau dikira sibuk semua pun sibuk dengan pekerjaan masing masing. 

Menjaga ibu bapa yang telah tua perlukan kesabaran dan pengorbanan kerana karenah mereka seperti seorang anak kecil yang minta dilayan dan diberi perhatian.



Nasi Ayam Nur Qaseh Untuk Brunch Di Hari Minggu


Nasi Ayam Nur Qaseh Untuk Brunch Di Hari Minggu


OK kita berbalik pada resepi Nasi Ayam yang saya namakan Nasi Ayam Nur Qaseh adalah versi kawin dari pelbagai resepi yang telah saya cuba selama ini. Tentunya kombinasi ini mampu menghasilkan nasi ayam yang terbaik. Kulit dan bahagian luar ayam yang rangup dan daging di dalamnya yang masih juicy. 

Memasak masakan seperti ini sebenarnya tidak perlu mengikut bahan tertentu atau sukatan tertentu pun. Rasa mahu letak apa pun boleh, kalau suka serai pun boleh dimasukkan. Citarasa kita tak sama dengan citarasa orang lain, kan!! Kena mencuba secara trial and error.

Nasi Ayam Nur Qaseh Untuk Brunch Di Hari Minggu

Aween dan Juita dari hari Jumaat lagi menyebut minta dimasakkan nasi ayam. Tetapi masa agak terbatas kerana setiap hari sejak penggal persekolahan dibuka, saya terpaksa mengambil Aween dari sekolah dan tiba di rumah sudah hampir 8 malam setiap hari. Ini adalah kerana pemandu yang ditugaskan mengambil dan menghantar Aween ke sekolah masih mempunyai urusan yang perlu dibereskan. 

Jadi hari ini, baru berkesempatan untuk memenuhi permintaan mereka supaya dimasakkan nasi ayam. Lagi pulak memasak di hari minggu lebih santai dan boleh dimakan secara berulang ulang. Tapi biasanya kalau seekor ayam tu, untuk sekali makan jer kalau di rumah ini. Mereka sangat suka makan ayam lebih lebih lagi nasi ayam. Kali ini saya tidak menulis cara menyediakan sup kerana ianya sangat simple. Terpulanglah kepada diri sendiri bagaimana ingin menyediakannya. Campakkan lah daun sup, daun bawang atau bawang goreng. Sedia untuk dihidangkan. 

Jom kita tengok resepinya...



Nasi Ayam Nur Qaseh Untuk Brunch Di Hari Minggu


Nasi Ayam Nur Qaseh

Bahan Nasi:
4 mug beras
4 1/2 mug air rebusan ayam
2 inci halia - kisar
3 biji bawang putih - kisar
3 helai batang daun bawang
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar sos tiram
2 helai daun pandan
1 sudu besar mentega
Sedikit minyak lemak ayam

Mula mula buat air rebusan ayam. Masukkan hirisan halia, bawang putih dan bawang merah. Selepas air mendidih, masukkan ayam. Biar ia masak selama 20 minit. Selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.

Masukkan majerin dan minyak ayam ke dalam periuk elektrik, biar mentega mencair, kemudian masukkan bahan kisar. Bila naik bau, masukkan batang bawang dan daun pandan. Bila dah layu, masukkan sos tiram dan minyak bijan. 

Kacau kacau sekejap, kemudian masukkan beras, sedikit garam dan digoreng beras seketika sebelum dimasukkan air rebusan ayam. Biarkan hingga nasi masak.


Bahan Ayam:
Sos tiram
Kicap cair
Kicap manis
Kicap soya
Minyak bijan
Madu
Halia, bawang merah dan putih - kisar

Perap ayam dengan semua bahan di atas. Lagi lama lagi sedap dan mesra. Ayam diikat dan digantung. Saya tak pula menggantungnya.

Bolehlah dipanggang selama 1 jam pada suhu 160C atau digoreng secara deep fry sekejap sahaja. Goreng secara touch n go giteww...


Bahan Sos Cili:
10 -15 biji cili burung
6 biji cili merah
Sedikit halia (ambik dari rebusan)
5 - 6 biji bawang putih
1 biji limau kasturi/limau nipis
Sedikit air rebusan ayam
Garam dan gula secukupnya

Kisar kesemua sekali dan sesuaikan rasa.


Bahan Sos Kicap:
Kicap masin
Kicap manis
Sos cili
Sos tomato
Air rebusan ayam

Satukan kesemuanya sekali dan sesuaikan rasa.


Nasi Ayam Nur Qaseh Untuk Brunch Di Hari Minggu


6 ulasan

kak,antar sepinggan kat bangi..hehe...lapar je tgk gambar nasi ayam tu ;)

Datang ke Kota Damansara lah

Kak nak tanye, aka pakai beras ape buat nasi ayam.

Beras basmathi yang paling sedap utk nasi termasuk nasi ayam atau nasi lemak.

Kak...ayam tu takpe ke kte panggang 1 jam..xlme sgt eh..sbb kte da rebus die kan..so separuh masak

Salam kak..ayam tu takpe ke kte panggang 1 jam..x lme sgt eh..sbb kte da rebus dulu so da half cooked..


EmoticonEmoticon