31 Mar 2012

Bingka Biskut Crackers

Bingka Biskut Crackers

Saya memang mahu mencuba resepi kuih bingka cracker tapi perlu mencari masa yang sesuai kerana jika dibuat pada hari biasa, alamaknya saya sorang lah kena menghabiskannya. 

Jadi bila hubby beritahu yang Razali dan Liza akan datang esok, saya terus memasak kuih ini malam ini juga kerana ia hanya boleh dipotong setelah benar benar sejuk yang tentunya memakan masa berjam jam lamanya.  

Bingka Biskut Crackers

Saya teruja melihat ramai yang telah mencuba resepi Kuih Bingka Cracker dan rata rata memuji keenakannya. Itu yang sangat sangat teruja untuk mencuba sendiri. Haaa saja lah nak buat kelainan sedikit, kalau orang lain menggunakan pewarna hijau atau kuning, saya memilih warna purple gitu untuk bingka saya. Sweet sangat warnanya. 

Lagi satu, biskut cracker tu sengaja tidak dihancurkan sampai halus kerana saya ingin membiarkan bingka mempunyai tekstur biskut lagi.  Nak tahu? Nak tahu apa ya? hahaha saja buat suspen sikit. Yang nak citernya semerbak bau kuih ini sewaktu dibakar sehingga ke tingkat atas. Harum mewangi sangat...

Jom kita layan resepinya...  

Bingka Biskut Crackers

Kuih Bingka Cracker
Oleh: Azie Kitchen


Bahan-bahan:
140 gm biskut cracker (biskut lemak)
85 gm tepung gandum
1 cawan gula caster
3 biji telur B
710 ml santan/susu cair - 400 ml santan kotak + 310 ml air
1 sudu besar butter
1 sudu kecil pewarna purple
1/2 sudu kecil esen vanila
Secubit garam

Hiasan :
Sedikit bijan untuk tabur

Cara-Cara :
Panaskan oven suhu 180' C selama 10 minit. Lengserkan loyang berukuran 8"x8" dengan minyak masak dan masukkan loyang dalam oven 5 minit masa terakhir.

Blend biskut cream cracker bersama tepung dalam blender hingga halus, ketepikan.

Blend telur, gula, susu cair, pewarna kuning, sedikit esen vanila dan secubit garam hingga gula larut. Masukan tepung yang telah diblender bersama biskut sedikit-sedikit dan blender lagi hingga sebati kecuali bijan.

Tuang ke dalam loyang yang dipanaskan sebentar dalam oven dan taburkan bijan rata-rata diatasnya jika suka.
Bakar selama 1 jam atau sehingga permukaan atasnya keperangan.


Bingka Biskut Crackers
 
Sejukkan betul-betul dahulu baru dipotong dengan menggunakan pisau plastik.

Bingka Biskut Crackers


Kari Ikan Tenggiri Mamak Style


Kari Ikan Tenggiri Mamak Style

Seperti saya, hubby pun suka menjamu dan meraikan kawan kawannya. Setiap kali menjemput kawan kawan, beliau minta saya memasak yang hidangannya ikut waktu kedatangan tetamu samada makan tengahari, minum petang atau makan malam. Esok Razali dan Liza akan berkunjung ke rumah dan seperti dijanjikan saya akan memasak untuk mereka.

Pada mulanya saya bercadang untuk memasak laksa johor tetapi memandangkan mereka akan datang waktu tengahari, ada baiknya jika saya terus menyajikan hidangan tengahari. Oleh kerana tengahari, maka saya perlu menyiapkan nasi dan beberapa lauk pauk. 

Oleh kerana hari ini saya bekerja dan tiba di rumah sudah hampir pukul 6 petang, saya rasa elok jika saya terus memasak Kari Ikan Tenggiri malam ini. Selain tidak mau terburu buru pagi esok, juga kerana kari ikan lebih sedap jika dimasak sehari sebelum masa mahu dihidangkan kerana ianya lebih mesra dengan rempah rempah kari.  

Kari Ikan Tenggiri Mamak Style

Kali ini saya menggunakan resepi Kari Ikan ala Mamak Style yang tidak menggunakan santan, sebaliknya menggunakan bawang bawang dan rempah yang banyak. Mengikut apa yang saya baca dari blog Madihaa, resepi ini memang  resepi pilihan kerana kari yang dihasilkan adalah terbaiiikkk...

Jom kita layan resepinya ... 

Kari Ikan Tenggiri Mamak Style

Kari Ikan Tenggiri Mamak Style
Sumber : MaDiHaA  
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
5 keping ikan tenggiri - kepala ikan lagi sedap
5 sudu besar rempah kari ikan - Alagappas atau Baba's 
2 sudu besar cili kisar/cili serbuk 
2 tangkai daun kari - jangan leraikan  
1 sudu kecil halba campur  
Air asam jawa lebihkan sedikit - 1 sb pes asam jawa adabi 
Garam secukup rasa 
Air secukupnya utk kuah 

Bahan bahan Kisar  
1 biji bawang besar  
4 ulas bawang merah  
4 ulas bawang putih  
1 sudu kecil serbuk lada hitam  

Bahan bahan Mayang  
1 labu bawang besar 
3 ulas bawang putih  
3 tangkai cili padi - potong kecil 

Bahan Rampai  
Terung - belah tengah; atau 
Kacang bendi 
Cili hijau  
Buah tomato - belah dua  

Cara cara
Panaskan minyak dan masukkan cili padi yang dipotong. Masukkan halba campur dan bahan bahan yang dimayang.  Setelah agak layu, masukkan cili kisar dan bahan mesin. 




Kemudian masukkan rempah kari ikan. Masukkan 2 tangkai daun kari. Jangan ceraikan daun tu sebab batang daun kari tu akan memberi aroma yg sedap pada kari. 

Masak sehingga hilang bau rempah tu. Masukkan air jika rempah nampak kering.  



Setelah rempah dah masak dan hilang bau, masukkan air asam jawa yg ditapis, air secukupnya ikut kepekatan kuah yg disukai. Masukkan garam.  

 
Setelah mendidih, masukkan ikan, bahan-bahan rampai. Masakkan sekejap sahaja supaya tak nak ikan masak terlalu lama dan hancur. Rasakan apa yg kurang bolehlah ditambah. 




Kari Ikan Tenggiri Mamak Style

 Sedia utk dihidangkan.

Kari Ikan Tenggiri Mamak Style

Kari Ikan Tenggiri Mamak Style



29 Mar 2012

Sambal Tumis Telur Yang Menggoda

Sambal Tumis Telur Yang Menggoda

Hmmm semuanya gara gara Sambal Tumis Telur ini  menyebabkan saya makan banyak malam ni, nasi lemak lagi... Camne nak citer pasal diet bagai? 

Asalnya saya terbaca dalam blog Kkida pasal jenis jenis cili kering, aduhai dalam tu diselit pulak gambar gambar sambal tumis udang, sambal tumis telur yang gambar nya nampak sangat menyelerakan. Ada berani nak buat azam nak diet lagi? Atau makan jer lah apa rasa nak makan sementara masih boleh makan. 



Memang saya bermasalah sekarang ini, masalah tak boleh mengawal selera, masalah tengah seronok nak memasak dan masalah seronok melawat lawat dapur rumah orang. OK dah tak mahu citer lagi lah, sendiri mahu ingat lah, Azie. Nak pergi US bulan depan ni rasanya baju semua dah tak muat, kalau tak mahu berubah kena lah beli baju baru. 

Jom layan resepi sebab lepas ni nak dengar kuliah Ustaz Kazim nak cari ketenangan diri, nak bermuhasabah diri sekali. Hidup untuk makan atau makan untuk hidup?

Sambal Tumis Telur Yang Menggoda

Sambal Tumis Telur 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan 
5 ulas bawang merah 
3 ulas bawang putih 
1 biji bawang besar - hiris 
4 sudu besar cili kering kisar 
Sedikit belacan 
Garam 
Gula 
Air asam jawa 
Telur - rebus, kupas & goreng 

Cara cara: 
Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih yang dimesin sehingga garing dan wangi.

Masukkan cili kisar dan goreng dengan api perlahan sehingga betul betul garing. Masukkan gula terlebih dahulu supaya sambal berwarna merah cantik. 

Masukkan garam, belacan dan air asam jawa. Kalau terlalu pekat, tambahkan air sedikit demi sedikit. 





Kemudian masukkan bawang besar yang dihiris. Akhir sekali masukkan telur rebus yang telah digoreng. Sesuaikan rasa dan kepekatan. 




Sambal Tumis Telur Yang Menggoda

Angkat dan hidangkan panas panas dengan nasi lemak atau nasi putih atau nasi minyak.


Sambal Tumis Telur Yang Menggoda


Aduhai Nasi Lemak Nur Qaseh


Huhuhu dah tahu malam hari tak boleh makan heavy, masak juga nasi lemak, apa citer? Apa nak buat, saya bekerja dan hanya boleh memasak waktu malam sahaja. Memang saya dah boleh nak mengawal selera terutama masakan saya sendiri yang sesuai dengan selera, lagi lah bertambah tambah. 

Serius saya rasa sangat bersalah dengan diri sendiri. Nasi lemak ala ala Nasi Lemak Sahor malam ni sangat sangat sangat sedap. Siap minta hubby ke kedai runcit beli santan segar, tak mahu guna santan kotak bagi memastikan nasi lemak ini cukup lemak dan kaw. Apa sebabnya ya? Hanya saya saja yang tahu sebabnya, cuma saya belum bersedia untuk menulisnya di sini.... 


Nasi Lemak Nur Qaseh

Berbalik pada nasi lemak malam ni, memang langsung tak plan untuk memasak pun tapi bila terpandang blog Kkida ada gambar sambal tumis telur rebus, terus jadi sangat terliur. Spontan jer masuk dapur terus rebus telur. Lepas tu, baru fikir untuk memasak nasi lemak kerana lebih simple dan tak perlu memasak banyak lauk pauk. 

Hubby pulak menambah, kalau telur jer tak cukup, kena pulak keluarkan ayam untuk digoreng garam kunyit. Wangi jer bila menggunakan kunyit hidup. Itu sahaja lauk nasi lemak kami malam ni tapi memang sedap dan berselera sekali. Saya namakan nasi lemak ini sebagai Nasi Lemak Nur Qaseh lah... 

Jom layan resepi dan gambar gambar.... 

Nasi Lemak Nur Qaseh

Nasi Lemak Nur Qaseh 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan: 
3 ulas bawang merah - hiris 
1 inci halia - hiris 
1 batang serai - ketuk 
2 helai daun pandan - simpul 
1 sudu besar mentega 
Minyak masak 
Santan 
Garam 
Serbuk kunyit 

Cara cara 
Panaskan minyak dan 1 sudu makan mentega. Tumis halia, bawang, serai dan daun pandan sehingga bawang layu dan wangi. 


Masukkan beras yang telah dibasuh dan ditoskan. Goreng seketika sehingga rata. 


Tuangkan santan dan air secukupnya. Masukkan garam dan sedikit serbuk kunyit bagi menaikkan warna. Pindahkan ke dalam rice cooker dan masak lah seperti biasa. 


Hidangkan bersama Sambal Tumis Telur, Ayam Goreng garam kunyit dan hirisan timun. 

Nasi Lemak Nur Qaseh

Nasi Lemak Nur Qaseh
 
Aduhaaiii tak terkata dibuatnya...

Nasi Lemak Nur Qaseh

Enjoy ...

28 Mar 2012

Chicken Mandy Rice

Chicken Mandy Rice

Hubby menghantar bbm meminta agar saya memasak malam ni samada nasi arab atau beriani kerana beliau akan kembali ke pejabat untuk mesyuarat. 

Saya teringatkan resepi nasi Mandy yang dibuat oleh Rozilah yang hanya perlu merebus ayamnya, tanpa perlu dibakar. Saya fikir elok juga jika saya cuba resepi ini untuk tujuan kelainan. Resepi nasi Mandy yang saya buat dulu, saya membakar ayamnya di dalam oven. Klik di SINI untuk melihat resepi nasi Mandy saya sebelum ini.


Chicken Mandy Rice

Balik dari pejabat terus singgah di kedai runcit untuk membeli ayam dan timun. Bahan lain semuanya sudah ada dalam peti ais. Sampai jer di rumah, saya terus memasak. Sangat cepat memasaknya. Dapur saya harum semerbak dengan bau nasi Mandy. Hmmm best nyeerrr...

Chicken Mandy Rice

Chicken Mandy Rice

Bahan A
4 cawan beras basmathi 
1/2 cawan minyak zaitun  
2 labu bawang besar - potong dadu 
5 ulas bawang putih - mayang 
1/2 cm kulit kayu manis 
1 kuntum bunga lawang 
2 biji buah pelaga 
5 tangkai bunga cengkih 
1 helai daun bay
3 helai daun pandan - tak letak
1 ketul arang - dibakar hingga jadi bara 

Bahan B 
1 ekor ayam di potong 8
1/2 cm halia 
1 sudu teh serbuk ketumbar 
1 sudu teh serbuk jintan manis 
1 sudu teh serbuk jintan putih 
1 sudu teh serbuk kunyit 
1 sudu teh serbuk lada hitam 
1 helai daun salam 
1 sudu makan minyak masak 
1 liter air (agak2 ayam tenggelam) 
Garam dan gula secukup rasa 

Cara cara:
Kesemua bahan bahan B dididihkan di dalam periuk sehingga ayam masak. Angkat ayam dan toskan. Lumurkan ayam ini dengan minyak. Manakala air rebusannya disimpan utk memasak nasi. Ketepikan. 



Panaskan minyak zaitun dan tumiskan semua bahan bahan tumisan bersama 3 helai daun pandan sehingga naik bau. 



Masukkan beras dan goreng seketika. Curahkan 5 cawan air rebusan ayam tadi. Pindahkan ke dalam rice cooker.



Masak nasi sehingga kering. Kemudian susunkan ayam di atas nasi dan buatkan lubang ditengah2 nasi. Letakkan aluminium foil di tengah tengah nasi. 

Masukkan  minyak dan arang yg telah menjadi bara ke dalam aluminium tersebut. 

Tutup periuk nasi dengan kertas aluminium dan kemudiannya tutup dengan periuk nasi supaya aroma asap terperangkap di dalam periuk. 

Chicken Mandy Rice

Chicken Mandy Rice

Masak lagi nasi itu sehingga 5-10 minit atau sehingga nasi masak. Setelah itu angkat dan hidangkan bersama salsa.

Chicken Mandy Rice

Chicken Mandy Rice

Salsa 
Chicken Mandy Rice

Bahan bahan: 
4 biji buah tomato - potong dadu 
1 batang timun dibuang biji - potong dadu 
1 labu bawang besar - potong dadu 
2 tangkai cili merah - dimayang halus 
2 tangkai cili hijau - dimayang halus
5 tangkai cili padi - dimayang halus 
1 biji lemon diperah ambil jusnya 
1 sudu makan minyak zaitun 
Garam  
Gula 

Cara cara: 
Campurkan kesemua bahan2 di atas. Gaul mesra di salam satu mangkuk. Perasakan sehingga cukup rasa dan sedia utk dihidangkan bersama Nasi Mandy.

Chicken Mandy Rice