31 Dec 2012

Kuih Keria Labu


Kuih Keria Labu

Pada hari terakhir 2012 ini, saya menyediakan Kuih Keria menggunakan labu kukus. Kalau biasanya Kuih Keria dibuat menggunakan ubi keledek dan tepung gandum. Tapi hari ini, sajalah ingin membuat sedikit kelainan di samping menghabiskan baki labu yang telah dikukus tempohari. 

Selepas dibentuk, kuih keria digoreng dan akhir sekali saya menyiranya. Proses menyediakan Kuih Keria ni sama dengan Kuih Keria keledek juga. Walaupun kejadian gula siranya tak berapa menjadi, tapi OK lah kalau sekadar untuk dimakan sendiri sebagai sarapan pagi ini. Lagi pulak, Nana berpuasa, jadi cuma untuk sarapan saya dan Juita sahaja. Jom tengok gambarnya....



Kuih Keria Labu

2 ulasan

Kuih keria antara peberet tpi blum prnah mkn yg dibuat drp labu...

Saya lebih menyukai keria dari ubi keledek.


EmoticonEmoticon