17 Dec 2012

Fried Ice Cream


Fried Ice Cream


Hmm anak anak sekarang punya selera makan yang berbeza dengan saya terutamanya yang walaupun sudah berpuluh tahun menetap di KL, masih mempunyai tekak dan selera kampung. Malahan saya pula yang kena belajar menyesuaikan diri dengan selera mereka apabila keluar makan untuk meraikan hari hari istimewa dalam famili dengan mengunjungi restoran pilihan mereka. Ada makanan yang dipesan, adalah makanan yang tak pernah dimakan tetapi selepas diminta mencuba, barulah terasa sedapnya. Begitulah bila ibu bapa terpaksa belajar dengan anak anak. Tak ada salahnya kita belajar sesuatu dari anak anak jika itu yang mereka tahu lebih dari apa yang kita tahu.



Sejak kebelakangan ini, mood saya memang tak menentu sekali, selera makan yang meningkat walaupun makanan yang dimakan terasa di tekak sangat tak sedap. Baju yang baru siap untuk dipakai semasa majlis nanti sudah ketat dan perlu dihantar untuk dibesarkan. Sebenarnya kita kena menerima hakikat yang sebahagian nikmat kehidupan telah ditarik dari kita apabila usia mula meningkat. 

Betapa di saat ini, nikmat kesihatan sangatlah mahal dan dihargai. Tengoklah macam saya, di penghujung tahun begini, di kala ramai kawan kawan sedang bercuti ke luar negara bersama keluarga masing masing, saya hanya menjalani cuti sakit di rumah. Kalau ikutkan, mahu sahaja saya ke pejabat tetapi bila difikirkan balik, rawatan saya pasti tidak memberi kesan yang baik tanpa rehat yang secukupnya. Seorang doktor pasti tahu kenapa seorang pesakit diberi cuti sakit sekian sekian lama, apabila saya mengeluh bila diberitahu yang saya perlu berehat sekurang kurangnya 2 minggu sambil perlu menjalani rawatan pysio. Namun saya akur, jika tidak saya yang menyayangi diri sendiri, siapa lagi? Siapa lagi? 

Berbalik pada resepi anak anak yang dikongsikan di sini, pada saya memanglah sedap tapi bukan selera saya kerana saya tidak menggemari ice cream. Saya hanya suka ais cream bubur kacang hijau yang dijual dalam plastik panjang semasa saya kecil kecil dulu. Itulah ais krim terbaik dan tersedap pada saya. Dulu setiap petang, pasti menunggu penjual ais krim melalui hadapan rumah kami dengam berbasikal sambil membunyikan loceng. Itu ais krim masa kanak kanak, kalau ais krim zaman sekarang, tentunya saya suka ais krim di Baskin Robbin. 

Fried Ice Cream

Fried Ice Cream


Vanilla Ice Cream
5 cawan cornflakes - hancurkan
1 cawan flaked coconut
1 sudu besar serbuk kayu manis
2 biji telur
1 sudu besar susu
Minyak untuk menggoreng

Sudukan sebesar 1/2 cawan ice cream dan diletakkan atas loyang yang berlapik waxed paper dan simpan dalam freezer selama 1 jam.

Satukan cornflakes, kelapa dan serbuk kayu manis dalam satu mangkuk dan ketepikan.

Di dalam bekas lain, pukul telur dan susu hingga sebati.
Keluarkan ice cream dari freezer dan digolek atas campuran conrnflakes tadi sehingga bersalut rata. 

Kemudian golekkan ke dalam adunan telur sebelum digolekkan sekali lagi dalam adunan cornflakes. Selepas itu, masukkan semula ke dalam freezer selama 1 jam atau sehingga ianya menjadi lebih keras.

Panaskan minyak sehingga betul betul panas dan masukkan ice cream ke dalamnya dan goreng secara deep fry selama 20-30 saat.

Angkat dan letakkan atas paper towel . Bolehlah dihidangkan dengan madu dan strawberry.


8 ulasan

boleh ditry cuba ni..budak2 mesti suka termasuk sy..hihi

Buat kelainan, pasti anak anak suka ni

dah lama saya teringin untuk mencubanya,baru sekarang jumpa resepi yang sedap ni.tq kerana sudi berkongsi di sini!

Selamat mencuba. Nnt boleh bagi feedback

My goodness, Azie! This is really good! I have always been curious how on earth can ice-cream be fried (binggung!). I am very interested to try it, it's not good for my waistline, but what the heck :D

You should try. Something different and the kids will love it

Kak Azie,

Winter time kat sini makan aiskrim goreng memang superb! kihkihhh..
thanks for the recipes.


EmoticonEmoticon