Candy Buffet Yang Elegan









Idea untuk menyediakan Candy Buffet dibuat Nana, Nellisa, Juita dan Boy berbulan sebelum majlis di Villa Nur Qaseh. Kebetulan saya pernah mendengar berkenaan Candy Buffet ini dari Kak Rohana Yusoff semasa perkahwinan Bahijah. Namun saya difahamkan Candy Buffet mereka adalah untuk goodies bag di mana tetamu mengambil sendiri apa apa yang disukai dan memasukkan ke dalam paper bag yang disediakan sebagai door gift. Tetapi difahamkan dari Kak Ana yang masyarakat kita masih belum biasa dengan cara ini, jadi mereka masih malu malu dan segan segan untuk mengambilnya. Manakala candy buffet di rumah kami adalah lebih berupa dessert yang boleh diambil oleh tetamu dan diletakkan ke dalam pinggan yang disediakan. 













Penyediaan candy buffet bermula dengan pencarian Candy Jar yang pelbagai bentuk dan saiz. Kami mencarinya di merata tempat termasuklah SSF, Ikea dan juga kedai kedai di Klang. Hajat nak ke Nilai 3 tak kesampaian apabila perjalanan balik dari Segamat telah terlewat dek hujan yang lebat sepanjang perjalanan. Akhirnya dapat juga pelbagai bentuk jar yang cantik dengan pertolongan sahabat kami, Latifah. Cantik sangat jar ini bila dihias dengan riben riben berwarna lilac dan silver bertepatan dengan warna tema majlis.







Antara cookies yang dihidangkan ialah coklat Ferero Rocher, Cookies Famous Amos, waffle, Moist Chocolate Cupcake dan Blueberries Cheese Tart. Ferero Rocher yang dihias cantik adalah antara tarikan utama di meja berkenaan. Seronok melihat tetamu yang juga seronok menikmati dessert melalui pengalaman baru. Apa apa pun sangat berpuashati kerana usaha anak anak sangat berhasil dan memenuhi apa yang mereka inginkan.







Candy Buffet Yang Elegan Candy Buffet Yang Elegan Reviewed by Azie on December 29, 2012 Rating: 5

6 comments

  1. Sekarang dah macam trend dah kan kak kena ada candy buffet. Comel je ada coklat2 warnawarni:))
    Budak budak mmg suka serbu la jawab dia..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang tua pun suka juga makan kudapan, terutama bila dihias cantik

      Delete
  2. Salam kak Azie...kat mana kak Azie beli bekas cookies tu...dah lama saya cari tapi tak jumpa2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak tempat ada spt SSF, Ikea, kedai kedai biasa pun ada

      Delete
  3. Azie, these are gorgeous! Imagine, a candy buffet, I'd like to experience that :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. My doter prefers cookies which are not too sweet. So exciting as It gives new experience to most of us

      Delete