29 Dec 2012

Blueberries Cheese Tart Yang Terhangat


Blueberries Cheese Tart Yang Terhangat

Salah satu dari kuih yang disediakan untuk Candy Buffet ialah cheese tart. Pada mulanya Nana bercadang untuk membeli macaroon yang sangat sedap di One Utama. Tapi biasalah, macaroon sangat mahal harganya sehingga RM2.80 sebiji. Saya mencadangkan supaya dibuat sendiri tetapi agak kesuntukan masa kerana banyak lagi yang ingin disediakan seperti Cake In Jar, cupcake dan lain lain lagi. Akhirnya saya mencadangkan supaya dibuat cheese tart.


Juita dengan dibantu anak anak buah saya yang ramai itu telah bersama sama menyediakan cheese tart yang sedap ini. Memang berbaloi kerana tetamu yang merasainya pasti memuji keenakan cheese tart. 

Ianya antara yang terlaris dan habis dengan cepat sehingga saya sendiri tidak sempat merasainya. Yang penting, tetamu menyukai apa yang dihidangkan. Itulah yang memberi kegembiraan kepada tuan rumah. Untuk rujukan di masa akan datang, dituliskan di bawah ini resepi yang diambil dari blog Masam Manis.


Blueberries Cheese Tart Yang Terhangat

Blueberries Cheese Tart
Oleh:
Azie Kitchen 
Bahan bahan Crust:
170 gm marjerin atau butter
50 gm gula aising
1 biji telur Gred C
290 gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart
Cara cara:
Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh. 
Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman. 
Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak. 
Nota:
Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar benar sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese.  
Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat. 
Bahan bahan Filling:
250 gm cream cheese
50 gm gula kastor/gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla/esen lemon 
Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik. 
Putar cream cheese dan gula hingga berkrim. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi. 
Masukkan filling ke dalam kulit tat. Untuk memudahkan kita gunakan kaedah yg sama untuk letakkan filing tadi. Dimana kita masukkan dalam piping bag dan picitkan di atas filing dalam shell tadi. Letak penuh supaya ia cantik membuncit. 
Kemudian boleh lah kita mulakan proses tuk melorek atas cheese tat tadi.
Ambil sedikit cream cheese tadi dan titikkan sedikit pewarna yg kita suka. Kacau rata sehingga warna bergaul sempurna. Proses untuk melorek dilakukan ketika cheese tadi masih lembut. jangan biarkan cheese terlalu lama nanti dia dah mula mengering dan proses melorek tidah secantik yg kita inginkan. 
Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.
Bilangan garis garis kecil tersebut mengikut citarasa sendiri lebih banyak lebih cantik. Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah dalam bentuk bulatan untuk mendapatkan bentuk tersebut. 
Bakar selama 5 minit pada suhu 170C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi. 
Nota:
1 adunan shell dapat buat dalam 40 biji shell bergantung kepada besar acuan dan ketebalan shell.
Bagi adunan cheese pula dapat dalam 70 - 80 shell.
Untuk stabilkan adunan buat 2 adunan crust atau shell dan 1 adunan cheese 
Cheese tart yang telah siap di simpan dalam bekas kedap udara dan letakkan dalam peti ais untuk ketahanan yg lebih lama.



7 ulasan

Ramai tetamu memuji keenakaknnya

my fav jugak... kak azie ada resepi tak kalau x keberatan

Nanti saya updatekan. Tapi boleh juga tengok entri tart sebelum ini yg juga sgt sedap

Macam mana nak dapatkan crust macam ni ya? Guna adunan tart ke?


EmoticonEmoticon