25 Dec 2012

Azie Kitchen Dalam Majalah AROMA Januari 2013







Jangan lupa untuk mendapatkan majalah AROMA Januari 2013 iaitu majalah  masakan yang sangat terkenal di kalangan food blogger dan juga mereka yang gemar masak memasak. Resepi dari blog Azie Kitchen yang dikongsi adalah resepi biasa biasa sahaja. Maklumlah saya  bukan lah wanita yang memasak setiap hari dek kesibukan tugas di pejabat. Bila balik dari pejabat, jika rasa larat, saya akan masuk ke dapur. Lebih lebih lagi sekarang, laling hubby dah mengurangkan pengambilan nasi. Maka saya pun kenalah juga mengurangkan aktiviti memasak nasi dan lauk pauk sebagai sokongan.




Lagi pulak kebelakangan ini, saya agak tidak berapa sihat selepas menjalani prosedur untuk merawat masalah buldge disk di L4 dan L5 yang telah bertahun tahun saya alaminya. Kadang kadang saya berputus asa, maklumlah umur bukanlah tua lagi, tapi saya sudah mengalami sakit belakang yang mengganggu aktiviti harian saya. Bagaimana jika saya telah pencen berpuluh tahun akan datang, itulah yang saya selalu fikirkan. Saya sentiasa berdoa selepas solat supaya diberikan kesihatan, kekuatan dan kemudahan untuk beribadat kepada Allah sepanjang hayat. Aduhaai dari nak bercerita pasal majalah  AROMA, kot boleh meleret pasal masalah kesihatan saya pulak.

OK lah kawan kawan semua, jangan lupa mendapatkan senaskhah majalah AROMA Januari 2013 yang telah berada di pasaran hari ini juga. 






24 ulasan

wah...! tahniah kak Azie...
makin glames tuuuu....:)

hahaha glam ya. Alaa biasa biasa jer

tahniah kak Azie... tumpang hepi ;)

semoga Azie diberkan kesihatan yang baik...teruskan menulis, saya suka tulisan dan menu Azie..

Saya biasanya menulis secara spontan, dari kepala terus ke jari. Tak edit edit pun. Itu sebab bahasanya tunggang melanggang

salam Kak Azie,
Tahniah & semoga akak sentiasa sihat...
Amboi...posing maut Kak Azie dalam majalah tu..manja gitu... ^_^

Salam Azie, congrats and keep it up.

tahniah kak..permulaan tahun baru yang baik..moga akak sekeluarga dilimpahi rahmat dan murah rezeki olehNya. .Ameen
















Terima kasih, Maryam. Selamat tahun baru dan semoga doa anda dimakbulkan untuk kita semua. Ameen


EmoticonEmoticon