17 Sep 2012

Best Moist Chocolate Cake Ever Lagi


Best Moist Chocolate Cake Ever

Setakat ini, pada saya inilah "a keeper recipe" untuk kek coklat versi bakar. Sangat sedap, sangat moist dan semuanya secukup rasa. Sehinggakan ada tetamu bertanya jika ianya adalah kek dari Secret Recipe. 

Klik di SINI untuk melihat kek yang saya sediakan sebelum ini. Penggunaan buttermilk menjadikan kek ini sangat gebu dan lain dari kek coklat yang lain. Sekiranya tiada buttermilk, bolehlah dibuat sendiri menggunakan resepi buttermilk di bawah. Mudah sangat dan tidak membazir terutama apabila buttermilk yang digunakan sedikit sahaja sebab buttermilk tidak tahan disimpan lama.

Best Moist Chocolate Cake Ever

Kek ini disediakan oleh Nana sehari sebelum majlis kecil kecilan di rumah kami. Saya hanya menyelia beliau dalam penyediaan kek yang sangat mudah tetapi menghasilkan kek yang sangat mabeles. 

Kek ini sengaja disediakan lebih awal kerana selepas beberapa hari, ianya lagi moist dan lagi sedap. Kejadian kek kali ini juga sangat memuaskan. Nana dan Juita membuat Ganache coklat untuk menghias kek ini di samping menggunakan buah strawberry segar.

Best Moist Chocolate Cake Ever

Jom layan resepi di bawah....

Best Moist Chocolate Cake Ever

Best Moist Chocolate Cake Ever
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir
3/4 cawan serbuk koko Hershey's
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder (opsyenal)
2 biji telur saiz A
1 sudu kecil garam
1 cawan buttermilk
1 cawan Mazola vege oil
1 1/2 sudu kecil vanilla extract
1 cawan air mendidih (atau 1 cawan air coffee/nescafe)

Cara Penyediaan : 

Panaskan oven pada suhu 300 F (lebih kurang 150 C) untuk membakar secara perlahan (slow baking).

Lenser loyang 9x13" dengan minyak dan tabur dengan sedikit tepung.  Saya guna 10x10. Atau lapik loyang kek dengan kertas kalis minyak.

Masukkan semua bahan di atas kecuali air mendidih ke dalam mixing bowl. Putar pada kelajuan sederhana selama 1 minit, sebelum dimasukkan air panas atau air nescafe panas.

Putar sehingga adunan sebati. Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 1 jam atau sehingga masak. Keluarkan dari oven dan sejukkan.


Chocolate Ganache
4 oz chocolate chips
1/3 cawan heavy cream
1 sudu kecil unsalted butter
1/8 sudu kecil garam

Panaskan heavy cream tapi jangan sampai mendidih. Tuangkan ke dalam coklat chip dan tunggu hingga coklat chip mencair. Lepas tu, kacau sehingga sebati. Masukkan butter dan garam, kacau sebati. Bolehlah disapu pada kek yang telah disejukkan. Nota: Untuk kek 10x10, adunan ini perlu dibuat 2 adunan.


White Vanilla Icing

Bahan bahan:
2 cawan powdered confectionay sugar
1/4 ketul butter - suhu bilik
1 sudu kecil vanilla extract
1/8 sudu kecil garam
2 1/2 susu besar susu

Masukkan gula dan butter ke dalam mixing bowl dan putar sehingga sebati dan kembang. Masukkan garam dan vanilla extract sambil terus diputar.

Akhir sekali, masukkan susu sedikit demi sedikit sehingga mencapai tahap adunan icing yang dikehendaki dan mudah disapu pada kek.


Buttermilk
Susu segar
1 sudu besar white vinegar atau lemon juice

Masukkan white vinegar atau lemon ke dalam cawan. Tuangkan susu sehingga mencapai sukatan 1 cawan. Kacau rata.

Biarkan selama 5 minit dan sedia untuk digunakan.


Best Moist Chocolate Cake Ever

Best Moist Chocolate Cake Ever

Best Moist Chocolate Cake Ever

Best Moist Chocolate Cake Ever

Potong kecil kecil supaya mudah diambil dan sedia untuk dinikmati.....

Best Moist Chocolate Cake Ever

Enjoy.....

Best Moist Chocolate Cake Ever


Nota:
Boleh simpan buttermilk dalam freezer utk kegunaan akan datang.

Boleh juga dibuat cupcake. Dibakar di dalam cawan kertas selama 22-23 minit.

Baking powder adalah opsyenal untuk menjadikan kek lebih kembang.

Boleh guna loyang 9x13" kaca Pyrex.


63 ulasan

Salam zie, saya baru buat coklat cake kukus semalam tapi tak post lagi...kek nya dah habis pun anak saya makan. Nasib baik sempat ambik foto..

Salam Kak Azie,

I've tried a few of your recipes and memang best...delicious and tempting. My family especially anak-anak memang suka. Thanks to you for sharing. Actually kak Azie cerita kita hampir serupa dalam membina dan menyiapkan banglo. Saya akan share and post nanti ye kak. Memang mencabar and memeritkan. Ni dah hampir 2 tahun and still ada sedikit lagi untuk disiapkan. Macam2 kerenah.Kami mulakan proses pembinaan sebelum saya menunaikan haji pada tahun 2010. saya sedang mengumpulkan foto-foto untuk dikongsi bersama tentang peritnya menyiapkan banglo ni.

Naz, wow cerita kita hampir sama ya. Kalau gitu, Insya Allah rumah Naz juga pasti dapat disiapkan dengan sempurna dan ianya akan lagi bermakna bila kita memperolehinya secara yang susah.

Mar, seronok membuatnya jika sambutan menggalakkan terutama dari anak anak kan? Nanti nak tengok post kek coklat Mar pula

salam kenal kak Azie, best n gebu nmpk kek tu...
nnt jmput lawat dapur Liza ye...

Terima kasih Liza kerana sudi mengunjungi. Salam kenal dari saya juga. Insya Allah saya akan sign up blog Liza juga

Assalam Azie.. Rata rata dok nengok org buat choc cake ni.. Tak tahan betul dibuatnya..

Jom buat juga. Resepi mudah dan hasilnya sangat enak sekali

Azie, this cake really catches my eye. The texture looks so moist and fine. Really love it and I printed the recipe straight away. The strawberry decoration is very beautiful.

PH, this cake really nice and moist. My guest thought it is from Secret Recipe. Strongly recommend this recipe for you to try out.

akak..utk kek nih,kena mix lama x..sbb tgk methodnye mcm kejap je..tq :)

Agak agak sebati jer. Tak perlu lama

Tks Azie, I'm Rina from Penang. Insyaallah trying this today...

This is my keeper recipe. All the best, dear

auntie azie, kalau 1 cup approximately berapa gram ya? dkat rmh saya takde bnda sukat bahan tu wrna putih mcm auntie guna ni

Tak pasti pulak. Kot nnt silap pulak. Baik guna cawan. Beli kat kedai bakeri. Mmg banyak gunanya

tq auntie. mmg jadi n sedap. tu pn ada seloyang baru kluar oven :D
cumanya, saya dh bakar 150 drjh celcius, tp kek tu permukaan atas merekah, jd prmukaan tk sekata la cam kek auntie punya.
lain kali mcm mana eh saya nk buat kasi tk merekah?

Tidak pernah pulak jadi spt itu kerana ia menggunakan slow baking. Biasanya merekah kalau api terlalu panas.cuba check oven dulu. Kalau nampak merekah, kena perlahankan lagi lah agaknya.

Kak azie, selain dr suhu kena perlahankan, adakah sistem pembakaran juga menjadi punca kek merekah?

Ya jika suhu terlalu tinggi, kek akan merekah. Tp kek ini saya bakar guna api perlahan. Tapi ada juga orang yg guna resepi ini tapi bakar pada suhu 170-180C dg masa lebih pendek. Ok juga.

Kak Azie,
Mcmana yer...saya dah try semlm..tapi rasa tekstur dia mcm kek kukus yer...bahagian bwh kek rasa mcm kering sedikit...adunan dia akan lari ye kalo kita guna cawan jernih yg minum teh kat kedai tu..huhuh

Wana,
Cari cawan kat kedai bakeri. Sukatan standard. Hasilnya pun terjamin

Salam kak azie. Terime kasih sebab berkongsi resepi... Saya baru je cube buat..mmg menjadi!! Tapi saya punye mcm tak berapa moist mcm akak punye gambar tu..sebab ape ye?

assalammualaikum kak..terime kasih share resepi.tapi, saya xfaham, kenapa ada resepi white vanilla icing..maaf kalau ter missing mana mana.. terime kasih :)

Kalau nak guna mana mana frosting pun boleh. Resepi asal menggunakan white vanilla icing.

Assalamualaikum.
Terima kasih kerana sudi kongsi recipe ni. I'm sure gonna try this.

Salam Puan,
Saya dah cuba...memang terbaik lah........tq so much.

SALAM. kek ni nmpk menarik nak cuba le nanti

Salam Puan, kek ni nmpk menarik nak cuba buat...minta izin dulu

Slm Kak Azie guna susu apa ye dlm bhn utk buat white vanilla icing? Susu segar atau susu pekat manis atau susu cair dlm tin? Tqsm akak!

Assalam akak...adunan cake tu mmg cair ke?tq:)

salam akak..kek ni elok simpan dalam peti sejuk atau kat luar room temperature je nak bagi kekal moist?

Assalam kak.Minta izin copy resepi ye,nak buat utk anak sambutan hari raya di sekolah.
tq
noor,rawang

Terliurnyaaa nk cuba. InshaAllah malam ni projek membaking! 😆

Okay dah siapp..!! Hehe. Tq kak azie utk resepi oshemmm.. Nnt mija update blog ye 😀

mama2faizmayra.com

Tqsm Kak Azie for sharing..sy dh cuba byk kali resepi ni mmg sedap & menjadik..alhamdulillah:-D

Cuma nk tanya mcm mne klu nk kurang kan lg rse manis cookies ni ..x kira samada utk resepi aduan separuh@penuh? Apa yg perlu di kurangkan lg @ di tambah? Sbb ada kwn yg diabetes suka sgt mkn cookies resepi ni tp sbb diabetes nk request less sweet lg..tqsm

Wslm. Cuma kurangkan gula kepada 1 cawan atau 1 1/2 cawan shj. Kena cuba dulu kalau lain kali masih manis, kurangkan lagi.

Salam kak, sya nak try buat kek ni nak try topping macam yg akak tunjuk kat gambar tu.. tp sya tak paham buttermilk n white vanilla icing tu nak buh camne.. sebb tgk macam suma chocolate je.. maaf sya baru nak belajar2 buat kek.. saya selalu tgk resepi akak..

Wslm. Buttermilk utk buat kek jika tak ada ready made buttermilk, blh buat sendiri menggunakan bahan yang diberi

Assalamualaikum akk..tq for sharing this recipe..cuma sy kurang faham note akk tu..klu pkai loyang 10x10 adunan kek yg double atau adunan choc ganache tu?.. tqsm..

Wslm. Kalau kek sajz 10x10, kena buat 2 adunan ganache.

Hi dear... I just love your recipe... thanks for sharing...but just wonder if I would like to do half of this size... would you able to advise me on the measurement? Coz I made this size.. is too big for 2 to 3 person... and how long can I keep it? Refrigerated? Or leave it out side? And do you have any toppings with peanut butter recipe? Thank you very much in advance...

Just divide the measurement by 2 if u want to make half, times by 2 if want to make it double. All u can adjust it yourself. Keep in the freeze.

salam..kak.
saya dah cuba kek ni..alhamdulillah..mmg sedaap sgtt..makan sambil pejam2 mata lagi.
cuma saya rasa mcm bau telur sikit..adakah sebab saya guna 3 biji telur saiz B?

Wslm. Patutnya tak ada bau telur kerana bau dan perisa coklat. Mungkin telur tidak fresh.

Assalamualaikum kak azie. Salam perkenalan.
Saya dah cuba resepi kek ni. Memang menjadi dan sedap. Terima kasih ya :-)

salam kak.. icing tu disapu dlu, kemudian baru ganache coklat tu ke

Salam kak azie..saya selalu ikuti resepi kak azie..pagi ni anak nk mkn kek coklat pula..tq kak azie.

Saya selalu ikut resepi2 kat blog kak azie..pagi ni pun anak saya nk mkn kek coklat..tq kak azie..kak azie kg kt mana kt klntn?

Tiap kali sy buat choc moist cake guna resepi puan ni mesti rasa sgt berterima kasih. Alhamdulillah x pernah mengecewakan, kegemaran ank2 sy. Biasanye sy kurangkan gula kpd 1 3/4 cawan. Moga puan azie diberikan kesihatan yg baik. ☺️

Salam. Kak zie, kenapa bila tambah air mendidih dia jd mcm aur ya? Cair sgt. Sy guna sukatan cawan bakeri. Memang gitu ye?

Salam kak Azie..resipi ni kalau saya buat kukus je rasa2 menjadi tak? Sebab ada pengukus je kat rumah hehe

Wslm. Semua kek boleh dibakar dan dikukus tapi bila dikukus agak sukar untuk menghasilkan kek yang cantik.

Assalam, kak azie...sy dh cuba resepi ni..memang jadi n sedap...terima kasih ye kak kongsi resepi..

Assalam.
.k.azie...nk tnya heavy cream tu apa...whipping cream ke.


Blh recommend brand utk sy bli heavy cream?...tq

My husband made this cake for my son' birthday party today. And it was just fantastic! This recipe is so easy, and the cake turned out super moist, and fluffy and tall! Just wanted to thank you for sharing this recipe! This recipe is a definite keeper!

This recipe is a definite keeper! I tasked my rookie husband to bake this cake for my sos first birthday party. He followed the instructions easily and the cake turned out marvelous!! It was so moist, and soft, and tall! Thank you so much for sharing this recipe! I will definitely be making this again in the near future

Saya baru belajar Baking.Puan Azie,gula yg Puan guna dlm resepi ni boleh ke saya tukar kepada gula perang atau gula kastor? Terima kasih

Boleh tapi kuantitinya tak sama lah kerana sukatan gula pasir degnan gula kaster tak sama kan kemanisannya. Saya belum pernah gula gula lain selain gula pasir utk resepi ini

Salam Kak Azie, saya dah try buat tapi malangnya tak jadi. Kek merekah dan tengah tak masak. Tahu tak kenapa? Boleh tolong jelaskan? Thank you

Wslm. Suhu terlalu panas. Kek masak mengejut tapi dalam belum masak. Satu oven dg oven yg lain berbeza kepanasan. Bila nmpk kek merekah tapi dalam belum masak, kena turunkan suhu oven


EmoticonEmoticon