23 Jul 2012

Tazkirah dan Nasi Goreng Ayam Seri Aji Untuk Sahur




Dengan Seri Aji, Sesiapa Pun Boleh Membuat Nasi Goreng. Hihihi pandai pandai membuat tagline untuk company Seri Aji pulak. Senang, ringkas, cepat dan sedap, itulah yang boleh saya simpulkan berkenaan dengan Nasi Goreng Seri Aji. Banyak perisa yang boleh dipilih seperti Ayam, Udang, Tom yam dan macam macam lagi.

Di rumah saya, tak perlu lah nak sediakan menu fancy untuk sahur, tak laku nyeer. Kalau nasi putih, mesti ada lauk goreng simple yang panas panas atau terus menyediakan nasi goreng. Mesti semua akan makan seperti semua orang makan KFC lah gamaknya.

Pagi tadi sebaik bangun, saya mengambil ubat dahulu kerana saya boleh makan setengah jam selepas makan ubat. Lepas tu kejutkan hubby untuk turun sama sama. Saya dah keluarkan ayam siap siap dari freezer sebelum masuk tidur untuk defrost. Pagi ini, tinggal potong kecil sahaja. Dapat menjimatkan masa walaupun boleh jer defrost menggunakan microvave. 

Ooh cara buat nasi goreng ni ya. Ianya ada tertulis di belakang paket rempah nasi goreng tu. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan ayam yang dipotong kecil, goreng sehingga ayam masak. Masukkan nasi yang telah diperoikan. Kacau rata dan akhir sekali tuang perencah Nasi Goreng Seri Aji perisa Ayam. Perisakan dengan sedikit garam dan siaaappp.... Mudahkan? Yang penting, ianya laku di rumah saya dan memenuhi citarasa famili saya. Saya tak letak sayur pun kerana tak ada yang makan, buat membazir jer. Kalau  nak masukkan sayur, boleh masukkan selepas ayam masak iaitu sebelum dimasukkan nasi.

Alhamdulillah dengan rezeki yang dikurniakan Allah. Malam tadi punya tazkirah di Masjid Ad Dhuha mengingatkan jemaah yang rezeki bukan hanya duit ringgit kerana yang pasti duit tak akan turun dari langit atau bumbung tetapi juga peluang untuk berbuat kebaikan dan berbelanja yang boleh memberi manafaat pada orang lain. Contoh mudah, pergi ke masjid untuk bersolat terawih juga adalah rezeki. Kerana ada orang yang tak terbuka hati untuk datang, sebaliknya memilih ke tempat lain. Ada orang pulak, tak sempat bertemu dengan Ramadan tahun ini.

Berbelanja untuk orang lain adalah harta freehold yang boleh di bawa bersama sebaliknya apa yang kita belanja untuk diri kita sendiri adalah lease hold, iaitu pegangan sementara sahaja. Itu yang semua orang carikan terutama bila membeli tanah dan membeli rumah yang mempunyai pegangan freehold. Bila membuat pelaburan juga, kita kena berkira kira keuntungan di alam sana yang pengiraannya berbeza seperti mana kita membuat kira kira sebelum membuat pelaburan amanah ASB dan lain lain.

Yakin dan kena yakin bahawa segala amal ibadah kita sepanjang bulan Ramadan ini diterima Allah dan yakinkan bahawa kita akan hidup sepanjang bulan Ramadan ini. Berbuatlah amal kebajikan dengan bersedekah demi menampung kekurangan amalan kita di bulan yang penuh barakah ini. Bersedekah hatta sebiji kurma, tak terhitung banyaknya ganjaran kerana pahala dikira bagi setiap hirisan kurma. Bayangkan berapa hiris dapat dari sebiji kurma? Berapa banyak pahala yang bersamaan dengan Bukit Uhud yang dapat kita kumpulkan di bulan ini.

Akhir sekali, selitkan dalam doa seharian kita supaya dijadikan orang yang beriman dan bertaqwa. Kena minta ini, kena mohon ini. Fikir dan renungkan. Hanya berkongsi apa yang saya pelajari malam tadi....


4 ulasan

selamat berpuasa kak Azie... kalau kat Msia menu sahur kami semestinya nasi panas... kat Jepun memandangkan malam nye singkat kami bersahur jam 2.15pagi memang tengok nasi tak lalu... hanya mampu bersahur cereal ngn fresh milk je time tu...

Terima kasih kak Azie atas perkongsian tazkirah

FnF, sama sama. Kita kena saling mengingati kerana segala tugas dan tanggungjawab, perlu diselesaikan di sini, di dunia ini. Kalau bukan Ramadan, bila lagi nak berubah?

nasi goreng udang Pak Aji mmg terbaik punye lah


EmoticonEmoticon