24 Jul 2012

Sup Cendawan Tiram Dengan Sayur Sawi


Sup Cendawan Tiram Dengan Sayur Sawi

Sejak keluar dari hospital, saya telah dinasihatkan supaya berpantang makan. Mengelakkan dari makanan berlemak, pedas, berempah, teh, kopi dan banyak lagi. Sejak itu, saya hanya berbuka puasa dengan ikan bakar yang dilumur garam kunyit serta sup cendawan sahaja. Tiap malam, hubby membeli lauk yang sama untuk saya. Dah jadi seperti makanan orang lepas bersalin pulak. Tapi tak apa lah, pasti banyak hikmah dan kebaikannya yang tidak kita ketahui.

Bila saya menanyakan harganya, saya terus meminta hubby membeli bahan bahan untuk saya masakkan sendiri. Bukan apa, harga tak sepadan dengan kejadiannya, bukan susahpun. Dah lah lebih jimat, sedap pulak dengan diletak udang dan sebagainya. Jika dibeli, hanya ada ikan bilis sahaja. Hari ini hari pertama saya masuk ke pejabat, semasa balik kami singgah di kedai runcit untuk membeli bahan bahannya. Hmmm sedap bila kita masak sendiri. Lebih banyak rencah yang digunakan, lagi berperisa sup cendawan kita. 

Sup Cendawan Tiram Dengan Sayur Sawi

Sebelum saya mengakhiri catatan saya dan sebelum kita melihat resepinya, saya nak kongsikan ceramah yang saya dengar dari radio Klasik Nasional pukul 6.30 pagi semalam yang diceritakan iblis memberitahu yang mereka telah dirantai sepanjang bulan Ramadan ini bagi membolehkan umat Nabi Muhamad beribadat. Hmmm itu sebab bila kita solat pun terasa kurang gangguan yang menyebabkan kita terlalai dalam solat kan? Tapi bagaimana pula ceritanya dengan manusia yang terus melakukan kejahatan di bulan puasa ini? Contohnya tidak berpuasa, tidak bersolat, menipu, mencuri dan sebagainya. Boleh agaklah kan, jawapannya. Selain iblis, manusia diganggu oleh hawa nafsu mereka sendiri iaitu iblis dalam diri sendiri. Bahaya tu. Orang seperti ini iblis pun jadi takut dan cabut lari. Kalau tidak di bulan Ramadan, bila lagi? Bila lagi ingin bertaubat, apakah di bulan April atau di bulan November? Atau bila? Bila? Catatan dan pertanyaan ini ditulis sebagai peringatan untuk diri saya sendiri juga.  Jom kita renungkan  dan jom layan resepi menu sihat untuk orang berdiet di bawah...

Sup Cendawan Tiram Dengan Sayur Sawi

Sup Cendawan Tiram Dengan Sawi 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
2 pek Cendawan tiram
1 pokok sawi
Fishball - belah 2
Udang - buang kulit
3 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
Sedikit ikan bilis - tumbuk kasar
Cili merah-dihiris
Garam
Serbuk perasa Secukup Rasa

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih yang dihiris sehingga kekuningan. Masukkan ikan bilis dan seterusnya udang. Goreng seketika.

Masukkan air secukupnya, diikuti dengan batang sawi. Bila dah agak lembut, baru masukkan cendawan yang telah disiat siat dan daun sawi.

Akhir sekali masukkan cili merah yang dihiris serta sedikit garam. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.

Sup Cendawan Tiram Dengan Sayur Sawi

11 ulasan

As'alam Azie

menu untuk orang berpantang dan berdiet ni ya. sesekali makan macam ni sedap juga Azie. dok hirup2 masa panas.

Doa ct semoga Azie sentiasa sihat dan jaga kesihatan juga ya :)

Selamat pagi kak azie, wah ini mmg menu sihat ni, ada baiknya berbuka dgn menu macam ni, badan lebih sihat & mengelak segala penyakit2 yang datang dari makanan tak bersih di bulan ramadhan ni, hehe...anyway, selamay berpuasa kak azie : )

ada sayur gini dengan ikan goreng je pun dah cukup hidangan... sedap sangat kalau kene ngan cendawan tirm. pemanis juadah :-)

slm Kak Azie...pd QH ni menu sihat n sgt bagus utk diet2...hihi...

semoga akak kembali sihat dan cepat sembuh yer...

Wslm CT. Terima kasih atas doa. Skrg masih lagi berpantang, buka puasa pun makan macam orang baru lepas bersalin. Terliur jer tengok lauk pauk yang dimakan anak anak. Insya Allah, pasti ada hikmah disebaliknya

Thank you so much, Dear. Yes it is healthy food tapi kalau tiap hari, sedih juga rasanya melihat orang lain makan sedap sedap

kak zie apa kabar..agar segor doh sikit ok...baguzlah dah mula berdiet tu....sy suka ceruh2 ni sedap..makan sup semur hidup pun takpe...take care..semoga cepat sembuh ya..

Izah, I cuma makan sup dengan ikan bakar tanpa pencicah jer. Sedap juga

Terima kasih, QH. Amin. Semoga doa diperkenankan. Mmg sesuai utk diet kan sebab tak berlemak

Nikee, Alhamdulillah masih dengan ubat ubatan. Lepas ni kena jumpa doktor semula. Doakan supaya I will be fully recovered, ya. Insya Allah

assalamualiakum kak.. sy shiken. suka sgt blog akk . syukran sbb share pbg resepi dgn gmbar yg mengeliurkan lg. hehhe


EmoticonEmoticon