4 Jul 2012

Part II: Istana Cinta Di Sini Bermula


Villa Nur Qaseh Azie Kitchen

Sebelum memulakan coretan dan sambungan pembinaan Villa Nur Qaseh di SINI, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir pada my Laling Hubby yang sangat baik dan memahami. Love you so much. Yang paling penting, dia sangat sayang pada ku dan anak anak. Semoga hari hari yang mendatang, memberikan banyak kejayaan di dunia dan akhirat. Insya Allah Ameen.

Berbalik pada Villa Nur Qaseh, seperti yang saya coretkan sebelum ini, pembinaannya bermula sejurus selepas kembali dari menunaikan fradhu Haji di Mekah dari November 2006 hingga penghujung Januari 2007. Semasa di Mekah,  saya banyak memanjatkan doa dengan cucuran air mata di Masjidil Haram memohon pertolongan Allah supaya diberi kemudahan dalam segala urusan. Sekembali dari percutian keluarga di Hanoi, kami memulakan perbincangan serius berkenaan pembinaan ini dengan Ali, pekerja Indon yang saya lantik secara sub pada mulanya. Pada 12 April 2007, bermulanya acara pecah tanah pembinaan rumah.


Villa Nur Qaseh Azie Kitchen

Villa Nur Qaseh Azie Kitchen

Pada hari tersebut kami juga mengadakan majlis solat hajat dengan menjemput kawan kawan rapat kami di tapak bagi mengambil keberkatan. Selepas solat, kami berjamu selera di Restoran mamak sambil bersembang sembang. Itu adalah antara kenangan yang tidak mungkin terlupa kan selamanya. Gambar gambar di bawah boleh menceritakan sendiri kegembiraan anak anak kami apabila pembinaan mahligai yang diimpikan bertahun tahun telah bermula.


Villa Nur Qaseh Azie Kitchen


Saya tidak membuat piling seperti kebanyak rumah lain kerana soil test yang dibuat menunjukkan tiada keperluan untuk kami berbuat demikian. Sebaliknya saya lebih fokus pada pembinaan tapak yang besar dan lebar bagi memberi struktur rumah yang kuat. Khidmat Saudara Anuar, jurutera berpengalaman diambil untuk membantu urusan berkaitan struktur rumah. Saya bertindak selaku main contractor, akitek, pereka dalaman rumah dan juga akauntan. Manakala hubby pulak, bertanggungjawab sebagai Project Manager dan Procurement Director. Up up bagi nampak tinggi dan gempak sikit jawatan tu.

Bagi memastikan ketepatan penanda dan sempadan, kami mengupah juru ukur untuk membuatnya. Jadi lebih tepat berbanding dengan membuat ukuran biasa. Selepas itu, barulah back ho mula menggali lubang di tempat yang telah dipacak dan ditanda.



Semasa pembinaan bermula, rezeki tidak menyebelahi kami apabila hujan mulai turun hampir setiap hari sehingga lubang yang dikorek dipenuhi air dan menyukarkan kerja membuat tapak. Tapi kami tetap tabah dan meneruskan juga supaya ianya dapat berjalan dengan lancar.




Lihat gambar di bawah, betapa besarnya tapak yang dibuat, begitu banyak juga kos yang terpaksa dikeluarkan. Ini adalah kerana bila rumah banyak berliku liku dan ber corner, maka banyak lah tiang dan jarak antara tiang agak rapat, jadi terus dibesarkan tapak untuk sekali gus memuatkan beberapa tiang. Setiap kotak kayu yang diletak, itulah merupakan tapak untuk membina satu tiang kemudiannya.




Ini pulak adalah besi besi Y12 dan Y16 yang dibeli untuk membina struktur rumah. Besi mempunyai corak bunga dan mempunyai chop SIRIM lagi mahal dan lagi tahan lah. 



Besi untuk tiang dimasukkan ke dalam kotak sebelum dimasukkan simen konkrit dan diletakkan besi tinggi ke atas untuk dibuat ground beam dan tiang.




Bentuk rumah saya ala ala bentuk H, hahaha berpangkal seperti nama saya lah. Jadi  ianya amat mencabar untuk dibina kerana banyak tiang dan struktur yang perlu dibuat dan seolah ada 2 unit bangunan yang bersambung dengan satu unit double volume di tengah tengahnya. 2 unit bangunan itu pulak tidak dibina selari. Satu lurus dan satu lagi pulak menyerong dan bersambung dengan connecting building. Oleh kerana tempat untuk bekerja yang terhad, back ho hanya mengorek lubang untuk tapak di bangunan bahagian kanan terlebih dahulu. Selepas siap, menimbus kembali lubang bagi menyiapkan ground beam dan slab tapak rumah.




Rekabentuk rumah kami diasingkan mengikut tetamu dan famili demi privasi. Jadi bangunan kanan sebelah bawah adalah berfungsi untuk tetamu terdiri dari ruang tamu, bilik tetamu, powder room dan juga guest dining. Manakala ruang bahagian kiri depan adalah untuk famili terdiri dari ruang menonton, bilik bilik tidur dan lanai. Manakala ruang kiri belakang adalah dapur kering, dapur basah, laundry, kitchen store dan bilik pembantu rumah. Memang dirancang sebegini... Gambar di bawah adalah bangunan sebelah kanan.



Bahagian terakhir adalah porch yang merupakan satu bangunan berasingan. Haaa boleh bayangkan tak bagaimana komplikated nya design rumah yang akan dibina oleh saya yang langsung tidak mempunyai pengalaman dalam bab pembinaan dan bekerja sepenuh masa pulak. Ramai yang ragu ragu akan kebolehan saya dan mereka memberi komen yang kadang kadang sangat discouraging. Namun saya kuatkan hati dan yakin dengan diri sendiri kerana percaya Allah sentiasa ada di sisi. Malahan adik beradik saya juga membina rumah mereka masing masing melalui cara yang sama.

Sambungan di Part III...




13 ulasan

Salam kak azie...semoga semua urusan pembinaan villa idaman berjalan lancar, amin....saya suka tgk wanita yang berjaya tapi pandai memasak mcm akak, semiga maju jaya : )

salam. akak, saya ni jumpa blog akak sebab google pasal mee mamak kat usj. then tersangkut sebab nampak gambar trifle pudding, dan byk menu lain.

akak cakap takde experience tapi bila baca, akak macam memang buat rumah je hehe.
kagum sebab mampu buat sendiri. moga, manjadi "rumahku syurgaku" untuk akak dan keluarga.

Dear, it has completed. I am just sharing my experience during the construction of my house

Terima kasih Cahaya kerana sudi memberi komen. Insya Allah semoga ianya menjadi rumahku syurgaku. Jgn lupa sign p as follower ya. Do come again

seronok baca pengalaman kak Azie..berguna utk sy yg berhajat juga nk bina rmh idea sendiri..tp tapaknya kecik beno..jgnkn bentuk H..bentuk A pon tak lepas ..muahahaha..anyway..keep on writing ya!

Salam sejahtera Azie

Memang tabik habis kat Azie.
Kak memang sentiasa ikut blog ni..

Ummi, besar atau kecil tidak penting. Yg penting rumah yg membuatkan kita gembira tinggal di dalamnya...

Terima kasih, Mama Ju for your support

Assalamualaikum...mieza ucapkan tahniah buat azie sebab ada umah yg sgt cantek..seronok mieza tgk gambar2 pembinaannya....mmg umah tu lah syurga kita kan...cantik umah Nur Qaseh ni..seindah namanya :)

Terima kasih, Mieza. Coretan ini sebagai kenang kenangan pada anak anak sementara ianya masih segar di ingatan saya. At least mereka memahami kenapa dan apa disebalik sesuatu yang mereka lihat pada hari ini

kak zie hebat mcm wan saya..rumah bungalow kami di bina pada tahun 1984 gitulah dari sekeping tanah manjadi bungalow idaman setelah 3 tahun baru siap...yalah apelah sangat nilai duit gaji cikgu..alhamdullilah wan tabah dan berhempas pulas tuk menyiapkan rumah bungalow yg di olah sendiri plan nya...syabasss kakzie

Nikee, orang Kelantan memang bersemangat waja. Hahaha. Semua abang, kakak, adik dan anak anak saudara membina rumah banglo sendiri dengan mengupah pekerja juga.

Dear Kak Azie,

I was googling on camne and how much kalo nak buat pagar batu(bata)..then it led me to ur blog! Congrats kak! Ur project is an inspiration to me! Patut masuk HGTV nih!


EmoticonEmoticon