21 Jul 2012

Jus Lemon dan Madu Lebah


Jus Lemon dan Madu Lebah

Selain makanan yang sesuai diambik, doktor juga meminta saya mengamalkan meminum air buah buahan yang lebih berkhasiat serta minuman yang boleh membantu memberi kebaikan kepada kesihatan. 

Saya mempunyai masalah stone di dalam buah pinggang yang akan sentiasa berulang ulang. Berdasarkan kajian terbaru, bidang perubatan mendapati lemon dapat membantu mengurangkan masalah ini.

Oleh itu, doktor menasihatkan saya untuk mengamalkan air lemon. Caranya sangat mudah iaitu dengan menuang air suam ke dalam gelas. Perahkan sebiji lemon ke dalamnya. Jika tak tahan rasanya, boleh dimasukkan sedikit madu ke dalamnya. Kacau dan teruslah minum. 

Madu Manuka ini saya beli semasa bercuti ke Gold Coast dan ianya mengandungi bahan active +20 untuk antibacterial yang asal dari New Zealand. Tapi sejak dibeli, belum pernah lagi menggunakannya.

Jom layan gambar gambarnya..


Jus Lemon dan Madu LebahJus Lemon dan Madu Lebah


4 ulasan

salam ramadhan & selamat berpuasa wat k.azie sekeluarga ye!

Selamat berpuasa untuk Ina dan keluarga juga. Semoga Ramadan kali ini memberikan kita ganjaran pahala yang melimpah ruah

kak zie..ciannya..nikee sehari cutu berblog tu la..tak tahu akak sakit ape..lemon good for ur diet pun..amalkan selalu kak.mmg baguz...

Nikee, I ni kalau di rumah semua benda ada. Tapi tak makan jer. Kalau lemon tu kadang kadang sampai kecut gitu jer


EmoticonEmoticon